[Ulang Kaji] Niat, Syarat Wajib dan Sah Puasa
June 06, 2016Ulang kaji bab puasa
Assalamualaikum, dan selamat berpuasa semua..hari ni dayah nak berkongsi eh bukan, nak mengulang kaji bersama-sama korang semua mengenai bulan puasa. Kalau sebut bulan puasa jer, mestu ingat tak boleh makan di siang hari, betul tak? Tak pun ingat, setiap malam ada terawikh, ok kali ni dayah nak ulang kaji bab basic untuk semua.
Kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim
Niat Puasa :
"Nawaitu saumaqadin an ada e syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala"
"Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"
Syarat Wajib Puasa :
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
Syarat Sah Puasa :
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan
Okey, cukup setakat itu untuk hari ini, nanti, kita ulang kaji bab rukun dan benda makruh yer..okey la korang, dayah nak kena mengasuh anak buah ni, nanti dayah taip lagi :)
Semoga berjumpa lagi di lain waktu di blog yang sama dengan keadaan yang sihat sejahtera.
barakALLAHufikum
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.