Baby baru lahir
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni dayah nak pergi tengok baby baru lahir, anak buah dayah yang ke 11..tak sabar nak jumpa dengan baby perempuan ke 2 dalam keluarga dayah. Anak abang dayah yang ke 2 merangkap adik kepada Adam dan Anas. Jadi, bertambah sudah anak buah yang akan merengek setiap masa dengan mak su dayah.
Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Dayah baru habis pengajian di USIM baru-baru ni, jadi sekarang duduk rumah..bayangkan, daripada biasa buat kerja, berjalan tak cukup tanah, tetiba balik rumah tak ada kerja dan banyak sangat masa terluang. Bosan sangat, dalam masa yang sama, malas nak buat benda lain, contohnya..orang lain sibuk buat persiapan raya, dayah pula? Persiapan raya dah siap awal lagi..jadi dah tak ada benda yang nak disiapkan. Korang ada idea tak untuk orang yang tengah bosan macam dayah ni? -_-'
Petua hilangkan sengal-sengal badan
Assalamualaikum dan selamat malam semua, raya dah nak dekat, badan pula sakit-sakit, pinggang ni rasa sengal-sengal jer sebab banyak buat kerja untuk persediaan raya. Haa..sebelum sakit-sakit semua tu melarat, meh dayah perkenalkan petua untuk hilangkan sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan.
Pos laju Malaysia
Kuasa pos laju
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Minggu ni sahaja dayah dapat 3 bungkusan dan salah satunya daripada hasi belian dekat instagram. Dayah dah usha lama barang yang nak dibeli, tunjuk dekat mak dan mak kata cantik, terus jer bagi tahu abang dayah yang no 3 dan dia pun bank in kan duit..hehehe untung dapat abang memahami kehendak adik. Kuasa pos laju yang dayah nak cerita ni, dayah bank in kan duit hari jumaat, dan pihak sana pun pos kan barang tu hari jumaat. Korang nak tahu tak? Semalam dayah check tracking number dekat google, tengok-tengok dah nak hantar ke rumah dayah, wow..hebat kuasa pos laju.
SEJARAH BUNGA API
Assalamualaikum..semalam dayah ada cerita tentang pengalaman berpuasa dulu vs kini. Hari ni dayah nak cerita tentang sejarah bunga api. Masa kecik-kecik dulu, dayah hanya berani main bunga api, kalau main mercun pun, akan main mercun papan tapi mercun tu akan dicucuk dengan lidi kemudian baru main..haha, takut punya pasal..tapi main juga walaupun takut. Sejarah bunga api ni sebenarnya sejarah dayah yang pernah kena bunga api.BILA NAK KAHWIN?
Kenapa tak tanya bila nak mati?
Kalau orang di sekeliling dah kahwin, tak semestinya cek pun kena ikut kahwin, betul tak?
setiap orang ada jalan cerita masing2..
Ada orang kahwin awal,
Ada orang sebaliknya,
Ada orang jutawan muda,
Ada orang sebaliknya,
Ada orang mudah dapat kerja,
Ada orang sebaliknya,
Ada orang lepas kahwin dapat anak,
Ada orang sebaliknya,
Setiap orang ada rezeki masing2, jadi tolong berhenti menyoal,
korang ada hati dan perasaan, dayah pun ada hati dan perasaan,
Jadi marilah kita jaga hati dan perasaan masing-masing daripada terluka dan terguris dek satu soalan yang boleh menyebabkan sakit hati itu timbul.
Mungkin bagi sesetengah orang ia adalah satu persoalan yang sangat remeh dan biasa, tapi bagi sesetengah orang terutamanya macam dayah yang dikelilingi oleh pasangan yang kahwin muda dan ianya satu soalan yang boleh jadi satu soalan yang sentap dan terkilan. Mungkin orang disekeliling nampak dayah macam batu yang tiada perasaan tapi percayalah wahai sayang-sayangku, dayah juga seorang manusia yang punya hati dan perasaan yang kadang-kadang tu menangis tanpa didengari oleh sesiapa. Percayalah yang jodoh, pertemuan, rezeki dan mati itu adalah rahsia tuhan. Maka yakinlah dengan ketentuannya.
Ada rezeki nanti..jangan lupa datang tolong apa yang patut yer, kita buat kenduri, anak perempuan tunggal keluarga pak cik ya nak kahwin..hehe doakan dayah bertemu dengan jodoh yang terbaik, yang dapat menerima dayah seadanya, in sha ALLAH.
Tak memasal jer bebel pagi-pagi buta di bulan mulia ni, hehe. Bukan apa, terkilan dengan soalan yang sama, tak payah tunggu raya, sekarang ni pun duk dengar soalan tu ja dari mulut semua orang T_T
Tunggu la nanti, in sha ALLAH, ada rezeki, sarung cincin juga aih..hehe ok la korang jumpa di next entry dalam keadaan sihat sejahtera yer.
barakALLAHufikum
Pening kepala
Assalamualaikum, selamat malam semua. Semua dah pakat tidur ke? dayah tak dapat nak tidur lagi sebab pening kepala berdenyut-denyut ni..daripada petang tadi lagi, masa meronda kampung cari ulam tu dah rasa pening kepala, tapi buat macam tak tahu jer dengan harapan akan hilang sakit kepala ni. Masa buka puasa tadi, terasa balik sakit tu, pandangan rasa macam kabur jer. Lepas tu, kalau berjalan, rasa berdenyut-denyut atas kepala. Hurmm
Ubat Pening Kepala
Dayah pernah pernah sakit kepala berbulan-bulan, ni bukan pening tau, tapi dia macam memusing. Kadang-kadang tu terasa macam duduk dalam bot, terhuyung-hayang. Kadang tu terasa macam lantai naik ke syiling, syiling turun ke lantai. Korang pernah rasa macam tu tak? Ni pun rasa macam tu dah, tapi ni macam boleh kawal lagi, tapi dah makan ubat pening kepala sebab baru-baru ni pun jadi macam ni sampai tiga hari..kira ni baru sembuh dalam 2 hari dan sekarang sakit balik. Ujian ALLAH bagi masa bulan puasa. Terima seadanya.
Macam mana nak buat yer, kalau pening macam ni. Korang ada cara tradisional tak, untuk ubat pening kepala? kalau ada kongsi dengan dayah yer. Harap sangat dapat ubati pening kepala yang kadang tu tiba hanya disebabkan silau. Kalau silau dengan matahari lagi parah, terus keluar isi dalam perut, paling tak tahan sebab rasa macam nak meletup jer kepala masa tu.
Mak dayah selalu cakap yang dayah akan pening kepala bila mana ada benda yang dayah perlu fikirkan dan benda tu salah satu benda yang berat. Mungkin ada kebenaran diesebalik ucapan mak dayah tu. 23 Jun 2016 nanti dayah akan ada pembentangan tentang Latihan Industri yang baru sahaja selesai. Jadi, laporan dan slide untuk pembentangan tu dalam proses lagi. Bahasa Arab kot, memang pening kepala la nak fikir smeua tu, tapi demi menghabiskan sisa baki di bumi USIM, perlu la selesaikan semua urusan dulu. Korang doakan dayah agar dayah kuat untuk hadapi semua ini yer.
Doakan dayah tak pening kepala lagi yer, sebab nak siapkan laporan untuk pembentangan nanti =)
Dayah doakan korang dalam keadaan sihat sejatera, nanti boleh masuk blog dayah lagi dan dengar celoteh merapu dayah ni..hehe okey lah korang, kesan ubat pening kepala tu dah mula bertindak balas dalam badan, mata pun makin layu jer ni, jumpa lagi yer nanti.
barakALLAHufikum
Ulam-ulaman
Ronda kampung cari ulam
Assalamualaikum, korang dah siap masak ke? Dayah dah siap masak, masak awal sebab nak meronda kampung cari ulam. Tekak anak jati melayu, mesti makan nak kena ada ulam. Jadi, masak awal-awal kemudian ajak mak pergi ronda kampung cari ulam.
Pengalaman Berpuasa di bulan Ramadhan
Pengalaman berpuasa dulu vs kini
Assalamualaikum, sekejap timbul sekejap tenggelam..maaf sangat-sangat sebab malas nak menaip entri. Maafkan dayah yer, hari ni dah masuk hari ke-10 kita berpuasa dan bermakna tinggal lagi 21 hari lagi untuk kita berada dalam bulan ramadhan. Sebut bulan ramadhan a.k.a bulan puasa, mesti setiap dari kita akan ada pengalaman tersendiri..betul tak? pengalaman berpuasa di bulan ramadhan dulu dan sekarang bagi dayah sangat-sangat berlainan. Kenapa? korang cuba bayangkan, zaman 90 an dan zaman sekarang punya cara sambut atau meraikan bulan puasa itu sangat berlainan. Jadi, pengalaman berpuasa di bulan ramadhan dulu dan kini bagi dayah adalah berbeza.
Bertukar hidangan
sumber : google imej |
Mungkin sekarang masih ada lagi budaya bertukar hidangan, akan tetapi tak banyak macam dulu-dulu. Kalau dulu, mak dayah akan buat satu hidangan kuih dan apabila sampai waktu berbuka puasa, pasti hidangan kuih akan menjadi tiga atau lebih. Kenapa?
Selalunya mak dayah akan agihkan kuih yang dibuat dalam beberapa pinggan, kemudian dayah akan pergi rumah ke rumah untuk mengagihkan kuih tersebut, kiranya bersedekah dibulan puasa. Paling seronok sekali saat waktu nak terima pinggan yang kita beri tadi, dalam kepala asyik duk doa agar ada 'balasan' yang best ataupun yang sedap-sedap...haha nampak sangat tak matang pada waktu itu. Budak-budak lagi masa tu (cari alasan untuk mengelak..haha)
Terawih
sumber : google imej |
Hahaha, kalau yang ni, dayah ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Mak nak pergi masjid, tapi tak nak tinggal dayah, sebab takot tinggal seorang..jadi mak pun cakap dekat dayah nak bawa pergi masjid nak solat terawih. Maka terjadilah perbualan tersebut :
(sila baca dalam nada budak darjah 3 -_-')
Mak : Malam ni kita pi mayang dekat masjid tau.
Dayah : kenapa?
Mak : Ni kan bulan posa, tiap-tiap malam ada mayang terawikh.
Dayah : Mayang terawih tu apa?
Mak : Mayang sunat la, tapi bulan posa ja ada.
Dayah : Berapa rakaat?
Mak : 2 rakaat
Dayah : *dalam hati, ok set..kejap jer tu..hehe.. okey mak, nak pi jugak
Sekali bila dah pergi masjid, duk ulang tanya mak, bila nak habis...haha rupanya memang 2 rakaat tapi banyak kali (23 rakaat termasuk witir)..adoii, terkena den =_=
Tapi sekarang, terawih di masjid dayah dah jadi 11 termasuk witir kemudian akan bersambung dengah tazkirah atau ceramah daripada ustaz-ustaz jemputan.
Mercun dan meriam buluh
sumber : google imej |
Dulu-dulu salah satu punca tak nak pergi terawikh sebab nak main mercun dan tengok abang-abang dan sepupu dayah main meriam buluh. Korang pernah main atau pun tengok meriam buluh? haa..kitorang dulu main meriam buluh pakai helmet, haha..siap berlawan dengan kampung sebelah, siapa lagi kuat. adoi..!! kenangan sungguh, semua tu dah tak ada sekarang, semua sibuk main game dalam phone..kalau dulu pasang pelita keliling rumah sampaikan sanggup setiap malam nyalakan pelita, siap selamatkan pelita kalau hari hujan, sekarang ni dah tak pasang pelita keliling rumah dah tapi pasang lampu kelip-kelip tu jer. Kurang nikmat main pelita dengan kawan sebaya.
p/s : jangan main mercun dan meriam yer sayang-sayang, nanti tak pasal-pasal hilang jari tak cukup tangan nak salam minta duit raya hari raya nanti,hehe
korang punya pengalaman berpuasa macam mana? cuba kongsi dengan dayah =)..okey la korang, nanti jumpa lagi dengan tubuh badan yang sihat..selamat berpuasa semua.
barakALLAHufikum
Rindu budak banyak songeh
Assalamualaikum
Already miss budak banyak songeh ni T_T, bila lagi nak jumpa ni..adoiii maksu tak ada orang nak buli ni sayang oii.. Rindu..bila bangun pagi jer, dia akan senyum then maksu senyum balik terus dia pergi..haha semata-mata nak sengeh dekat maksu jer ^_^'
Rindu..bila pergi duduk rapat dengan tok dia, laju jer dia duduk atas riba tok dia and tolak kita jauh2, jelez bebenor..maksu pun pelik,ko ni cucu ke anak tok yer? -_- haha
Rindu..dia selalu minta dukung sebab dia tau, xde sape nak dukung dia selain maksu dia..alahai anak T_T rindu bebenor dah maksu ko ni..huhu
barakALLAHufikum
Ulang kaji bab puasa
Assalamualaikum, dan selamat berpuasa semua..hari ni dayah nak berkongsi eh bukan, nak mengulang kaji bersama-sama korang semua mengenai bulan puasa. Kalau sebut bulan puasa jer, mestu ingat tak boleh makan di siang hari, betul tak? Tak pun ingat, setiap malam ada terawikh, ok kali ni dayah nak ulang kaji bab basic untuk semua.
Kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, boring tengah hari macam ni, jadi dayah pun apa lagi, layan vonvon la..hehe kalau yang biasa main vonvon mesti tahu applikasi yang ada melalui facebook ni.
Ada macam-macam jenis permainan bole dimain..tapi jangan terlalu percaya jer la, antara yang dayah main tadi adalah Apakah nama korea anda?
Nama korea dayah adalah Min-Ji..macam nama ahli kumpulan 2NE1 minji jer, haha boleh la, haha habuan hilangkan stress tengok cerita Balqis dekat tv3 punya pasal..hehe
Jom la main dengan dayah, kita tengok nama korea korang pula :)
barakALLAHufikum
Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak, dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin.
Cara kuruskan badan untuk hari raya | BS F’bre Beauty Sweet
Assalamualaikum
dan salam pagi jumaat semua..tinggal lagi 3 hari kita nak menyambut tetamu
paling mulia iaitu Bulan Ramadhan. Tak sabar nak sambut bulan puasa ni, apabila
sebut bulan puasa mesti ingat Hari Raya. Betul tak? Jadi, dengan semangat yang
berkobar-kobar dayah tengah menjalankan misi kuruskan badan untuk hari raya.
Kenapa nak kuruskan badan? Yer la, bayangkan, baju raya dah beli awal tahun,
masa tu badan masih maintain dan sekarang lepas dayah praktikal, badan dah
macam di pam-pam jer, naik 4kg..pipi pun makin bulat. Jadi, jom kita tengok
cara kuruskan badan untuk hari raya yang akan dayah kongsi dibawah.
Korang pernah
dengar tak minuman fiber? Haa.. mari dayah cerita lebih lanjut apa itu fiber dan
apa kaitan fiber dengan BS F’bre Beauty Sweet.
Assalamualaikum, dan selamat pagi semua. Cadangnya hari ini nak ke pantai merdeka untuk cari siput tapi disebabkan hujan, tak jadi pula. Alahai..!! Kesian pula dengan anak-anak buah yang dah teruja sangat nak pergi tu..tak apa lah, ada rezeki..kita pergi lain yer.
Korang pula, apa cadangan untuk hari ni? Dayah pula, selain nak ke pantai..cadangan dayah hanya lah satu, jaga anak buah sebab kak ipar dayah dah sarat dan sekarang hanya tunggu nak bersalin..korang doakan yer, semoga semuanya selamat :)
Jom cari sarapan, jap lagi bangun budak kecik dua orang tu, makanan tak ada..menangis pula..hee, ok la korang..jumpa nanti pula yer.
Anas dan adam yang super aktif |
barakALLAHufikum
Manusia dan Kucing
Assalamualaikum dan selamat malam semua, sebelum tidur tu, meh dayah kongsi kan dulu sekeping gambar yang sangat-sangat comel bagi pandangan dayah. Gambar ni dayah snap masa..dayah pergi rumah sepupu dayah..semua orang tengah menyembang, tetiba nampak si kecik ni duk termenung tengok kucing, alahai..soooo, cute ;)
Apa yang disembang dengan si sonic (nama kucing sepupu dayah) pun dayah tak tahu.. penyayang sangat bila tengok dia pandang sonic, sonic pandang dia..haha hilang stress maksu kalau anas selalu buat macam ni..hee
patut la orang kata, budak-budak ni tak ada dosa, anak syurga orang kata, semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh yer sayang.
selamat malam semua :)
barakALLAHufikum