DUGAAN HATI YANG BERBOLAK BALIK
January 22, 2020Dugaan hati yang berbolak balik
Setiap insan ada takdir kehidupan masing-masing. Membezakan kita hanya lah cara mengatasi takdir yang datang tanpa mengikut perancangan kita. Kita lalai bahawasanya DIA sebaik-baik perancang.
Assalamualaikum
Permulaan untuk tahun 2020. Ya Allah, kuatkanlah hati seorang adkdayah untuk terus berjuang. Setiap yang berlaku pasti ada sebab, dalam satu hari, akan ada pelbagai cerita, suka duka dan pelbagai lagi.
Dayah juga tak lari daripada lukisan cerita kehidupan. Dayah hanya mampu berdoa Allah kuatkan hati untuk terus berjuang mencari redha DIA. Dayah juga masih lagi berjuang untuk hidup dalam landasan yang betul.
Dayah selalu pujuk hati dengan ayat
'SETIAP ORANG ADA KISAH PERJALANAN HIDUP DIA SENDIRI, JANGAN UKUR TAKDIR HIDUP KITA DENGAN HIDUP ORANG LAIN'
Tapi siapa dayah untuk tidak memikirkan dan mengukur hidup ini. Dayah juga manusia yang tak lari dari pemikiran negatif. Mohon doakan dayah semoga kuat untuk terus berjuang.
Kadang, kita hilang arah tanpa hala tuju disebabkan orang sekeliling dan yang rapat makin maju ke hadapan. KITA?DIRI SENDIRI? Masih di takuk yang lama. ALLAH..rasa berdosa bila fikir. Sedangkan ALLAH sudah aturkan dengan cantik. Setiap yang berlaku ada kelemahan yang kita tidak dapat terima dan ada juga kelebihan yang kita selalu tidak nampak kerana kabur dengan bisikan hati yang bolak balik.
Semoga Allah permudahkan urusan dayah, urusan pembaca dan urusan semua Muslimin dan Muslimat di muka bumi. Aamiin.
P/s: Untuk permulaan 2020, azam tak perlu tinggi menggunung, cukup sekadar solat 5 waktu diawal waktu, rukun iman, rukun islam power. In Sha Allah..one step closer untuk pemikiran yang tenang dan rindukan DIA lebih dari manusia.
barakALLAHufikum
6 comments
"Kadang, kita hilang arah tanpa hala tuju disebabkan orang sekeliling dan yang rapat makin maju ke hadapan."
ReplyDeleteSaya suka perenggan yang ini... haih memang betul kadang2 kita nih tanpa sengaja suka membandingkan pencapaian orang lain dengan pencapaian diri sendiri. Tapi rasanya itulah silapnya. Kita memang tak boleh bandingkan kita dengan orang lain. Perjalanan hidup masing2 berbeza.
betul, tapi kita manusia yang tak lari dengan fikiran macam tu, sebab tu kadang rasa berdosa sama kan diri dengan orang sedangka ALLAH dah atur hidup kita cantik dan tersusun :)
DeleteWahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu
ReplyDeletesemoga dipermudahakn segala urusan dayah. aamiin
aamiin..ya rabbal alamin :)
DeleteIN Shaa ALLAH . kita tetapkan HATI dan IMAN mudah-mudahan apa yang kita lakukan mendapat berkat. hati setiap orang pasti akan ada berbolak balik . tapi kita perlu tabahkan hati dan sentiasa memohon kepada ALLAH untuk kuatkan hati kita.
ReplyDeletenice info....
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.