JALAN PENYELESAIAN
THE MINES
Assalamualaikum semua, lama dayah tak mengarang dan seisi meluah perasaan yang segala bagai dekat sini. Ampun maaf dipinta kepada pembaca semua (bajet giler) --' ok sebenarnya dayah jarang update blog sebab sibuk dengan thesis dan assignment. Faham-faham jer la bila dah tahun akhir ni. Harap faham yer.
Berhenti dulu cerita tentang sebab dan munasabab kenapa lama tak update. Dayah nak cerita tentang tajuk entri. Jalan penyelesaian. Haa.. sebab apa jalan penyelesaian? Sebabnya adalah handphone kesayangan dayah ni ha, ceritanya gini. 2 minggu lepas, handphone ni asyik keluar 'android has been stopped'
Lepas tu, dengan penuh tekanan jiwa dan raganya, dayah pun format la handphone kesayangan ni. Lepas format tu, alhamdulillah boleh guna macam biasa. Tapi lepas seminggu tu camera plak tak boleh guna, blank depan belakang. Sebagai seorang blogger yang suka sangat tangkap gambar, bila camera jadi macam tu, tekanan ya Allah. So dayah pergi pelbagai kedai, still suruh dayah pergi centre. Paling dekat pun dekat the mines.
Bayangkan bila pergi the mines, tak sampai 5 minit pun, camera dah bole guna. Wow, magic kau..haha nasib tak kena bayar, kalau tak, merangkak cari duit la ko dayah wey =,=' nak cerita yang tu jer pun, sebab sah lama tak update, so jadi kekok kejap. Haa..nanti dayah cerita kedai-kedai makan yang dayah pergi yer. Kedai makan dekat the mines yang korang perlu dan patut singgah pun dayah akan update nanti yer.
Doakan dayah cepat siapkan thesis yer awak-awak semua. Jumpa next entri yer sayang-sayang semua.
barakALLAHufikum