Kata kata positif #7
January 16, 2017Gandhi
Assalamualaikum,
“You may never know what results come from your action. But if you do nothing, there will be no result.” – Gandhi
Kau
tidak akan tahu apa kesan daripada setiap perbuatan kau tapi jika kau tidak
melakukan sesuatu, maka tidak akan ada apa-apa kesan. Dekat sini kita dapat
simpulkan, kita perlu lakukan sesuatu untuk dapatkan keputusan, setiap apa yang
kita lakukan akan menghasilkan kejayaan atau pun kegagalan. Jadi, kita perlu
berani untuk lakukan sesuatu untuk dapatkan hasil itu, tidak kisah walaupun
dipenghujung nanti kita akan bertemu kegagalan. Sekurang-kurangnya kita
mencuba. Kalau kita tidak lakukan apa-apa, kita tidak tahu keputusan sesuatu
perkara. Betul tak?
Takut!
Ya, setiap orang akan ada perasaan yang satu itu. Kenapa perlu ada perasaan itu
yer? Perasaan takut tidak semestinya melambangkan kelemahan seseorang itu. Normal
bagi manusia yang mempunyai perasaan itu. Kalau nak diikutkan, dayah sendiri
seorang yang takut untuk mencuba benda baru, tapi dayah sekarang cuba lawan
perasaan itu, sebabnya, selagi kita tak lawan perasaan takut itu, kita tidak
akan pernah maju kehadapan dan kita akan tersekat di takuk yang lama. Sebab kita
tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi kalau kita melangkah kehadapan. Jangan
pernah takut untuk bertemu kegagalan, kerana kegagalan adalah salah satu kunci
kejayaan kita dimasa hadapan.
Masa
kecik-kecik dulu selalu jatuh dan luka dilutut tapi kita masih lagi bangun dan
terus berlari sehingga kita dapat apa yang kita inginkan. Betul tak? Oleh itu,
kita boleh gunakan konsep yang sama untuk kita hadapi dunia yang penuh dengan
dugaan ini. Dayah kongsi ni bukan sebab dayah nak tunjuk dayah kuat tapi dayah
nak positifkan diri agar kuat dan berani untuk melangkah kehadapan. Ini adalah
salah satu cara untuk positifkan diri bagi dayah. Peringatan untuk diri sendiri
dan untuk korang semua, dayah nak kita sam-sama naik dan berjaya di jalan
masing-masing. Semoga setiap daripada kita dapat lalui masa-masa sukar dan
menemui kejayaan.
Doakan
dayah sama yer sayang-sayang semua.
barakALLAHufikum
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.