Kata-kata positif #8

January 17, 2017

Steve Jobs

Assalamualaikum,

“The only way do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle.” - Steve Jobs

Kita akan lakukan sesuatu perkara dengan terbaik apabila kita suka akan perkara tersebut. Kalau kita tak jumpa perkara yang kita suka itu, jangan cepat putus asa, teruskan mencari dan mencari sehingga jumpa. In sya ALLAH, ALLAH sentiasa bersama kita. Walaupun perkara yang kita lakukan itu pada mulanya kita tak suka, jangan putus asa, teruskan juga sehingga kita jatuh cinta akan ia.

Contohnya kalau kita tidak suka bekerja secara berkumpulan. Kita rasa rimas dan tak dapat menerima pendapat orang lain dan kita lebih selesa bergerak sendiri. Jadi kita cuba ubah persepsi kita, kita cuba cari apa kelebihan kita bekerjasama dengan orang lain, apa istimewanya kita bekerja secara berkumpulan. Selepas kita temui keindahan dalam sesuatu perkara yang kita benci, pasti kita akan lebih komited dan akan berputik rasa suka itu. Percayalah =)

Dayah sendiri tengah mencari dan terus mencari dimana dan apa jalan yang sepatutnya dayah lalui. Dayah juga mencari dan tetap akan terus mencari sehingga dapat menyesuaikan diri walaupun terpaksa memaksa diri untuk lebih redha dengan apa yang ada sekarang agar dapat memberi yang terbaik.

Bangun pagi jer, dayah akan siapkan diri dengan aura positif, hiraukan aura negative disekeliling sebabnya dayah tak nak emosi dayah terganggu untuk seharian. Emosi yang terganggu juga adalah salah satu penyebab kerja kita terjejas. Hiraukan mulut-mulut yang mengata, hiraukan mata-mata yang memandang sinis. Kita tetap terus melangkah dengan arah jalan yang kita pilih, selagi jalan itu tidak bertentangan syariat. Betul tak?

Dayah doakan korang tetap terus kuat dan tabah mengharungi dunia sekarang yang sangat kejam. Doakan dayah juga yer sayang-sayang semua. Susah sebenarnya nak terus survive dalam kehidupan sekarang yang sangat mencabar, tapi dayah ingat satu jer, dayah ada ALLAH. Jadi jangan pernah takut untuk berdepan dengan masalah. Tetap kuat, sesungguhnya ALLAH bersama kita walaupun dimana kita berada.


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum