Punca tulisan terbalik
Assalamualaikum,
Pejam celik pejam celik dah masuk hari rabu, rasanya baru jer kita cuti Deepavali minggu lepas, betul tak? Setiap hari rabu, selalunya dayah akan post entri tentang 'wordless wednesday' maknanya tak ada ayat-ayat intro atau pun mukadimah yang panjang macam sekarang dayah tengah taip ni tapi ada gambar yang boleh semua faham dengan gambar tersebut.
DUGAAN
Assalamualaikum,
salam pagi Ramadhan, hari ni dah 3 hari kita berpuasa dan 4
hari kita berterawikh. Jadi macam mana keadaan semua orang? Okey ke tak?
tinggal lagi 27 hari untuk kita rebut pluang melakukan amal ibadat dengan
gandaan pahala. Wahhh, rezeki kita masih ada sebab masih lagi bernafas dimuka
bumi ini di bulan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah.
Pagi penjemput rezeki, kenapa dayah tulis tajuk itu? Sebab setiap
pagi adalah masa rezeki datang. Sebab tu orang tua-tua selalu cakap, “jangan bangun
lewat, nanti tak ada rezeki, bangun pagi-pagi baru la pintu rezeki terbuka
luas.” Betul juga apa yang diperkatakan. Dayah kerja dekat Litlle Caliph ni pun
kena datang awal, walaupun tak mengajar, tapi tetap perlu mengasuh. Jadinya kerja
juga la cuti 2 minggu ni. Huhu
Redha kan diri, kuatkan diri, yakin bahawa dugaan yang Allah
bagi ini ada sebabnya. Allah tahu bahawa dayah kuat untuk semua ini. Bak kata
mak dayah “ sabar la sekejap, sekarang ni masa untuk adik berada dibawah dan
belajar apa yang patut, nanti satu masa akan ada yang lebih baik maka kuncinya
sekarang hanyalah SABAR”
Ya!! Dayah sedang belajar sabar untuk terima pelbagai
dugaan. Bila orang tanya, dugaan apa? Semua orang aka nada dugaan, macam dayah
sekarang dugaan di tempat kerja. Semua tempat kerja ada masalah, tipu la kalau
dayah cakap tak ada masalah tempat kerja lain. Cuma dugaan tu kadang kita boleh
hadapinya dengan sendiri dan ada juga dugaan yang memerlukan bantuan orang
lain.
Cuma ingat satu perkara, selagi kita ikhlas dengan pekerjaan
kita, in sha allah aka nada yang terbaik sedang tunggu kita. Sabar dan terus
bersabar sebab itu saja kunci kejayaan untuk kita semua. Peringatan untuk dayah
dan juga untuk setiap yang membaca titisan bingkai kata yang tersisip di dalam
celoteh adkdayah ini.
Semoga apa yang dayah kongsi di pagi jumaat ini, diberkati
dan diambil ikhtibar untuk taulada kita bersama. Semoga Ramadhan kali ini
diberkati dan diterima olehNYA. Aminn
3 Ramadhan
barakALLAHufikum
PEREMPUAN DAN DATANG BULAN
Assalamualaikum,
Hari
tu dayah ada baca tau dekat twitter, ada la seorang hamba ALLAH ni tweet “Jangan
jadikan alasan PMS untuk bagi sebab yang tidak logik”. Dayah macam tertarik
dengan ayat dia sampai nak buat entri tentang ni. Betul ke perempuan ni, dia
selalu guna alasan datang bulan untuk buat macam-macam? Betul ke? Dayah rasa
macam tak jer. Kenapa dayah cakap macam tu? Lelaki tidak akan faham situasi
seorang perempuan sampai la dia sendiri berada ditempat perempuan itu sendiri. Dayah
yakin, semua wanita diluar sana akan bersetuju dengan pendapat dayah ini.
| google image |
DUGAAN ALLAH
Assalamualaikum,
Selamat
pagi semua, selamat memulakan kerja di pagi hari isnin. Hehe, seronokkan kalau
jadi kecik balik. Sebab zaman kecik-kecik tak payah susah-susah nak fikir
pelbagai masalah, tak payah fikirkan pasal duit, fikirkan macam mana nak
teruskan kehidupan dalam zaman moden yang menggunakan pelbagai kudrat dan juga
tenaga. Tambah-tambah dengan penggunaan duit zaman sekarang yang macam pili air
lagi, asal buka jer, laju jer air tu mengalir. Macam tu juga dengan duit, asal
buka beg dompet, mesti laju jer duit tu keluar.
![]() |
| google image |
Kenapa lelaki suka perempuan yang cantik?
Assalamualaikum,
Kenapa lelaki suka perempuan yang cantik? Itu adalah lumrah
dan fitrah seorang manusia. Tanya la sesiapa pun, lelaki atau perempuan mesti
suka akan kecantikkan. Betul tak? Lelaki dan perempuan ni sama jer kalau
disoal, pasti akan jawab ‘ aku tak pandang wajah dia, biarlah tak cantik atau
handsome, aslakan dia sayangkan dekat aku’ klise sangat ayat tu..haha memang la
semua orang akan cari yang sayangkan diri kita lebih daripada apa pun, tapi aka
nada dalam hujung disudut hati, pasti akan cari yang ada rupa dan sedap mata
memandang.
"Di AKHIR ZAMAN ini, LELAKI yang BUTA AGAMA jumlahnya lebih banyak dari jumlah lelaki yang BUTA MATA.. ALLAHURABBI.” -Ustaz Azhar Idrus
PETUA TRADISIONAL
Assalamualaikum,
Selamat bekerja semua, dayah tahu, asal masuk hari Isnin jer semuanya macam bermalas-malasan betul tak? Nak buat macam mana, tu la penyakit 'Monday Blues' yang orang duk sebut sana-sini. Tapi jangan risau, santai-santai jer yer semua sambil baca blog dayah. Hari ini dayah nak kongsi satu peyua tradisional yang telah diamalkan dari dulu lagi oleh ahli keluarga dayah. Mak dayah selalu buat petua ini. Alhamdulillah dia dapat kawal bacaan darah tinggi dia. Mak dayah tak makan ubat darah tinggi sampai la umur dia 61 tahun, maknanya tahun lepas baru mak dayah mula makan ubat darah tinggi sebab dia boleh kawal penyakit darah tinggi dengan mengalamkan petua tradisional ini. Tapi ini semua penyebab sahaja, ALLAH yang menentukan, jadi kita boleh ikhtiar selagi ada daya. betul tak?
Jadi, mari sini rapat-rapat dan baca betul-betul petua tradisioanal yang dayah akan kongsikan ini. Mana tahu, korang boleh sediakan petua tradisional ini kepada ahli keluarga yang ada penyakit darah tinggi.
Adab dan Etika seorang blogger Muslim
Assalamualaikum,
Semalam dayah ada terbaca majalah CETUS, majalah CETUS ini adalah
majalah yang ditulis oleh batch dayah di USIM masa tahun 4 ke 3 kalau tak silap
dayah. Saja nak buka balik majalah tu sebab teringat dekat kawan-kawan USIM. Sekali
terpandang tajuk Adab dan Etika seorang blogger Muslim, rasa macam best juga
kalau dapat kongsi Adab dan Etika seorang blogger Muslim dengan pembaca celoteh
adkdayah ni. Jadi mari kita tengok senarai pendek yang Adab dan Etika seorang
blogger Muslim
4 Adab dan Etika seorang blogger Muslim
1- Niat yang betul
2- Sumber maklumat yang sahih dan tepat
3- Elak daripada menulis isu yang sensetif
4- Belajar daripada blogger yang berpengalaman
| gambar daripada google image |
NASIHAT UNTUK PEREMPUAN
Assalamualaikum,
Perasaan sayu yang tetiba datang menyingkap
ditirai hati..kenapa? Perempuan selalu dikaitkan dengan perasaan sayu
dan hiba yang mudah hinggap di sanubari..betul? Sebab perempuan yang selalu dikaitkan dengan
perasaan ni kerana perempuan mempunyai hati yang lembut,yang mudah menangis
dengan sesuatu yang membolehkan mutiara matanya jatuh..mengapa?
![]() |
| gambar daripada google image |
Hari jumaat yang barakah
Assalamualaikum,
Hari jumaat adalah penghulu bagi segala hari kerana banyak amalan sunat yang boleh kita buat di hari jumaat. Hari jumaat
juga merupakan hari yang sunat untuk kita potong kuku, mandi sunat hari jumaat
dan bermacam lagi, tidak lupa juga untuk bacaan surah kahfi pada hari jumaat
yang barakah ini. Jadi, korang dah baca ke surah kahfi? Dayah pun belum ni, jom
sesame baca jom, semoga kita sama-sama dapat barakah daripada bacaan kita itu.
Ramai yang selalu merungut untuk baca surah kahfi kerana
surh kahfi merupakan salah satu sruah yang panjang selain surah baqarah. Anak
buah dayah kalau baca surah kahfi masa hari jumaat jer, mesti bising kata
panjang dah tu, semua mengantuk masa baca tu. Nasib diorang dapat mak saudara
yang garang, haha. Nampak jer muka mengantuk, ketam batu pun singgah dekat paha
masing-masing.
![]() |
| sumber google image |
Nasihat jangan cepat berputus asa
Assalamualaikum,
Selamat pagi semua, semoga sentiasa didalam keadaan sihat sejahtera. Mulakan pagi dengan nasihat yang tidak seberapa daripada dayah, Semoga ingatan untuk diri sendiri ini bermanfaat kepada setiap yang membacanya.

barakALLAHufikum
Berubah kearah kebaikkan
Assalamualaikum,
Selamat bercuti semua, dayah doakan korang sentiasa berada di bawah lindunganNYA, semoga sentiasa berada disamping keluarga bahagia korang. Amin. Berubah kearah kebaikkan, setiap daripada kita mesti akan ada didalam susut hati yang dalam ingin berubah kearah kebaikkan. Betul tak? tidak terkecuali dengan dayah, dayah juga terdetik hati untuk berubah kearah kebaikkan. Walaupun kadang tu tersasar juga kearah yang..hurmm





