Kata-kata positif #9
January 18, 2017Matthew keith groves
Assalamualaikum
“Winners lose much more often than losers. So if you keep losing but you’re still trying, keep it up! You’re right on track.” -Matthew keith groves
Orang yang berjaya, lebih banyak kehilangan
daripada orang yang tidak berjaya. Jika kamu kehilangan sesuatu dan tetap masih
cuba melakukan ia, kekal kan kerana kamu berada dilandasan yang betul. Kalau
asyik mengalah jer, itu buka ciri-ciri orang yang berjaya. Kalah bukan bermakna
kita lemah dan tidak berdaya, kalah itu mengajar kita apa itu erti kehidupan yang
sebenar.
Contohnya, kawan dayah pernah cuba isi SPA dan
juga dapat temuduga sebagai nurse, tapi masih tetap tidak diterima. Dia tetap
cuba dan terus cuba sehinggalah kali ke 8 dia cuba, akhirnya alhamdulillah, dia
berjaya dan sekarang merupakan nurse di hospital di Kuala Lumpur. Itu
menandakan setiap jalan yang kita tempuh pasti aka nada halangan. Kita sendiri
yang perlu kuat untuk hadapi halangan itu. Jangan pernah mengalah kerana kita
tidak tahu apa yang sedang menunggu kita di masa hadapan.
Waktu dayah nak masuk Maktab Mahmud dulu pun
macam tu, keep trying walaupun asalnya tidak dapat masuk. Mak ayah memang usaha
sangat-sangat sebab teringin nak anak dia masuk sekolah agama dan juga asrama.
Akhirnya, alhamdulillah..berkat doa dan juga usaha. Dayah berjaya berada di
Maktab Mahmud selama 6 tahun.
Sekarang ni, tengah usaha untuk dapat kerja
tetap jer. Dayah sentiasa akan berusaha. Kadang tu orang tidak nampak usaha
kita. Tapi hiraukan kata-kata dan pandangan sinis mereka, kerana usaha kita
bukan untuk dihebohkan sekampung. Kita hanya tunjukkan kejayaan dan jangan
hanya cakap kosong dan besar tapi satu habuk tak jalan. Betul tak? Sebab tu
selalu ingat ayat ni “don’t tell them your dream but show it”
Doakan dayah untuk berjaya dapat tempat di
sector pendidikan yer. Dayah teringin sangat nak jadi cikgu, dari kecik sampai
la sekarang. Cita-cita tu tak pernah padam. Doakan dayah yer semua. Semoga
dayah berjaya dalam bidang yang diceburi. Dayah doakan korang pun berjaya
dengan apa yang korang pilih. Semoga sentiasa didalam redha ILAHI. Aminn.
barakALLAHufikum
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.