Perfectly Clean Multi-Action Creme Cleanser/Moisture Mask

February 24, 2017

Perfectly CleanMulti-Action Creme Cleanser/Moisture Mask


Assalamualaikum,

Siapa yang dekat sini suka pakai make-up? Dayah tanya yang perempuan tau, yang lelaki kalau jawab juga memang hahaha la. Hehe. Tipu la kalau dayah cakap, taka da perempuan yang pakai make-up. Kalau nak keluar rumah tak pun lepas mandi jer, mesti kita pakai bedak. Betul tak? Bedak pun make-up juga kan. Tambah-tambah yang pakai concealer, foundation semua tu, lagi-lagi la susah cuci make-up tu. Kadang tu, dalam sehari pasti akan ada mood yang malas sangat-sangat nak cuci make-up, lepas tu basuh dengan pencuci muka jer, kadang tu tak semua make-up tertanggal. Ok, sebenarnya dayah nak cerita tentang satu pencuci muka yang dayah guna sekarang, Perfectly Clean Multi-Action Creme/Moisture Mask.
estee lauder, pencuci muka, pencuci muka dan mask muka, pencuci muka buang mekap


Penerangan Produk:

Merawat kulit anda dengan buih yang menyegarkan dan membersihkan lembut lagi teliti. Formula berkrim pesat lathers ke dalam pembersih yang kaya berbuih yang perlahan-lahan mencuci make-up dan kekotoran lain tanpa mengeringkan wajah dan tanpa menyumbat liang roma. Meninggalkan kulit yang sihat, segar dan bercahaya.

Cara penggunaan :

Perfectly Clean Multi-Action Creme/Moisture Mask boleh digunakan dengan 2 cara.

  1. Penggunaan harian sebagai pembersih iaitu 2x sehari, pagi dan malam.
  2. Atau 2x seminggu sebagai masker muka selama 3 minit.


Perfectly Clean Multi-Action Creme/Moisture Mask didatangkan dalam bekas berwarna biru  macam gambar diatas. Pencuci yang dalam tu pula berwarna putih. Memang jimat la dayah cakap sebab kita picit sikit jer, dah cukup untuk cuci satu muka.

Review Perfectly Clean Multi-Action Creme/Moisture Mask.

Setakat ni, muka dayah masih boleh terima penggunaan Perfectly Clean Multi-Action Creme/Moisture Mask. Sebab yang bestnya pencuci muka ni, kita tekan sikit jer, kemudian buih dia memang banyak, jadinya, jimat la kalau kita nak pakai, tambah-tambah pula dengan harga RM120. Tunggu kaya dulu baru pakai, haha selama ni pakai pencuci muka tak lebih daripada RM50 pun, sekali pakai pencuci muka mahal pula. Haha bajet la kejap.

Dekat penerangan dia cakap dapat cuci make-up, apa yang dayah pakai dan alaminya, mungki tak sama dengan orang lain, jadinya ini adalah pengalaman dayah. Make-up tu mungkin hilang juga la, sebabnya dayah bukan pakai make-up tebal pun, jadinya make-up dayah pakai tu senang dicuci dengan penggunaan Perfectly Clean Multi-Action Creme/Moisture Mask.

Bila pakai tu, muka memang rasa kering dan bersih sangat. Kepada yang kulit kering tu, dayah tak syorkan untuk pakai, sebab memang rasa kering sangat tapi bila dalam setengah jam, muka kita macam pakai pelembap, rasa macam moist jer.

Dayah rasa itu jer kot pandangan dayah tentang pencuci muka yang baru dayah guna ni. Kepada sesiapa yang peminat barang Estee Lauder boleh la nak usha-usah barang di SINI

barakALLAHufikum


Anda Juga Mungkin Meminati

13 comments

  1. kulit aina kering jadi xberapa sesuai kut. hehe aina just guna safi balqis je.

    ReplyDelete
  2. Laaaaaa, kenapa lelaki tak boleh jawab?

    ReplyDelete
  3. best kan bila dah dapat produk yang sesuai dengan kulit muka

    ReplyDelete
  4. aril pkai safi balqis . hahahhaha

    ReplyDelete
  5. Fiza suka pakai cleanser jenis banyak foam :)

    ReplyDelete
  6. samalah sis pun x pakai makeup tebal-tebal.

    ReplyDelete
  7. Mahal x estee lauder product ni

    ReplyDelete
  8. You dah stop menulis ke?

    ReplyDelete
  9. Patut la berseri je muka hidayah :O

    ReplyDelete
  10. saya nak pakai bedak sejuk..

    tetapi sampai sekarang belum lagi kesampaian

    ReplyDelete
  11. Wah bestlah boleh hilangkan mekap sana kan?

    ReplyDelete
  12. Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum