Cara kuruskan badan untuk hari raya
June 03, 2016Cara kuruskan badan untuk hari raya | BS F’bre Beauty Sweet
Assalamualaikum
dan salam pagi jumaat semua..tinggal lagi 3 hari kita nak menyambut tetamu
paling mulia iaitu Bulan Ramadhan. Tak sabar nak sambut bulan puasa ni, apabila
sebut bulan puasa mesti ingat Hari Raya. Betul tak? Jadi, dengan semangat yang
berkobar-kobar dayah tengah menjalankan misi kuruskan badan untuk hari raya.
Kenapa nak kuruskan badan? Yer la, bayangkan, baju raya dah beli awal tahun,
masa tu badan masih maintain dan sekarang lepas dayah praktikal, badan dah
macam di pam-pam jer, naik 4kg..pipi pun makin bulat. Jadi, jom kita tengok
cara kuruskan badan untuk hari raya yang akan dayah kongsi dibawah.
Korang pernah
dengar tak minuman fiber? Haa.. mari dayah cerita lebih lanjut apa itu fiber dan
apa kaitan fiber dengan BS F’bre Beauty Sweet.
Apa itu Fibre?
Fibre adalah
sejenis gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fibre membentuk
dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan.
BS F’bre Beauty Sweet
BS F’bre
Beauty Sweet diformulasikan daripada ramuan herba alam bersama epal dan delima
fibre berfungsi mencantikkan kulit, menguatkan otot-otot, melancarkan peredaran
darah dan melancarkan pembuangan tosik disamping mengekalkan kesihatan dan
kecergasan serta menegangkan kulit. Ia sesuai digunakan oleh semua peringkat
umur lelaki dan wanita kecuali wanita hamil.
Oleh itu, BS
F’bre Beauty Sweet ini mengandungi fiber daripada delima dan epal. Dalam setiap
kotak BS F’bre Beauty Sweet mempunyai 2 perisa iaitu delima dan epal hijau.
Masa minum tu, korang tak rasa sangat pun fiber tu, tapi akan rasa macam minum
jus buah epal atau buah delima.
Cara untuk minum BS F’bre Beauty Sweet
Larutkan 1
sachet BS F’bre kedalam secawan air suam atau air sejuk (150ml) dan sedia untuk
diminum. Ambil 1 sachet 30 minit sebelum makan.
Kalau cara dayah pula,
mula-mula dayah larutkan dalam air suam kemudian dayah letak dalam peti ais,
dayah kemas rumah apa semua dulu kemudian dayah ambil dan goncang-goncang tak pun
kacau sikit kemudian minum..sedap jer, rasa macam minum jus buah.
Dayah minum sekali sehari iatu 30 minit sebelum makan tengah hari. Jadinya, masa makan tengah hari, dayah dapat kurangkan kuantiti makanan sebab perut dah rasa kenyang, bayangkan, sampai petang dayah still rasa kenyang. Tak rasa nak mengunyah atau nak makan pun. Best sangat.
Kesan minum BS F'bre Beauty Sweet
- Melawaskan, bayangkan bangun pagi jer dah terasa nak membuang, lepas tu pula, malam pun nak membuang juga. Bukan cirit-birit tau, tapi membuang tanpa sembelit, mudah jer
- Badan jadi ringan, mungkin sebab badan dah keluarkan toksik melalui sistem penghadaman dan angin pun selalu keluar, hehe.
- Tenaga terlebih, orang lain dayah tak pasti, tapi bagi dayah, tenaga dayah terlebih. Sebab dayah kata tenaga terlebih adalah disebabkan, dayah kena jaga anak buah lelaki disebabkan kakak ipar dayah sarat tunggu hari untuk bersalin, bayangkan dayah kena jaga budak 1 tahun dan 5 tahun daripada pagi sampai petang..tapi Alhamdulillah, tenaga masih ada untuk update blog walaupun tengah malam. hehe
- perut dah tak kembung, dayah selalu akan mengah selepas makan, tapi sekarang dah ok, Alhamdulillah.
Cara kuruskan badan untuk hari raya
Minum 1
sachet semasa sahur dan 1 sachet semasa berbuka. In sha Allah, badan idaman
akan menjadi milik anda, eh..kejap, kalau dah kurus tapi tak bersenam, nanti tak
da shape pula badan tu. Jadi, mari kita lakukan sit up 10x pagi dan 10x malam
untuk dapatkan perut kempis dan tak bergelebeh.
Selamat mencuba
semua..!!
Kepada yang
ingin cuba cepat Pm dan Whatsapp :
BS FIBREANGGUN, CANTIK, MANTAP, REMAJA
-
0179534773
-
+6018-3278335
-
+011-39970162
-
+6013-6688162
Facebook : BS Fibre Beauty Sweet
Instagram : Beauty Sweet Global
1 comments
Syima dah try, berkesan tau
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.