Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semuanya dah balik kampung dan juga ada yang masih bekerja hari ini. Maka oleh itu, dayah nak bagi pesanan kepada semua yang akan menyambut hari raya di rumah mertua atau pun dirumah sendiri.
Kalau diikutkan apa yang terpampang diatas adalah betul dan sebetulnya, tapi sebagai seroang lelaki yang merangkap suami atau pun abang atau pun seangkatan denganya, ingatlah bahawa seorang perempuan yang kita sayang dan kasih bukanlah seorang yang perlu kita lakukan sebagai seorang hamba. Mungki semua dah maklum bahawa perempuan selalunya akan turun kedapur untuk memasak dan melakukan kerja rumah. Tapi tak salah kalau sebagai lelaki, korang masuk campur dan tolong yang mana patut. Lagi ramai yangtolong lagi cepat habis dan lagi cepat boleh rehat.
Tak jatuh pun maruah seorang lelaki kalau dia tolong buat kerja perempuan dan malah lebih bertambah sayang dan mengeratkan silaturrahim. Ini tidak, asyik dengan fon tak pun merronda kampung, helloo!! kami orang perempuan pun nak ronda kampung tau, tapi kalau persiapan di rumah tak siap, tak kan nak tinggal pula, Maka oleh itu, marilah ringan-ringan tolong apa yang patut. cepat habis kerja..boleh la meronda kampung sama-sama. Barulah sweet =)
Ini pendapat dayah sebagai seorang perempuan..mungkin akan ada yang cakap, tak kahwin lagi tapi dah pandai nak nasihat orang. Eh awak! kita ni perempuan tau, kalau abang kita tak tolong, kita marah juga tau, tolong yang mampu tolong, tak tahu boleh tanya, tak pandai, kami ada untuk ajarkan. mudah dan ringkas, korang lelaki jangan nak sempitkan fikiran. Buka fikiran seluas-luasnya dan tolong kami orang perempuan ni yer. mohon sangat =D
Habis dah bebel, nak pergi sambung buat kerja balik..ok bye..haha
barakALLAHufikum
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Macam mana dengan persiapan raya? Dah buat apa? Aiseh, tanya macam dalam kad raya dulu-dulu pula kan? Hee..tadi pagi dayah balut ketupat dengan mak dan mak teh..3kg dan kami 3 orang jer yang balut. Pandai ke balut ketupat? Mesti la pandai, dayah dah belajar balut ketupat daripada umur sekolah rendah lagi. Tapi masa sekolah rendah, balut pun tak beberapa kemas.
Diari Lama
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semalam masa tengah kemas-kemas rumah dan bilik terjumpa dua ketul ni..hehe..dah lama tak nampak diari lama dayah ni. Dulu masa sekolah rendah selalu guna yang warna merah tu untuk tulis segala macam bemda yang terjadi. Lepas tu, bila dah besar dan sekolah menengah, dayah guna buku pink tu pulak untuk menulia cerita harian atau pun luahan rasa.
Rasa macam dah lama tak menulis macam dulu. Kebanyakkan cerita, dayah taip dalam nota telipon atau pun dekat word komputer. Kalau rasa benda yang nak ditulis tu ok dan tak terlalu sensetif, dayah akan luahkan dil blog.
Model Cilik
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semalam abang dayah dah ambil Anas dan bawa balik kerumah tok dia sebelah uminya. Maka bermulalah episod mak saudara rindukan anak buahnya...huhu. Cuba korang tengok gambar dibawah ni..anak buah dayah yang seorang ni memang pandai posing, kadang-kadang tu..dia punya posing mengalahkan kita yang selalu ber'selfie' haha. Ini gambar spontan dia, ikutkan dia, dia yang nak ambil gambar kita, tapi bila dayah dah pegan telifon, jangan harap nak dapat la. haha