Assalamualaikum, Selamat pagi semua, dayah doakan kita sentiasa berada didalam rahmatNYA. Akhirnya, dayah selesai juga menghadapi saat-saat getir. Satu pengalaman yang sangat berharga. Baru tahu apa itu 'audit'. Patut la semuanya gemuruh dan gementar yang teramat apabila ada hari audit.
Assalamualaikum, Believe you can and you are halfware there- percaya awak boleh dan awak separuh menuju kejayaan.
Macam tu juga la situasi dayah sekarang, walaupun tangan, jari semua dah tal terasa sebab menanda buku, asah pensil, pensel warna, deco macam-macam dekat sekolah, tapi semua tu dengan niat, semoga benda yang dibuat ini, akan berguna dan mengalirkan pahala sehingga tempoh hayatnya.
Macam tu juga la situasi dayah sekarang, walaupun tangan, jari semua dah tal terasa sebab menanda buku, asah pensil, pensel warna, deco macam-macam dekat sekolah, tapi semua tu dengan niat, semoga benda yang dibuat ini, akan berguna dan mengalirkan pahala sehingga tempoh hayatnya.
Percaya bahawa satu hari nanti pasti akan ada jalan untuk semua yang dayah tengah bersusah sekarang, nampak macam senang tapi yang melaluinya sahaja akan mengetahui selanjutnya.
Percaya bahawa Allah memberi ujian itu kerana DIA tahu, hambanya mampu melakukan..kuat dan terus berdoa agar Allah mempermudahkan urusan.
#dailyquotewithadkdayah
barakALLAHufikum
KHAS UNTUK LELAKI!
SENTIASA TAMPIL DENGAN WANGIAN HEBAT DI MANA
SAHAJA!
Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan
setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat
umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan
masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan
mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.
4 pilihan wangian yang boleh dipilih |
Assalamualaikum, selamat pulang kesayangan..I know you will miss me damn much but its okey, video call kan ada..baru balik jer budak kecik ni, mak su dah rindu macam apa lagi, hai la anak..sebulan lagi baru kita jumpa yer sayang, love you infinity 💋💋 .. ni baru anak buah, kalau anak sendiri, mau meroyan juga berpisah lelama ni ha..huhu by the way, anak buah pun anak kita juga kan..hehe its oke, kalau kita sayang dia, doakan dia dalam jagaan yang ESA. barakALLAHufikum #adkdayah #ankbuahadkdayah #KelabBloggerBenAshaari #akubudaklughoh #afbdotmy
Selamat Hari Raya AidilAdha.. Raya kedua baru ada mood nak upload gambar, raya pertama mood nak tidur jer..haha #adkdayahraya #adkdayah #KelabBloggerBenAshaari #akubudaklughoh #afbdotmy
Noted!! Dont be a dreamer..just do it 💪💪 #dailyquotewithadkdayah
Duk tengah balut ketupat, dapat mesej cuti hari isnin ni..apa lagi tunggu..ticer menari zumba terus 💃💃 haha..by the way! Selamat hari merdeka uolzz 💋💋 #adkdayah #adkdayahsukacuti#afbdotmy #KelabBloggerBenAshaari#akubudaklughoh #ketupat #ketupatpalas#merdeka
TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 –
Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala
Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program
tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan |
Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik
Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.
Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."
Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik |
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan |
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
barakALLAHufikum
barakALLAHufikum
Assalamualaikum, selamat pagi semua 😊. Selamat bercuti dihujung minggu, jom hilangkan tekanan dengan memulakan hari bersama kata-kata positif daripada #adkdayah via Instagram http://ift.tt/2fA4e30
barakALLAHufikum
Salam jumaat semua 😊😊 My King 👨 My Queen 👸 Harta dunia akhirat 😙😙 #adkdayah #KelabBloggerBenAshaari #akubudaklughoh #afbdotmy
barakALLAHufikum
Trend Raya 2017
Assalamualaikum,
Selamat hari raya semua, maaf andai tersalah dan silap
sepanjang perkenalan kita didunia maya mahupun di alam reality. Dayah mohon
andai ada khilaf yang sengaja atau tidak sengaja yang telah terlafaz. Raya tahun
ni, boleh tahan meriah juga apabila kita dapat cuti seminggu selepas raya. Maksudnya,
sempat la orang beraya dalam seminggu tu, macam tahun lepas, cuti seminggu
sebelum raya, jadinya, bila lepas raya jer, sudah nak masuk kerja atau sekolah.
Betul tak?
Trend Raya 2017
DUGAAN
Assalamualaikum,
salam pagi Ramadhan, hari ni dah 3 hari kita berpuasa dan 4
hari kita berterawikh. Jadi macam mana keadaan semua orang? Okey ke tak?
tinggal lagi 27 hari untuk kita rebut pluang melakukan amal ibadat dengan
gandaan pahala. Wahhh, rezeki kita masih ada sebab masih lagi bernafas dimuka
bumi ini di bulan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah.
Pagi penjemput rezeki, kenapa dayah tulis tajuk itu? Sebab setiap
pagi adalah masa rezeki datang. Sebab tu orang tua-tua selalu cakap, “jangan bangun
lewat, nanti tak ada rezeki, bangun pagi-pagi baru la pintu rezeki terbuka
luas.” Betul juga apa yang diperkatakan. Dayah kerja dekat Litlle Caliph ni pun
kena datang awal, walaupun tak mengajar, tapi tetap perlu mengasuh. Jadinya kerja
juga la cuti 2 minggu ni. Huhu
Redha kan diri, kuatkan diri, yakin bahawa dugaan yang Allah
bagi ini ada sebabnya. Allah tahu bahawa dayah kuat untuk semua ini. Bak kata
mak dayah “ sabar la sekejap, sekarang ni masa untuk adik berada dibawah dan
belajar apa yang patut, nanti satu masa akan ada yang lebih baik maka kuncinya
sekarang hanyalah SABAR”
Ya!! Dayah sedang belajar sabar untuk terima pelbagai
dugaan. Bila orang tanya, dugaan apa? Semua orang aka nada dugaan, macam dayah
sekarang dugaan di tempat kerja. Semua tempat kerja ada masalah, tipu la kalau
dayah cakap tak ada masalah tempat kerja lain. Cuma dugaan tu kadang kita boleh
hadapinya dengan sendiri dan ada juga dugaan yang memerlukan bantuan orang
lain.
Cuma ingat satu perkara, selagi kita ikhlas dengan pekerjaan
kita, in sha allah aka nada yang terbaik sedang tunggu kita. Sabar dan terus
bersabar sebab itu saja kunci kejayaan untuk kita semua. Peringatan untuk dayah
dan juga untuk setiap yang membaca titisan bingkai kata yang tersisip di dalam
celoteh adkdayah ini.
Semoga apa yang dayah kongsi di pagi jumaat ini, diberkati
dan diambil ikhtibar untuk taulada kita bersama. Semoga Ramadhan kali ini
diberkati dan diterima olehNYA. Aminn
3 Ramadhan
barakALLAHufikum
Menu berbuka puasa
Assalamualaikum,
Pejam celik pejam celik dah masuk 2 hari kita berpuasa. Betul
tak? semalam, apa menu berbuka puasa korang? Selalunya hari pertama puasa,
mesti kita akan berkumpul dengan semua adik beradik, betul tak? tambah-tambah
pula hari pertama kan..haha mesti ada jer macam-macam keinginan yang kita nak
makan. Hari ini dayah nak cerita menu berbuka puasa keluarga dayah semalam,
simple dan sangat-sanagt mudah dan paling penting sedap sebab masakan ibu. Hehe
Menu berbuka puasa
Kari ikan, sayur bayam, ikan masak asam, ulam dan ulam dan ulam..haha |
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1438H / 2017M
Assalamualaikum,
Kita dah nak dekat dengan bulan Ramadhan, jadinya mesti ada
yang nak simpan awal-awal waktu imsak dan berbuka puasa untuk tahun ni, betul
tak? Jadi, disini dayah sediakan jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun ini
bagi kawasan Kedah. Untuk kawasan yang lain-lain, dayah sertakan link untuk
tengok yer, jangan risau, dayah sediakan siap-siap. Jadinya tak perlu korang
susah-susah nak cari pula kan?
SUKU KATA TERTUTUP
Assalamualaikum,
Sesiapa dalam ni yang pernah dengar lagu atas bukit? Ke dayah
seorang yang tak tahu akan kewujudan lagu atas bukit ni. Hehe lagu atas bukit
ini diadakan bertujuan untuk melatih anak-anak 5 dan 6 tahun untuk menyebut
suku kata tertutup dengan betul. Mungkin di Little Caliph sahaja atau di tadika
lain dayah tidak pasti, lagu atas bukit ini digunakan.
jadi disini dayah sediakan lirik lagu atas bukit. Untuk rentak
lagu ini boleh cari di youtube yer sayang-sayang semua.
LIRIK LAGU ATAS BUKIT
Atas bukit ada rumput
Rumput cantik tak pernah lihat
Rumput atas bukit
Bukit yang cantik hey!
Bukit yang cantik
Atas rumput ada pokok
Pokok cantik tak pernah lihat
Pokok atas rumput
Rumput atas bukit
Bukit yang cantik hey !
Bukit yang cantik
Atas pokok ada dahan
Dahan cantik tak pernah lihat
Dahan atas pokok
Pokok atas rumput
Rumput atas bukit
Bukit yang cantik hey!
Bukit yang cantik
Perasaan Rindu
Assalamualaikum,
Ya Allah! dekat sebulan dayah tak menulis di blog, rasa rindu tu
lain macam sebabnya, baru nak aktif balik, tetiba berhenti tanpa khabar berita.
Paling best apabila dayah buka celoteh adkdayah, dayah baca banyak komen yang
datang singgah di blog picisan dayah ni. Jadi dayah bertambah semangat untuk
menaip kembali. Bulan 3 lepas, memang banyak sangat kerja kena siapkan dekat
tempat kerja. Balik jer daripada kerja memang tak nampak benda lain dah, nampak
katil dan bantal jer. Nampak laptop pun rasa macam, nanti-nanti lah update.
Sekali usha, rupanya dah dekat sebulan, bulan 3 tak ada langsung entri daripada
dayah. Sayang sangat, terus perasaan rindu itu datang menyerbu.
Selalunya, blog ni la tempat dayah meluahkan perasaan dan segala
benda dayah kongsi. Blog ni dah jadi salah satu tempat dayah meluahkan perasaan
daripada keluarga dan kawan-kawan. In sya ALLAH dayah akan mulakan balik
penulisan dayah. Harap masih ada yang sudi membaca hasil perkongsian dayah
yer.
Perfectly CleanMulti-Action Creme Cleanser/Moisture Mask
Assalamualaikum,
Siapa
yang dekat sini suka pakai make-up? Dayah tanya yang perempuan tau, yang lelaki
kalau jawab juga memang hahaha la. Hehe. Tipu la kalau dayah cakap, taka da perempuan
yang pakai make-up. Kalau nak keluar rumah tak pun lepas mandi jer, mesti kita
pakai bedak. Betul tak? Bedak pun make-up juga kan. Tambah-tambah yang pakai concealer,
foundation semua tu, lagi-lagi la susah cuci make-up tu. Kadang tu, dalam
sehari pasti akan ada mood yang malas sangat-sangat nak cuci make-up, lepas tu
basuh dengan pencuci muka jer, kadang tu tak semua make-up tertanggal. Ok,
sebenarnya dayah nak cerita tentang satu pencuci muka yang dayah guna sekarang,
Perfectly Clean Multi-Action Creme/Moisture Mask.
ESTEE LAUDER
Assalamualaikum,
Siapa yang dekat sini suka pakai BB Cushion yang artis korea
suka pakai tu? Dayah baru nak berjinak dengan BB Cushion ni, sebab sepupu dayah
pernah beli dan pakai, cantik jer dayah tengok, jadi dayah pun tertarik nak
cari BB Cushion. Antara sebab dayah tertarik nak pakai BB Cushion sebab tak
payah nak tempek foundation tebal-tebal dah, pakai BB Cushion pun sudah cukup. Dalam
tengah mencari BB Cushion, rezeki dayah dapat cuba produk Estee Lauder daripada
Sephora. Apa lagi, dayah terus google dan cari produk Estee Lauder yang terbaik dan review
yang orang buat,kebanyakkan syor pakai Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact.
SEMANGAT UNTUK YANG HILANG SEMANGAT
Assalamulaikum,
Hidup ni kadang-kadang akan ada saat terasa diri tak diperlukan, saat diri ini kesunyian dan ada kala rasa diri ini menusahkan orang. Saat itu juga merupakan saat dimana kita perlukan seseorang untuk kita menumpang bahu untuk bersandar hilangkan duka, dan tangan yang ada untuk lap kan air mata. Macam tu la dayah rasa apabila dayah rasa diri dayah ni terlalu tiada makna dalam hidup semua orang. Rasa macam sunyi dan tiada sesiapa yang dapat dayah cerita masalah dayah.
Lepas tu kan, dayah punya la rasa hilang semangat, terus dayah dapat idea nak whatsapp kawan-kawan rapat dayah dekat USIM dulu. Dayah whatsapp jer yang mana rapat dengan dayah, dayah tengok siapa yang akan balas secepat mungkin dan layankan jer dayah. Akhirnya dua hamba ALLAH ni datang dan hulurkan tangan. Ya ALLAH! masa tu terus dayah telifon diorang dan menangis sepuasnya. Mesti akan ada yang cakap, kenapa tak mengadu dekat ALLAH. Disebabkan dayah dah mengadu dekat ALLAH, dah tumpah dah air mata ni, sampai bengkak, dayah just nak cari hamba ALLAH jer yang boleh tumpang nak bercerita.
POKOK LIDAH BUAYA
Assalamualaikum,
Dayah selalu sangat pening kepala, bukan sakit kepala tau. Mungkin bagi setengah orang, sakit dan pening itu adalah benda yang sama. Tapi bagi dayah pula, tak sama, sebab kalau pening kepala, dayah tak sakit berdenyut-denyut dekat kepala, tapi terasa macam duduk atas bot, memusing ja dunia ni, penglihatan jadi kabur dan tak puas melihat, manakala sakit kepala pula, terasa kepala ni berdenyut-denyut sampai kadang tu, rasa nak termuntah dan macam-macam lagi la. Dayah tak selalu sakit kepala, tapi kalau sakit kepala, tengah malam tengah duk sedap tidur pun boleh terjaga sebab berdenyut sangat.
image daripada google image |
DRAMA KOREA
Assalamualaikum,
Kalau sebut Korea jer mesti ramai yang minat kan? ke dayah seorang jer yang perasan macam tu..haha. Siapa yang kaki drama korea mesti geng dengan dayah. Drama yang pertama dayah layan Jewel in the Palace, masa tu dayah sekolah rendah, maksudnya dah banyak tahun la kan. Macam-macam drama yang dayah layan, tapi yang paling dekat dengan hati adalah drama korea yang berunsurkan fantasi dan drama yang ada ilmu yang dayah boleh ambil, maksudnya drama yang perlukan kita fikir dalam setiap episod
KEKABU ASLI
Assalamualaikum,
Ingat tak entri dayah dekat SINI. Dayah ada cakap nak kait buah kabu kan? haa..ni nak cerita la kisahnya..hehe, hari tu kait buah kabu masa cuti Thaipusam, dapat la 4 guni buah kabu. Lepas tu, hari jumaat pagi tu, kami kait lagi, dapat la 2 guni buah kabu. Untung ada pokok kabu sendiri, sebab tak payah susah-susah nak beli. Dah la bantal kekabu asli sekarang ni mahal. Sebanyal kalau tak salah dayah RM30.
Lebih bail, kait sendiri, kupas dan buat bantal sendiri..jimat pun jimat. Zaman sekarang dah tak boleh nak berbelanja sakan dah, semua benda duit, bayangkan semalam dayah tengok instagram, bunga kantan sekuntum RM2.90. Perhhh...telan air liur dayah, dekat rumah dayah, banyak jer mak tanam. Sebab tu la, kita kena berbudi dengan tanah, sekurang-sekurangnya, dapat juga kita tanam apa yang patut dan tak payah beli.
BAJU KURUNG
Assalamualaikum,
Lama tak update, kali terakhir update blog, hari isnin lepas kalau tak salah dayah..bukan tak rindu dan juga bukan sebab malas, tapi badan jadi lemau dan letih sesangat minggu lepas. Dayah pun tak tahu kenapa. huhu.. Rindu nak update sehari 3/4 entri. In sha Allah minggu ni dayah akan update , macam biasa, hehe
Hari jumaat lepas, dayah cuti. Bila cuti jer, ada la idea mak dayah ni, nak keluar shopping la, cuci mata la, meronda kampung la. Biasa la, anak perempuan seorang, jadinya..kita la kena teman. Dayah pun ok jer, sebab sejenis yang kaki berjalan juga. haha.
SEMANGAT
Assalamualaikum,
Selamat pagi isnin semua, dayah duduk Kedah jadinya, dayah tak ada istilah monday blues..haha tapi sunday blues, boleh tak macam tu? ok ok, malas cerita tentang kemalasan nak masuk kerja, nak kongsi quote untuk pagi ini, itu jer.
Apabila satu dunia cakap 'berputus asalah', tapi berharaplah dengan berkata 'cuba sekali lagi'. Dalam hidup ni, mesti akan ada saat kita nak berputus asa dengan apa yang kita buat sekarang, contohnya bekerja, rasa macam malas dah nak kerja, nak cuba kerja lain pula sebab kerja ni tak sesuai dengan jiwa, tapi cuba kita bisik kan kata-kata ini dalam hati. Jangan mengalah, cuba dan terus cuba sehinggalah ia berkesan dan menjadi sebati dengan hidup kita.
MODEL PARU-PARU
Assalamualaikum,
Sejak dayah bekerja di Little Caliph ni, dayah dapat banyak timba banyak ilmu, antaranya ilmu menjadi kreatif. Kenapa dayah cakap kreatif? sebabnya di Little Caliph, akan ada subjek Little Scientist dimana pada setiap hari khamis, pelajar akan disediakan bahan untuk dibuat ekperimen. Macam minggu lepas punya eksperimen adalah model paru-paru. Model paru-paru ini dibuat untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa Allah telah mencipta paru-paru untuk kita bernafas. Topik untuk minggu lepasa adalah benda hidup dan benda tidak hidup. Maka terhasillah model paru-paru ini.
model paru-paru |
PEREMPUAN DAN DATANG BULAN
Assalamualaikum,
Hari
tu dayah ada baca tau dekat twitter, ada la seorang hamba ALLAH ni tweet “Jangan
jadikan alasan PMS untuk bagi sebab yang tidak logik”. Dayah macam tertarik
dengan ayat dia sampai nak buat entri tentang ni. Betul ke perempuan ni, dia
selalu guna alasan datang bulan untuk buat macam-macam? Betul ke? Dayah rasa
macam tak jer. Kenapa dayah cakap macam tu? Lelaki tidak akan faham situasi
seorang perempuan sampai la dia sendiri berada ditempat perempuan itu sendiri. Dayah
yakin, semua wanita diluar sana akan bersetuju dengan pendapat dayah ini.
google image |
DUGAAN ALLAH
Assalamualaikum,
Selamat
pagi semua, selamat memulakan kerja di pagi hari isnin. Hehe, seronokkan kalau
jadi kecik balik. Sebab zaman kecik-kecik tak payah susah-susah nak fikir
pelbagai masalah, tak payah fikirkan pasal duit, fikirkan macam mana nak
teruskan kehidupan dalam zaman moden yang menggunakan pelbagai kudrat dan juga
tenaga. Tambah-tambah dengan penggunaan duit zaman sekarang yang macam pili air
lagi, asal buka jer, laju jer air tu mengalir. Macam tu juga dengan duit, asal
buka beg dompet, mesti laju jer duit tu keluar.
google image |
RINDU
Assalamualaikum,
Semalam dayah tak update entri sebab sedikit sibuk dengan
dunia baru, dunia pekerjaan. Jadinya dayah memohon ampun dan maaf yer. Bajet
artis sungguh la…haha. Semalam kan, dayah macam tekanan tau, sebab selama ni
dayah selalu dengan kawan-kawan dayah daripada dayah umur 13 tahun sampai la 23
tahun, dayah banyak bersama dengan kawan-kawan sebab dayah belajar jauh.
Jadinya, apabila dayah dah masuk umur 24 ni, kena duduk dirumah atau beralih tempat baru, dayah jadi kekok,
bukan kekok sebab tak dapat suaikan diri, tapi rasa kekok dengan bawaan diri
kita. Kalau dekat rumah, waktu siang dayah selalu sembang dan melawak dengan
mak ayah dan adik-beradik dayah. Kalau malam pula, dayah banyak habiskan masa
dibilik menghadap laptop dan melayan dunia maya. Dayah selesa sedikit apabila
dayah dapat meluangkan masa dan bersama-sama dengan orang yang minat sama
dengan dayah.
ehsan google image |
CUTI THAIPUSAM
Assalamualaikum,
Siapa cuti thaipusam ni kita geng, hehe. Dayah cuti 3 hari. Korang
pula? Seronok apabila cuti selepas bekerja hari-hari kan? Rasa macam nak buat
apa pun boleh. Ok la, nak bagi tahu yang tu jer sebenarnya, dayah cuti 3 hari
semperna hari Thaipusam. Kenapa 3 hari? Yer la, jumaat sabtu memang dayah dah
cuti pun..haha ok la korang, nak pergi kait kekabu dekat kampong kejap, nanti
dayah cerita yer, sebelum tu dayah nak ucapkan selamat pagi semua.
Selamat bercuti.
barakALLAHufikum
REZEKI
Assalamualaikum,
Rezeki dibulan februari 2017. Sejak dayah aktif balik dalam dunia blogging ni, rezeki datang melimpah-limpah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Bukan niat nak menunjuk disini tapi saja nak kongsi kegembiraan dayah. Rezeki apa? setakat ni rezeki didunia blog dan juga di dunia realiti. Semalam pergi temuduga dekat Little Caliph dan alhamdulillah dayah diterima sebagai salah seorang tenaga pengajar di Little Caliph. Nanti dayah cerita yer, macam mana keadaan temuduga tu, macam-macam soalan dan nasib dayah dapat penemuduga yang baik dan sempoi jer. Alhamdulillah kurang sikit gementar tu.
DOAKAN SAYA
Assalamualaikum,
Doakan dayah yer korang, hari ini adalah hari pertama lapor diri di Little Caliph sebagai salah seorang tenaga pengajar. Dayah pula pertama kali nak mengajar budak-budak bawah 7 tahun. Selalunya ajar budak sekolah rendah atau menengah saja. Tak pernah lagi mengajar budak pra sekolah. Doakan dayah dipermudahkan urusan yer. Nanti dayah cerita macam mana hari pertama di Little Caliph ni. Aduh..risau tambah dengan gementar ni...doakan dayah diberi kesabaran yang tinggi yer.
image google |
barakALLAHufikum
Kenapa lelaki suka perempuan yang cantik?
Assalamualaikum,
Kenapa lelaki suka perempuan yang cantik? Itu adalah lumrah
dan fitrah seorang manusia. Tanya la sesiapa pun, lelaki atau perempuan mesti
suka akan kecantikkan. Betul tak? Lelaki dan perempuan ni sama jer kalau
disoal, pasti akan jawab ‘ aku tak pandang wajah dia, biarlah tak cantik atau
handsome, aslakan dia sayangkan dekat aku’ klise sangat ayat tu..haha memang la
semua orang akan cari yang sayangkan diri kita lebih daripada apa pun, tapi aka
nada dalam hujung disudut hati, pasti akan cari yang ada rupa dan sedap mata
memandang.
"Di AKHIR ZAMAN ini, LELAKI yang BUTA AGAMA jumlahnya lebih banyak dari jumlah lelaki yang BUTA MATA.. ALLAHURABBI.” -Ustaz Azhar Idrus
PETUA TRADISIONAL
Assalamualaikum,
Selamat bekerja semua, dayah tahu, asal masuk hari Isnin jer semuanya macam bermalas-malasan betul tak? Nak buat macam mana, tu la penyakit 'Monday Blues' yang orang duk sebut sana-sini. Tapi jangan risau, santai-santai jer yer semua sambil baca blog dayah. Hari ini dayah nak kongsi satu peyua tradisional yang telah diamalkan dari dulu lagi oleh ahli keluarga dayah. Mak dayah selalu buat petua ini. Alhamdulillah dia dapat kawal bacaan darah tinggi dia. Mak dayah tak makan ubat darah tinggi sampai la umur dia 61 tahun, maknanya tahun lepas baru mak dayah mula makan ubat darah tinggi sebab dia boleh kawal penyakit darah tinggi dengan mengalamkan petua tradisional ini. Tapi ini semua penyebab sahaja, ALLAH yang menentukan, jadi kita boleh ikhtiar selagi ada daya. betul tak?
Jadi, mari sini rapat-rapat dan baca betul-betul petua tradisioanal yang dayah akan kongsikan ini. Mana tahu, korang boleh sediakan petua tradisional ini kepada ahli keluarga yang ada penyakit darah tinggi.
Monday Blues
Assalamualaikum,
Kenapa semua takut hari Isnin? sebabnya semua bermula pada hari isnin, KERJA dan SEKOLAH. sebab tu semua suka tulis status Monday Blues. haha, sabar jer la. cuti dua hari macam tak cuti bila sampai hari Isnin, betul tak? sabar yer semua, kuat untuk mencari rezeki dan mencari ilmu. Semoga ALLAH memberkati kita walau dimana pun kita berada amin.
google image |
barakALLAHufikum
Give Away by ASTraveler - 6 Jan 2017- 6 Feb 2017
klik banner untuk join
barakALLAHufikum
PANTAI MERDEKA
Assalamualaikum,
Sebelum-sebelum ni, dayah ada cerita tentang hari pertama dan hari kedua di Pantai Merdeka. Jadi, hari ini, dayah nak cerita tentang hari ketiga pula. Sebenarnya hari ketiga ni tak banyak yang dapat dayah cerita sebab tengah hari kami dah pakat nak balik. Al-maklumlah check out pukul 12.30. Sebelum nak check out tu, pagi-pagi lagi dayah dengan anak buah dayah pergi kolam renang. Haha, hilangkan gian katanya. Mak dayah cakap, pagi-pagi buta dah turun mandi kolam, tak sejuk ka hampa semua ni. haha
Sebenarnya, rancangan asalnya, kakak ipar dayah yang nak turun mandi pagi-pagi buta tu sebab diorang tak ada kesempatan nak mandi kolam selam kami duduk di chalet pantai merdeka disebabkan anak-anak kecil semuanya, dayah dengan anak buah yang turun dulu. haha. Nasib sempat juga diorang nak turun mandi dekat kolam renang sebab mak dayah tawar diri untuk jaga anak diorang. Untunglah dapat mak mertua macam mak dayah. huhu
Lepas mandi, hujan mula turun, kami tetap setia dalam kolam walaupun kakak dengan abang dayah dah minta dayah naik, haha. Lepas naik tu, terus mandi dan siap-siap barang dan makan tengah hari. Kemudian sebelum check out, macam biasa, kami pastikan chalet akan bersih daripada sampah dan kembalikan chalet sepertimana kami terima semasa check in.
Sebelum balik, seperti biasa..ambil gambar bersama-sama untuk kenangan di masa akan datang. Dayah harap sangat suatu hari nanti akan ada lagi percutian keluarga seperti ini. Kami dapat mengeratkan silaturrahim sesama adik-beradik.
ok la semua, jumpa lagi nanti di entri seterusnya dengan keadaan sihat walafiat. Amin ☺
barakALLAHufikum