KENDURI KESYUKURAN
Tunang adkdayah |
Assalamualaikum semua.. sabtu
lepas 18 april 2015 rumah ada buat kenduri. So yang dijemput, adik beradik,
sedara-mara , kawan-kawan, sahabat handal danjuga jiran tetangga. So datang la mak cik dayah,
boleh dikatakan berbulan juga x jumpa dengan dia. Then dia datang then terus
tanya dayah
‘ tunang kak cik orang mana?’
Terkejut beruk dayah, nasib belum bertukar jadi
beruk..hehe ea la, bila masanya dayah bertunang..adoii
‘mai mana pula tunang ni makcik? Bukan kak cik
tunang la T_T’ dayah pun laju jer explain dekat mak cik..hehe rupanya mak dayah
lupa nak bagi tahu yang ni kenduri kesyukuran. Dia datang ingatkan kenduri
tunang anak sedara dia..nasib x bawak hantaran..haha
So, meh nak cerita hari kenduri sabtu lepas
walaupun dah basi, still nak cerita juga.
antara ahli macam marhaban gitu la..tapi ni kawan-kawan mak dayah, pergi belajar al-quran dan kitab sekali |
suasana tika bacaan yasin dimulakan |
time ni tahlil bagi orang lelaki selepas solat asar |
Semoga jumpa lagi yer sayang2 semua dalam
kesihatan yang baik dan juga dirahmati ALLAH.
barakALLAHufikum
Faedah berblogging
Pengalaman berblogging |
Assalamualaikum dan
salam pagi khamis semua =) 23 april 2013 tarikh yang belum tentu dayah bole
lupakan. Tarikh yang sangat bermakna bagi dayah dalam dunia blog. Jatuh naik
dalam kehidupan dayah, banyak yang tercoret dalam kanvaskehidupanku. Semuanya
dayah maktubkan dalam bentuk penulisan.
Alhamdulillah hari ni genap 2 tahun blog dayah
bertahan dalam dunia blogging. Terima kasih kepada semua follower dan pembaca
blog dayah yang x seberapa. Melalui medan media massa ni juga dayah dapat
mengenali ramai kawan2 blogger yang lain dan paling penting mendekatkan dayah
dengan Exchange Feed Group (EFG)
1st entry pada 23 april 2013 |
Masam manis dayah dalam dunia blogging juga
dayah dapat rasakan dalam 2 tahun ni. Sebelum ni just suka2 dengan blog..bila
tengok orang lain ada blog, hati pun teringin nak ada blog tapi sekarang
selepas 2 tahun menulis dalam dunia maya , finally dayah jumpa juga sasaran
dayah yang sebebnarnya..kita bukan menulis semata-mata tetapi penulisan kita
ini akan kekal sebagai saham di Sana nanti. Selain itu, dayah juga dapat
kelebihan dari berblogging contohnya dapat beberapa job melalui blogging ni. So
siapa cakap blogging ni perkara x berfaedah? Dayah sendiri dapat hasil. So buat
sesuatu atas keikhlasan hati, balasannya nanti tidak akan kita lupakan sampai
bila2 =)
My dear follower 622 thanks yer semua sebab
sudi follow celoteh adkdayah =) jasamu dikenang. Moga ALLAH memberkati kalian
follower dan juga pembaca celoteh adkdayah.
Ok setakat ini dulu dayah nak bercerita and
last sekali.. my dear celoteh adkdayah ( kanvaskehidupanku.blogspot.com) happy
2nd anniversary sayang =D love you..
barakALLAHufikum
Jindrisska First Anniversary Giveaway
Assalamualaikum| hari nak join Jindrisska First Anniversary Giveaway. so dayah dah lama follow blog kak aisya and dayah follower yang ke 435 kak aisya =)
dayah nak menang giveaway ni sebab dayah nak hadiah comey2 kak aisya and paling penting Austria tu >,< and paling penting ni GA 1st anniversary jindrisska =)
barakALLAHufikum
Kampung Bongek, Rembau
Charity Program |
sempat jer budak2 ni bodek ustaz madrasah kasi mangga..adoii |
kalau nak wefie, tengah kerja bole berhenti dulu..hehe |
adik2 yang rajin membantu =) |
antara peserta yang gotong-royong di madrasah |
lepas gotong-royong kitorang bersihkan diri, solat dan ada sesi tazkirah dan tadarus. kemudian siap2 minum petang dan balik. sampai rumah, kemas barang dan malam tu bertolak balik kedah..dan sekarang sedang bercuti..ok itu jer nak cerita..jumpa next entry yer sayang2 semua.
barakALLAHufikum