Adab dan etika seorang blogger muslim

February 04, 2017

Adab dan Etika seorang blogger Muslim 

Assalamualaikum,

Semalam dayah ada terbaca majalah CETUS, majalah CETUS ini adalah majalah yang ditulis oleh batch dayah di USIM masa tahun 4 ke 3 kalau tak silap dayah. Saja nak buka balik majalah tu sebab teringat dekat kawan-kawan USIM. Sekali terpandang tajuk Adab dan Etika seorang blogger Muslim, rasa macam best juga kalau dapat kongsi Adab dan Etika seorang blogger Muslim dengan pembaca celoteh adkdayah ni. Jadi mari kita tengok senarai pendek yang Adab dan Etika seorang blogger Muslim

4 Adab dan Etika seorang blogger Muslim

1- Niat yang betul
2-  Sumber maklumat yang sahih dan tepat
3- Elak daripada menulis isu yang sensetif
4- Belajar daripada blogger yang berpengalaman

belajar daripada blogger yang berpengalaman, elak daripada menulis isu sensetif, sumber maklumat yang sahih dan tepat, niat yang betul, adab dan etika seorang blogger muslim
gambar daripada google image


1- NIAT YANG BETUL


Setiap perkara yang dilakukan adalah bergantung kepada niat. Kalau niat itu buruk maka buruklah jadinya. Kalau niat itu baik maka baiklah jadinya. Sebagai seorang blogger muslim, niat yang betul dalam penulisan sangat-sangat lah penting untuk menunjukkan akhlak seorang muslim itu. 

Nabi SAW pernah bersabda “ sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju ALLAH dan Rasulnya maka hijranya menuju kepada ALLAH dan Rasulnya. Barangsiapa yang hijranya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwini, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu”

 2- SUMBER MAKLUMAT YANG SAHIH DAN TEPAT


Ini adalah adab yang paling penting, tidak kisah la sesiapa pun, walaupun dia bukan blogger tetapi seorang yang menggunakan media sosial sekalipun, adab ini perlu ada bagi setiap orang. Sumber maklumat yang sahih dan tepat adalah penentu untuk penulisan yang berkualiti atau pun tidak. Jangan jadikan penulisan tabloid dimana, penulisan yang tidak seberapa tetapi gossip jer banyak. Sumber yang sahih dan tepat adalah untuk disampaikan tetapi sumber yang tidak sahih dan kurang tepat perlukan kajian yang mendalam sebelum ditulis dan disebarkan.

3- ELAK DARIPADA MENULIS ISU SENSETIF


Kenapa dayah cakap elakkan daripada menulisisu sensetif? Sebabnya tidak semua orang yang boleh menerima sesuatu yang baharu dan tidak semua dapat memahami jalan penyampain yang kita cuba sampaikan melalui penulisan. Untuk mengelakkan salah faham, lebih baik kita elak daripada isu sensetif. Lagi pula, ia dapat mengeratkan silaturrahim diantara penulis blog dan pembaca kerana saling menjaga sensetiviti masing-masing. Betul tak?

4- BELAJAR DARIPADA BLOGGER YANG BERPENGALAMAN


Dunia blogging kini banyak menubuhkan kelab dan persatuan. Ini semua adalah salah satu jalan untuk kita yang baru dalam dunia penulisan blog ini untuk belajar daripada senior yang sudah bertahun berkecimpung didalam dunia blogging. Mereka lebih tahu apa yang perlu dana pa yang tidak perlu untuk ditulis didalam blog. Bahkan mereka dapat membimbing kita untuk menjadi seorang penulis blog yang berkualiti dalam penulisan.

Setakat itu sahaja dapat dayah kongsikan untuk para pembaca sekalian. Semoga Adab dan Etika seorang blogger Muslim ini dapat menjadi salah satu juruukur untuk kita menjadi penulis blog muslim yang berjaya. Amin


barakALLAHufikum 

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum