![]() |
masuk simen jugak tangan ni ha..adoiii |
Apa itu potluck?
Potluck u3p |
Assalamualaikum dan salam isnin
semua =) . dayah ni asyik tenggelam timbul je kan.. hehe busy la korang dengan
kelas, aktiviti kelab, assignment lagi. So, dayah cuba juga untuk update apa
yang dayah termampu. So meh nak cerita jumaat malam lepas, kami ada buat
potluck u3p. apa itu potluck?
Ok meh nak cerita, potluck ni means setiap
seorang bawak satu or dua makanan then kumpul ramai2 dekat satu tempat then
kita makan la. Macam jamuan bunyi dia kan? Haa..lebih kurang la tapi ni masing2
bawak makanan and we share it. That’s mean potluck.
![]() |
domino time =) |
Tujuan potluck ni kami nak eratkan lagi
silaturrahim antara ahli. Sebabnya ada yang belum kenal ahli2 baru dengan ahli2
lama. So kami buat ni, dapat la kenal2.
Makan kenyang, ketawa sampai nak pecah perut,
so apa lagi tunggu..play time, hehe ada yang main giant bubble and dayah of
course choose nak main roller blade. Hope lepas ni, ukhuwah antara kita lebih
rapat dan berpanjangan hingga ke akhirnya, amin
barakALLAHufikum
Apa itu SUKOL?
Standby SUKOL USIM |
![]() |
muka dah burn giler T_T |
Assalamualaikum semua,
letih badan x hilang lagi ni selepas seharian standby SUKOL USIM. Apa itu SUKOL? SUKOL adalah shor form
daripada sukan kolej kediaman. So dekat USIM ada 5 Kolej Kediaman ( KK1, KK
ACACIA, KK DESA JATI, KK SUTERA INDAH, KK NILAM COURT) . so sebagai seorang
ahli Urusetia Pembantu Perlindungan Pelajar (u3p), hari sabtu lepas dayah
standby kot2 ada yang sakit ke apa ke tapi kena ingat yer, bukan dayah merawat,
Medical Assistance (MA) yang merawat. Sebabnya, dayah belum ada sijil yang
membolehkan dayah merawat orang. Kiranya dayah just tunggu then kalau ada yang
sakit, kita akan terus pergi and tengok apa yang perlu then panggil MA untuk
bagi rawatan kecemasan.
Ok faham? Hehe tapi kan, dalam masa yang sama
kita dapat mempelajari ilmu2 perubatan. Bayangkan budak bahasa arab dan
komunikasi, tapi menceburi bidang perubatan. Semalam ada juga referral tu tanya
dayah.
“awak ni kos perubatan ke?”
“eh x la encik, saya budak bahasa”
“kenapa x ambil perubatan jer, senang sikit,
awak pun dah tahu serba serbi tentang perubatan”
Dalam hati ni ‘saya ni x lepas lagi nak ke
perubatan encik oii..biarlah saya bedah ayat2 arab dulu’
haha itu jer yang
dayah fikir, kalau setakat minat tapi x dapat nak catch up dengan apa yang kita
buat x bole juga..betul x? so, sebagai ilmu tambahan dekat university ni dayah
lebih preffer belajar ilmu perubatan.
So, bila ada standby jer terus kasi nama dekat
klinik sebabnya boleh dapat pengalaman yang bukan sebarangan orang boleh dapat,
sudah la boleh dapat ilmu free jer. So dekat sini dayah ucapkan terima kasih
banyak2 dekat staff Pusat Kesihatan USIM sebab bagi peluang untuk dayah timba
ilmu dengan semua staff. Paling x boleh lupa adalah u3p yang banyak bantu dayah
dalam kelab ni =) thanks a lot korang.
barakALLAHufikum
Tips Gayakan Dress
Tips Gayakan Dress Murah |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang..siapa dekat sini yang suka pakai dress? Angkat tangan bersama dayah =). Dress memang cantik digayakan untuk ke mana sahaja dan yang paling penting selesa dipakai. Tidak kiralah wanita yang bertudung atau tidak bertudung. Nak tahu x? sekarangkan kita sudah boleh menemui pelbagai pilihan dress dengan pelbagai rekaan yang menarik. Daripada short dress, skater dress, cut-out dress, midi dress hinggalah maxi dress!
Selalunya
kita mesti confius kan? bila pakai dress jer mesti x pandai nak gayakan..ha meh
sini dayah tunjukkan kepada sesiapa yang masih tercari-cari idea untuk tampil bergaya
dengan sepasang dress walaupun dress yang korang miliki itu hanyalah dress murah,
Ok sekarang tarik nafas dalam-dalam
dan check this out:
Jika
dress yang korang miliki itu mempunyai rekaan yang simple atau minimal, cuba
sarungkan sepasang boot atau wedges yang menyerlah sebagai penyelamat agar
penampilan kita tidak kelihatan ‘dull’.
Dayah, macam mana pula dengan wanita yang bertudung?
Jangan risau, sebagai wanita yang bertudung kita harus bijak membuat
padanan tudung yang bersesuaian dengan dress murah kita itu. Contohnya, pakai
satin shawl atau glitter shawl untuk kelihatan lebih glamor J..haa kan semudah abc.
Tips ketiga pula dengan memadankan bersama pilihan aksesori yang
bersesuaian. Tak kira lah rantai atau gelang atau apa sahaja! Tapi, bagi
pendapat dayah sendiri, pemakaian belt atau tali pinggang lebih bersesuaian dan
simple. Cubalah!
So, siapa cakap yang dress murah susah untuk digayakan? cuba dress murah dulu dengan tips yang
dayah kasi. Kita tengok susah ke senang..hehe
barakALLAHufikum
Klik banner untuk join
Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah |
Assalamualaikum semua, jom join Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah. ini jawapan dayah untuk contest baby amal :Berat baby Amal adalah 2.65 kg
jom check hadiah pula..jeng jeng jeng.............
Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100.
Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.
Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.
Penyertaan nya mudah aja:
1. Follow blog www.irrayyan.com dan

2. Follow blog sponsor
3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
- ana www.anajingga.blogspot.com
- kc www.memburucintamu.blogspot.com
- sha www.awansayatasana.blogspot.com
- pcl www.nazlee.com
- anis www.adnan-daughter.blogspot.com
4. Follow instagram
THALASSEMIA @ TALASEMIA
Apa itu Talasemia |
Assalamualaikum.. korang, ingat lagi x
cerita derma darah yang dayah cerita semalam. Haa..sebenarnya dayah x cerita
habis pun,,hehe simpan sikit kan..so meh nak cerita, pagi rabu tu sebelum derma
darah, ada talk tentang THALASSEMIA @ TALASEMIA yang disampaikan oleh Dr
Zainab Binti Kusiar dari Hospital Seremban.
Dayah kongsikan sedikit ilmu yang dayah dapat
yer dalam talk tersebut. Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah (sumber wiki). Pembawa genetic Talasemia di Malaysia 3-5% so ratio
dia lebih kurang 1 : 20 di Malaysia. Jarang jumpa tapi still ada. Jangka hayat
bagi penghidap penyakit Talasemia adalah 10-12 tahun.
Rawatan untuk pesakit THALASSEMIA @ TALASEMIA
-
Transfusi darah
-
Chelation therapy
-
Bone marrow transplant.
Itu serba sedikit yang dapat dayah kongsikan,
sebenarnya banyak lagi penerangan tentang THALASSEMIA @ TALASEMIA tapi
faham2 lah malas nak taip panjang2 takut korang boring..huhu
So lepas dayah dengar serba sesikit tentang THALASSEMIA
@ TALASEMIA terus dayah daftar nama untuk membuat pemerikasaan. So dayah
sudah, anda bila lagi? =)
Moga jumpa lagi di next entry dalam keadaaan
sihat sejahtera yer semua.
barakALLAHufikum