ada x sesiapa ada masalah macam dayah..macam mana ek nak hilangkan masalah ni?
by the way nak cakap dayah ni jenis study x ingat nak makan bagai tu x la..still makan...still try macam2 resepi..hehe tapi tu lah masalahnya..dayah x pandai nak struggle macam kawan2 dayah..sebab dayah suka study santai2 and paling penting dayah x suka orang banding2kan cara study kita..hello...i still bole jawab apa yang korang baca tu yer..huhu yer la..dalam dewan kuliah pergi tidor..x alert dengan lecturer..memang kau patut pun strunggle nak mati..lain kali bagi tumpuan dalam kelas yer mak markonah..ops..sori yer kawan2 terover pula..huhu yer la..ada ke patut banding2kan cara study kita dengan dia..setiap orang ada cara pembelajaran dan penerimaan masing2 so..awak2 sayang..faham lah setiap manusia di muka bumi ALLAH ni x sama yer
ok lah semua sepanjang tarikh2 dekat atas tu mintak maaf la yer kalau dayah x update..mood exam sekarang ni..by the way doakan dayah dengan kawan2 dayah yer..doakan kitorang dapat jawab soalan dan menjawab apa yang ditanya..balasannya..dayah doakan korang berjaya dunia dan akhirat..
ok lah semua sepanjang tarikh2 dekat atas tu mintak maaf la yer kalau dayah x update..mood exam sekarang ni..by the way doakan dayah dengan kawan2 dayah yer..doakan kitorang dapat jawab soalan dan menjawab apa yang ditanya..balasannya..dayah doakan korang berjaya dunia dan akhirat..
ok semua..jom sambung study..moga ALLAH sentiasa menjaga kita di bawah rahmatnya
barakALLAHufikum
program
MISI BANTUAN BENCANA ALAM U3P USIM “TRAGEDI BANJIR LUMPUR CAMERON HIGHLAND 2013”
December 27, 2013SEK.KEB. BUKIT BRINCANG
KOMUNITI RINGLET
TARIKH
21- 23 Disember 2013
Anjuran
Urusetia Perlindungan Perubatn Pelajar (U3P)
Universiti Sains Islam Malaysia
dayah pernah cerita pasal U3P dekat SINI kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca dekat entri lepas yer ^_^ program ni khidmat masyarakat la..best sangat..tapi satu jer yang x tahan..SEJUK!! yes ambik kau caps lock lagi..serious cakap sejuknya hanya ALLAH ja tahu..maybe sekarang musim hujan so mempengaruhi cuaca dekat sana..by the way ok jer cuma time malam nak tido tu agak menggigil jugak la..bayangkan pakai stokin 2 lapis..baju berlapis2 pun terasa lagi kesejukan tu mencucuk tulang..aiseh ayat..hoho..ahli u3p dalam 20 orang lebih jer..yang lain bukan ahli tapi rapatnya maca dah kenal lama sedangkan baru jer kenal x sampai sehari..meh kita tengok gambar..biar gambar berbicara..hoho
ni dekat pasar brinchang..lepas lukis moral jer..terus siap2 keluar meronda dekat pasar dia..dekat sejam lebih jugak dayah dengan kawan2 keluar meronda..hehe
ni time nak balik..sabor jer la bila semuanya kaki bergambar..huhu
dua orang budak poyo..hehe sama x sarung tangan kami?hehe
sebenarnya banyak lagi gambar..tapi malas nak letak semua..nanti takot korang jemu baca entry dayah ni..so setakat ni dulu dayah menutup tirai kem..hehe ok semua..semoga berada dalam rahmat ALLAH sentiasa..
barakALLAHufikum
RESEPI
2- masukkan 4 sudu tepung kastard dalam air secawan then kacau2 and masukkan dalam agar2 yang dah cair tadi..kemudian masukkan susu cair and pekat setengah tin..(pandai2 la bajet kemanisan dia yer..hoho)
3- dah siap semuanya..masukkan dalam bekas
4- apa tunggu lagi..masukkan la oreo yang telah dibuang inti dia and buah campuran tadi atas puding tadi..(bagi dayah cukup dengan oreo pun da sedap..bagi sesiapa yang minat masam2 sikit bole la letak buah ni..by the way sedap jer kitorang makan..hehehe
5- masak agar2 segera..ikot la agar2 apa pun then bila dah sejuk puding yang dekat bawah tadi tu..kita letak agar2 segera tadi sebagai toping dia..then siap..tadaaaaaaaaa....kan senang jer buat puding terbaik ni..hohoho
dah macam kek jer rupanya..hehe abaikan pisau besar gedabak tu yer t_t memalukan jer hoho ni la kerja kitorang dekat ostel bila dah habis assigment..hehe
jemput cuba yer kawan2 reader semua ^_^
selamat mencuba yer
barakALLAHufikum
Jom Berfesyen Islam
Buat teman-teman yang disayangi ALLAH, kita bukan hidup berseorangan di dunia ini untuk buat apa yang kita inginkan.
ALLAH telah menetapkan tahap aurat muslimah kerana kita punya keistimewaan tersendiri yang kebiasaanya dipandang oleh lelaki. Kita tahu kehadiran mereka disisi mereka. Kita bukanlah Ran yang tidak menyedari kehadiran Sinichi. Alangkah malunya andai kita berpakaian mendedah aurat semata-mata untuk menarik perhatian kaum adam.
Ada diantara kaum adam bakal pejuang agama, bakal ilmuan agung, namun tersungkur disebabkan kita. Ada pepatah arab berbunyi ;
العلوم نورا. النور لا يهدي الله العصي( ilmu itu cahaya. Cahaya tidak akan diberikan kepada yang melakukan maksiat)
Kita membuka peluang kepada kaum adam untuk melakukan maksiat. Nauzubillah. Namun, tidak di nafikan ada di antara kaum adam yang sememangnya bermata nakal namun mereka bukanlah sinichi yang tidak diketahui kehadirannya. Kita sedar kewujudan mereka. Oleh sebab itu, jom sama-sama jaga maruah diri. Kita muslimah hebat, berilmu pengetahuan, punya pegangan mantap. KIta amat berharga.
Syurga milik semua. Bukan milikku, bukan milikmu jua tapi milik kita. Kita bakal bidadari Jannah.
Uhibbuk fillah
INGAT !!
^_^
Kita bukan Ran, Dia bukan Sinichi
Wanita ibarat rama-rama . Apabila jari tersentuh rama-rama maka coraknya akan hilang. Begitu juga dengan wanita. Apabila lelaki bukan mahram melihat dan menyentuh mana-mana bahgian tubuhnya, maka hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan diri itu. Jagalah sebaik-baik mungkin auratmu. Kerana seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita. Peliharalah dirimu kerana sebaik-baik kejadian.
semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua..~c/p~
barakALLAHufikum
oleh : Sekretariat Tahun 2 FPBU 2013/2014
hai semua..apa khabar?terkejut baca entry?heheh mengidam apa pula la mek dayah ni kan..nak kata pregnant belum kahwin..single mingle lagi..ni mengidam apa pula??dayah mengidam ni la
nasi kerabu
gambar ambil dari belas ehsan pak cik google t_t
ada sesiapa tahu dekat mana nasi kerabu yang sedap?nak yang sedap tau..kalau boleh area2 nilai negeri sembilan..tetiba teringin giler nak makan ni..hari2 search resepi nasi kerabu..dekat sini memang x la kalau nak buat kan..x boleh masak dekat kolej..tengah sedap taip entry ni..bau pula felo ke sape la masak ikan pekasam ni..perhhh..terliur weh..jangan menaikkan nafsu makan dayah boleh x???wahhhh..nak cari mana nasi kerabu yang sedap..dekat sini diorang cakap x sedap langsung..so malas la nak pergi beli..dah la pergi tempah aritu xde nasi kerabu..nasi goreng kerabu ada la..boleh la bang..bantai juga makan..tapi nak yang macam gambar kat atas tu..menyelerakan je tengok..
lagi sedap la kalau ada orang belanja kan?berangan seketika....hehehe
ok la semua..
barakALLAHufikum
feeling guilty right now..sometime kita mesti akan rasa serba salah..betul x?macam tu la dayah rasa sekarang..x tahu tindakan yang dibuat tu mengundang kemarahan lately..but dayah try untuk buang rasa tu.. xbole..macam mana yer..ada x sesiapa yang tahu..macam mana nak buat?? kadang-kadang tindakan yang kita rasa betul tu disalah sangkakan..dayah lakukan ni..bukan bermakna dayah x rasa bersalah langsung actually,,lepas jer benda tu berlalu..dayah rasa bersalah sangat menolak harapan seseorang..rasanya x salah kot dayah memikirkan kepentingan diri dayah sama?atau mungkin salah bagi kamu untuk dayah memikirkan kepentingan dayah..but please..selama ini dayah x pernah tolak setiap kehendak..untuk sekian kali dengan rasa serba salahnya dayah..dayah menolak..itu pun telah mengundang kemarahan..bersalahkah dayah?please stop make me guilty every single day..i'm really sorry to do that..warhhhh rasa nak menangis kot kalau kita bermasam muka dengan orang yang kita sayang..dengan orang yang kita dah anggap keluarga kita..dayah dah try talking with you,smile for you,make you laugh tapi still x ada perkembangan..wahai kawan2 blogger ku sekalian.ada x cara nak hilangkan rasa bersalah ni
sayang..dayah rasa bersalah sangat buat macam ni dekat kamu..dayah x ada niat nak bangkitkan kemarahan kamu..tapi please jangan masam2 lagi..ala..x cumel la sayang..i love you damn much you know..dayah mintak maaf sangat2..dayah x pandai memujuk dan dayah x pandai meluah dengan kata2..dayah hanya mampu menaip..please forgive me
미안 내 (mian nae)
p/s : this for my friend tau..(perempuan)..jangan fikir boyafrend dayah pula..huhuhu >_<
barakALLAHufikum
salam..pagi isnin semua..bangun pagi ni tetiba rasa nak sharing dengan kawan2 blog bahasa mandarin yang dayah belajar semester 3 ni..nak belajar x?jom belajar sekali dengan dayah..ilmu kalau kita kongsi..makin bertambah..so,jom kita belajar sama2 nak?
1st sekali kita kenal dulu 8 basic strokes in chinese character
2nd stroke order..yang ni ada 7
- horizontal before the vertical
- the left falling before the right falling
- from bottom to top
- from left to right
- from outside to inside
- inside precedes the sealing
- middle precedes the two sides
kiranya stroke order ni..dia ajar cara kita nak tulis mana dulu..contohnya kalau kita nak tulis satu2 perkataan..kita kena tulis yang mana dulu..bukan pakai main tulis jer..nanti salah..hehe faham ke idok?faham2 la yer..hehe
ni just basic jer tau..dayah pun bukan pandai sangat just nak sharing apa yang dayah tahu je lah..so..sekarang meh kita belajar tulis perkataan family
爸爸 baba father
妈妈 mama mother
哥哥 gege elder brother
姐姐 jiejie elder sister
弟弟 didi younger brother
妹妹 meimei younger sister
ok yang tu dulu dayah kongsi yer..nanti dayahkongsi pula perkataan personal pronouns..tunggu yer sayang semua..bahasa mandarin ni kena selalu praktis..baru tulisan tu jadi cantik..tapi tu la..dayah ni terlalau rajin sampai x terbuat..hoho..btw selamat belajar tulis yer..nanti dah pandai tulis yang ni..dayah ajar yang personal pula yer..ok semua..
barakALLAHufikum
salam semua..sana sini cerita pasal pagerank..dayah baru 8 bulan dalam dunia blog ni..so, x berapa pandai sangat bila orang cakap pasal pagerank bagai ni..
so dengan penuh tanda tanya,,dayah dengan berusaha gigih yang x berapa nak gigih dayah pun
soal siasat , kaji selidik dengan pakcik google yang tersayang, dayah dan pakcik google x boleh dipisahkan,,hehe so terjumpalah..apa itu pagerank..rupa2nya pagerank ni kita boleh tahu tahap blog kita dalam google..yang paling penting sekali pengiklan suka dengan pagerank yang tinggi untuk memasarkan iklan diorang dalam blog kita..betul la kot..kalau silap..mohon perbetulkan yer..hehe
kalau nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan pagerank ni bole lah baca dekat SINI
pagerank untuk
♥ kanvas seorang ELF ♥
baru 1/10..xpe2 berusaha lagi untuk capai tahap yang tinggi..aiseh penuh dengan semangat..blogger lain yang dayah tengok dah naik 2/10..tahniah yer sayang2 semua.. ^^,
ok la semua..bagi sesiapa yang nak check PR tu bole la check dekat SINI yer
barakALLAHufikum
ok fine !!
salam semua..sorry kalau entry ni kasar sikit yer...bukan apa..tengah panas mengenangkan diri ni dilayan macam apa lagi dekat kedai kononnya bertaraf..huh..ingat kita ni x pernah masuk kedai2 macam tu ke? please la annoying me like that..dengan pandangan mengejek...pandangan yang membuatkan orang meluat tau x?huh..kalau sekali dayah x suka sampai bila2 dayah x suka...jangan la sampai nak usha orang macam kita ni guna duit dia nak memebeli..sorry to say ok..parant dayah dah bagi cukup lengkap dekat dayah..sibling dayah x akan buat adik kesayangan diorang ni perak/batak/poyo dengan benda2 macam tu la...setakat kedai macam tu dah berpuluh kedai la dayah masuk..tapi x pernah lagi la kena layan macam ni..eleh..mentang2 kami datang pakai pakaian student..standart la weyh..dah orang baru balik kelas kot..dah teringin sangat..so pergi la kedai sayang2 semua tu...salah ke?salah ke berpakaian tudent masuk tempat2 western bagai ni?x kot kan..xde pun tulis
'TIDAK DIBENARKAN STUDENT MASUK'
x kan?so apa masalah sayang2 yer?jangan la buat macam ni..nanti daripada rezeki nak masuk terus keluar sebab apa?sebab layanan x memuaskan orang..yer dayah faham kalau korang letih bekerja..tapi sekurang2nya jangan layan macam x nak layan..kami student still ada hati dan perasaan tau..bukannya budak2 yang x faham dunia lagi..we already 20th la..please respect us if you want to respect back ok? kitorang x mintak pun di layan macam puteri raja..but layan dengan ikhlas sudah..macam pizza kitorang pergi hari tu..baik sangat2..x pandang pun macam needy..dayah dah biasa la dengan tempat2 macam tu..sibling dayah suka berjalan..so mustahil dayah x pernah masuk and membeli dekat tempat2 brand..salah satunya yang dayah cerita dekat entry INI
xkan la semunya dayah nak cerita semua tempat kan?cukup lah setakat kita jer tahu..xkan nak riak..berdosa tau x kalau bercerita dengan riak..betul x?.urmmm...entah la nak cakap..sedih sungguh2 la dengan orang macam ni..
dayah harap sangat..korang yang membaca ni x jadi macam dayah and moga ALLAH memberi hidayah kepada mereka agar nampak apa yang mereka x nampak..mungkin terlepas pandang....amin..
maaf yer kalau entry ni akan melukakan hati sesiapa..dayah just nak berkongsi rasa..hoho ayat..ok semua..semoga dalam rahmat ALLAH
barakALLAHufikum
안녕하세요
annyeonghaseyo
sejak2 menang giveaway yang dianjurkan oleh kak shad..terus cakap korea kau..hehe
meh sini nak cerita sikit..baru2 ni dayah ada join giveaway INI
so dayah menang la postcard
bahagia weyh..bukan bahagia dapat postcard..dapat poscard made korea memang la best tapi lagi best bila dayah dapat dari tangan tuan blog sendiri weyh..siapa lagi kalau bukan kak shad sendiri..first2 tu nervous la jugak..yer la..blogger terkenal tu weyh..bukan macam dayah ni..picisan jer..huhu..mesti ada yang tertanya2 kan? macam mana dayah boleh jumpa kak shad kan?haaaa..meh nak cerita..
kak shad ni satu universiti dengan dayah USIM..kak shad tahun 4..so, time umum pemenang tu,dayah cakap la dekat kak shad x payah pos..just jumpa dekat kampus..senang sikit..lagi pula boleh la beramah mesra..aiseh ayat..hehehe tapi serious cakap..kak shad ni ramah orangnya..baik, lembut jer...kalah dayah yang kasar ni..huhu..very humble..suka2 ^^,
meh tengok poscard made korea yang dayah dapat
-
-
-
-
-
-
-
tadaaaa....ni kotak dia la..hehe..time dayah bukak tu..wow..daebak..memang best la..gempak lah...nak tahu poscard apa dayah dapat???
jeng
jeng
jeng
-
-
-
-
-
-
tadaaaaaaa
top and taeyang bigbang weyh...jangan jeles VIP sekalian..hehe
ops..bagi sesiapa yang x tahu VIP tu..VIP stand for Very Important People..bagi fan bigbang la...dayah suka juga dengan bigbang tapi dayah lebih prefer kepada super junior la..ELF forever..hehe..tai selalu jer dengar lagu bigbang ni..sedap..sempoi2..hoho..
p/s : kepada kak shad dayah ucapkan terima kasih banyak2 yer..sudi luangkan masa untuk jumpa dayah..walaupun akak busy dengan tesis semua..walaupun masa kita jumpa tu sekejap jer..tapi dayah appreciate sangat..thank yer akak..gumawo ^^,
meh terjah blog ohsem kak shad
for all reader..moga sentiasa berada dalam rahmat ALLAH
barakALLAHufikum