Kata-kata positif #10
January 19, 2017Brian Tracy
Assalamualaikum,
"It doesn’t matter where you are coming from All that matters is where you are going" - Brian Tracy
Tak kisah kamu
datang daripada mana, yang penting sekarang dimana kamu berada sekarang.
Perkara yang sudah berlalu biarkan ia berlalu, jangan toleh kembali kerana yang
berlalu biarkan ia berlalu. Penumpuan sepenuhnya adalah untuk masa hadapan,
masa lalu itu tidak boleh kita kembalikan tapi masa depan itu kita boleh
jadikan ia lebih baik daripada masa silam. Betul?
Kenapa tidak kita
jadikan masa silam itu sebagai panduan agar kita tidak melakukan kesilapan yang
sama pada masa hadapan. Betul tak? Jadikan ia pedoman dan lakukan yang mana
kita tidak sempat lakukan untuk masa depan yang lebih baik. Dayah selalu fikir,
kenapa dayah perlu hidup dalam dunia yang penuh dengan kenangan lama yang
menyakitkan. Dayah perlu move on dan jangan biarkan diri dibelenggu dengan
kehidupan masa lalu.
Sekarang ni, dayah
cuba untuk bangun dan teruskan langkah, dah tak nak fikir tentang masa silam
yang sakit. Semua tu, hanyalah pelajaran hidup untuk dayah yang baru nak kenal
dunia. Masa tu dayah hanyalah seorang anak muda yang inginkan kebebasan dan
keinginan untuk mencuba itu sangat membuak-buak.
Oleh itu, dayah
sekarang akan pastikan kesilapan lama dayah tidak akan ulanginya lagi. Mesti
ada yang tertanya-tanya kesilapan apa, betul tak? Kesilapan bercinta di usia
muda. Bercinta pada bukan yang halal bagi kita adalah sangat-sangat tidak
berguna. Semua tu tidak mendatangkan faedah bagi dayah. Disebabkan dikelilingi
oleh orang yang sedang hangat bercinta, dayah pun galak nak bercinta.
Alhamdulillah,
Allah sedarkan dayah dengan memberi teguran secara halus dan tanpa dayah sedar.
Dia putuskan hubungan ini tanpa kerelaan dayah, akhirnya sekarang dayah sedar
dan yakin, inilah keputusan yang telah DIA bagi untuk dayah. Dayah bersyukur
sangat, sesungguhnya ALLAH itu memahami dan mengetahui apa yang terbaik untuk
dayah. Dayah bersyukur kerana sekarang dayah lebih bahagia kerana dayah tidak
perlu mengikat kasih dengan yang belum halal. Dayah yakin pada DIA, DIA akan
memberi yang terbaik selagi kita berdoa dengan seiklas hati, terima kasih ya
ALLAH =)
Korang pun, jangan
masih dibelenggu dengan masa silam yer, dayah doakan kita semua tidak akan
terperangkap dalam dunia silam. Aminn
barakALLAHufikum
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.