Cukuplah!! Jangan salahkan perempuan dan datang bulan
February 13, 2017PEREMPUAN DAN DATANG BULAN
Assalamualaikum,
Hari
tu dayah ada baca tau dekat twitter, ada la seorang hamba ALLAH ni tweet “Jangan
jadikan alasan PMS untuk bagi sebab yang tidak logik”. Dayah macam tertarik
dengan ayat dia sampai nak buat entri tentang ni. Betul ke perempuan ni, dia
selalu guna alasan datang bulan untuk buat macam-macam? Betul ke? Dayah rasa
macam tak jer. Kenapa dayah cakap macam tu? Lelaki tidak akan faham situasi
seorang perempuan sampai la dia sendiri berada ditempat perempuan itu sendiri. Dayah
yakin, semua wanita diluar sana akan bersetuju dengan pendapat dayah ini.
google image |
DATANG BULAN DIJADIKAN ALASAN
Lelaki
selalu akan cakap macam ni “ asal datang bulan jer, mood tu mesti kelaut, cuba
jangan layankan sangat” orang lelaki boleh cakap jer, cuba duduk ditempat
perempuan tu sendiri, baru tahu..setiap perempuan tidak pernah inginkan mood
diorang jadi tidak menentu, percayalah wahai lelaki. Kami perempuan tidak
pernah ingin kan perasaan tetiba sedih sangat-sangat, perasaan takut tetiba,
perasaan nak marah tanpa sebab dan pelbagai lagi perasaan. Percayalah wahai
insan bernama lelaki, kami perempuan tidak pernah inginkan perasaan itu.
Hormon
yang berada didalam badan ini yang telah membuatkan semua itu terjadi. Dayah percaya,
lelaki akan cakap, “alaa..dah layankan sangat perasaan tu, cuba jangan
layankan. Ok la tu”. Ya ALLAH! Kalau la dayah boleh ceritakan macam mana
perasaan tu, dayah akan cerita dah, dayah sendiri kalau nak datang bulan, pasti
akan datang perasaan takut dan sedih yang bermacam-macam. Dayah pun tak tahu
kenapa, dah cuba lawan tapi masih lagi gagal. Hanya ALLAH jer tempat mengadu,
memohon pada DIA untuk hilangkan perasaan itu cepat-cepat, sebab takut orang
tak suka dengan kita apabila kita buat perangai macam tu.
google image |
Kami
perempuan tidak pernah minta lebih kepada pihak lelaki, kami hanya mintakan,
kaum adam memahami kenapa dan mengapa kami mejadi begitu. Cukuplah sekadar
faham situasi, cukup lah. Jangan menambahkan lagi sulit dan sukar tu kepada
kami. Kai mohon sangat, cukup lah cakap yang kami ni saja menggunakan alasan
datang bulan untuk buat tindakan yang tak logik. Terima kasih kepada yang
memahami, semoga ALLAH merahmati anda.
barakALLAHufikum
9 comments
slu duk dgr mcm tu, tp akak rasa diri akak ni dtg bulan ke tak sama sj... hikhik...
ReplyDeleteHurm.. nie emsti tak cuba nak faham..
ReplyDeleteBagi sesetengah orang pms is very hard..
Ada yang kalau datang bulan je mesti terbaring, guling2 atas katil..
Bukan sengaja tapi memang sakit tu real.. Ada yang okay, memang okaylah.. Rezeki masing2 sangat berbeza.. ini rezeki juga ye..
hmmmm tak dapat nak bayangkan macam mana rasa sakit tu.
ReplyDeletesemoga kuat ya adk dayah.
kalau Nurul jenis tak boleh orang kacau Nurul.. tapi nak jugak kacau.. bila kena marah, eh dia marah kita balik.. huhuhu.. tak tahu nak fahamkan kaum adam macam mana.. >.<"
ReplyDeletejemput join segmen Nurul ye :D
http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/segmen-review-blog-by-syahirahvaliantcom.html
aril stuju . aril ni x mahir sngt psal perempuan . tapi bila diorang dtg period, please jngn kacau diorang . they need more rest at a same time a peaceful mind ..
ReplyDeletearil singgah ye
SETUJU! kalau ada yg cakap tipu, tapi hakikatnya aina sendiri bila nak period je rasa cepat marah. lepastu macam2 mengidam nak makan itu ini. dah lumrah perempuan akan alaminya mcam tu. kau orang lelaki cuba laah faham sikit.
ReplyDeleteMesti cakap arab berabok ni.
ReplyDeleteArab kata datang bulan macam mana ge?
kannn.. sila memahami ..pi main jauh2 kalau tak xmo phm..hihihi
ReplyDeleteAllah jadikan tu semua kpd kaum wanita, pasti ada hikmahnya.
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.