Diari Lama

July 04, 2016

Diari Lama

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semalam masa tengah kemas-kemas rumah dan bilik terjumpa dua ketul ni..hehe..dah lama tak nampak diari lama dayah ni. Dulu masa sekolah rendah selalu guna yang warna merah tu untuk tulis segala macam bemda yang terjadi. Lepas tu, bila dah besar dan sekolah menengah, dayah guna buku pink tu pulak untuk menulia cerita harian atau pun luahan rasa.

Rasa macam dah lama tak menulis macam dulu. Kebanyakkan cerita, dayah taip dalam nota telipon atau pun dekat word komputer. Kalau rasa benda yang nak ditulis tu ok dan tak terlalu sensetif, dayah akan luahkan dil blog.

Penulisan dan dayah tak boleh dipisahkan. Kadang tu, dayah menaip dekat nota telipon, rasa tak puas hati, rasa keliru dengan permainan hati sendiri, rasa seronok sampai nak menari atas bumbung..semuanya dayah taip di nota telipon.
Kadang tu nak menaip dekat blog, lepas tu bila fikir balik, risau pula dayah..yer la, hal sensetif ni kadang-kadang tak semua yang boleh diceritakan. Jadi semuanya dayah luah diplatform lain.

Kadang-kadang tu ada yang betanyakan kepada dayah, "best jadi ko dayah, tak ada masalah, happy jer memanjang" tak semua benda kita boleh tunjuk dekat dunia, sama juga dengan sedih, marah, tak puas hati, sakit hati, keliru atau pun keciwa. Tak semua orang yang sanggup mendengar dengan keluh kesah kita setiap masa. Mereka mungkin akan selalu berkata mereka mendengar dan menghayati bersama tapi sampai bila? sampai bila mereka sanggup melayan kerenah kita setiap masa?

Oleh sebab itu, tak semua dan bukannya selalu dayah ceritakan segalanya, mungkin  ini salah satu sifat dan perangai dayah yang tak pernah ubah dari dulu. Setakat sakit hati sikit-sikit tu, hiraukan jer lah. Kalau nak bersedih pun berpadalah. Hanya satu kita ada, ALLAH!! mengadulah segalanya, DIA tak akan pernah letih mendengar malah DIA yang memberi jalan dan melapangkan fikiran yang kusut.

Ok lah semua, kadang-kadang tu kalau menaip ni dah macam membebel pula, tapi bukan membebel benda yang tak sepatutnya, tapi peringatan kepada semua dan paling penting dan utamanya adalah peringatan kepada diri dayah sendiri. Semoga ALLAH melapangkan jalan kita untuk bertemu denganNYA. Amin

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum