SIAKAP TIGA RASA
yang ni dayah buat masa buka puasa ahli keluarga dayah bulan puasa lalu |
CUCUR JAGUNG
Kuih untuk budak demam
Assalamualaikum, 2 3 hari yang lepas dayah demam. Lepas tu mulut ni tak terasa nak makan dan paling sedih perut lapar tapi tak lalu makan T_T bayangkan budak kuat makan ni tak rasa apa-apa bila makan, pahit jer.
Ok lepas tu kan, kasih seorang ibu yang kesian kan anak yang tak lalu nak makan ni, mak pun buatkan cucur jagung. Perhh memang sedap. Manis jer rasa.
Sekurang-kurangnya makan cucur jagung 2 3 ketul, perut ni kejap la sikit dari tak makan apa-apa. Betul tak? Alhamdulillah kenyang jugak, itu yang penting.
barakALLAHufikum
MERCUN
MERCUN TERBAKAR RUMAH
Assalamualaikum, apakah ini? Duk sedap bergolek-golek depan tv tetiba mak kasi. "Nah, kasi meletup rumah"
Perhh dasyat bebenor mak dayah ni.
GAME 2048
Tak pernah menang
DUIT RAYA
Duit raya 2015
Assalamualaikum, jangan pandang bilangan sampul duit raya saja yer..pandang bilangan duit raya dalam sampul, itu yang penting..hehe
Tapi tahun ni punya duit raya kurang sikit, sebab ekonomi jatuh rasanya. Walau macam mana pun syukur tu penting. Alhamdulillah
Yang penting, umur 22 tahun pun dapat duit raya lagi..
barakALLAHufikum
Demam
Musim demam kah?
Assalamualaikum, menaip entry dikala diri diatas tilam diselimut tebal bertemankan ubat-ubatan. Sedih, lepas je raya terus rasa macam tak sedap badan. Rupanya, nak demam. Dayah dah demam 3 hari.
Letih longlai badan macam kena pukul dengan orang jer T_T selsema lagi, batuk lagi, sakit tekak lagi. Aduhai, dugaan sungguh ni. Jadi dayah boleh up entry jer, nak blogwalking apa tu tak berdaya lagi setakat ni, nak baca banyak-banyak rasa macam kepala berpusing ikut pusingan ufo.
Maaf kepada sesiapa yang rajin singgah celoteh adkdayah, tapi dayah tak singgah balik. Nanti badan dah rasa macam sihat bebanyak tu dayah blogwalking macam dulu yer.
Doakan dayah cepat sembuh yer semua.
barakALLAHufikum
KAUM KERABAT MENDELING
Kaum kerabat tok wan mendeling
barakALLAHufikum
CINTA LAMA
Bercinta 10 tahun
Assalamualaikum, seronok beraya? Lemang dan ketupat ada lagi tak? Rumah dayah ada ketupat lagi tapi rendang dah habis dari raya pertama lagi, hehe
Raya keempat hari tu dayah pergi kenduri rumah kawan dayah dari tingkatan 1 sampai lah ke STAM. Ceritanya, kami memang duk tunggu jer bila la diorang ni nak kahwin. Akhirnya kahwin juga setelah berkawan lama dalam 10 tahun juga.
KAUM KERABAT
Raya pertama adkdayah | Kaum kerabat 1 Malaysia
Assalamualaikum, lama dayah bercuti dari dunia blogging, last update sehari sebelum raya, hari ni dah masuk raya ke tujuh, itu pun masih ramai la yang datang beraya walaupun cuti raya habis semalam. Entry kali ni dayah nak cerita mengenai raya pertama.
MAIN MERCUN
#cabaran20Hari | Pengalaman Main Mercun Masa Raya
Assalamualaikum, esok raya yeayyy suka dalam duka. Bulan Ramadhan dahnak pergi meninggal kita T_T tapi apa kan daya, hanya masa yang boleh menjodohkan kita. kalau umur panjang, in sha allah kita akan berjuma ramadhan pada tahun hadapan. Jom cerita pasal mercun
SENARAI KUIH RAYA
#cabaran20Hari | Senarai Kuih Raya Pilihan Hati
Assalamualaikum, diam tak diam dah nak habis #cabaran20Hari dan dalam masa yang sama kita dah sampai di punghujung ramadhan. sedih sangat, rasa macam baru jer sambut awal ramdhan, tup2 dah nak habis.
KAD RAYA
#cabaran20Hari | Nostalgia Kad Raya
Assalamualaikum semua =) lagi 2 hari kita nak raya. tak sabar dan dalam masa yang sama sedih sebab Ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita T_T ok sekarang nak cerita kad raya paling legend
MENU WAJIB
#cabaran20Hari | Menu Wajib Pagi raya
Assalamualaikum,
semalam dayah ada cerita mengenai aktiviti di pagi raya dekat SINI dan dalam entry tu ada menyebutkan tentang
nasi goreng. Jom dayah ceritakan kenapa
nasi goreng. Kembali kepada tajuk la kan, menu wajib, jadi dah terjawab la kan
kenapa nasi goreng. Hehe sebenarnya keluarga dayah memang selalu akan
menyediakan nasi goreng. Sebabnya nak kasi kelainan dari kebiasaan orang.
PAGI RAYA
#cabaran20Hari | Aktiviti di Pagi Raya
Assalamualaikum,
hari ni dah masuk cabaran hari yang ke 16. Tak sangka pula dayah dapat buat
entry sampai ke hari 16, tinggal 4 hari lagi jer nak tutup cabaran. Macam tak
percaya pun ada tapi ALLAH maha berkuasa kan, DIA tahu hamba dia boleh buat ke
tak. Jom masuk tajuk kita hari ni dengan topik aktiviti di pagi raya
TOURETTE SINDROM
TOURETTE SINDROM | PENYAKIT MENTAL?
Assalamualaikum semua, kepada peminat drama korea yang tegar, korang pernah tengok drama its okey its love tak? yang Lee kwang soo Running Man berlakon tu. kalau belum tengok, pergi tengok cepat-cepat sebabnya dayah nak cerita penyakit kwang soo dalam cerita tu. Sejenis penyakit yang disebut Sindrom Tourette dalam bahasa melayunya. Selalunya orang akan beranggapan Sindrom Tourette ni merupakan penyakit mental tapi sebenarnya?
UCAPAN RAYA
#cabaran20Hari | Gambar dan ucapan raya
Assalamualaikum.
gambar lama ^^, |
Kami
sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. #kosongkosong
yer
Ucapan
daripada adkdayah pula
“ dayah harap raya kali ni akan dipenuhi dengan rahmat ALLAH, raya bukan bermaksud ALLAH menghalalkan yang haram dan haramkan yang halal. Sama-sama kita menjaga iktilat dan juga batas-batas dalam Islam agar kita dapat merasakan manisnya raya. Akhir kata dayah ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN."
barakALLAHufikum
RAYA ZAMAN DAHULU
#cabaran20Hari | Memori raya 90an atau zaman kanak-kanak
#cabaran20Hari |
CABARAN KEDUA
Selesai Cabaran Task ke Dua
KUIH RAYA
#cabaran20Hari | Kuih Raya Paling Best
Assalamualaikum. Suka dengan tajuk cabaran hari ni. Cerita pasal kuih raya, kalau dulu rajin jer nak buat kuih raya tapi sekarang zaman dah moden, semua buat kuih tunjuk aka kuih yang dibeli. Bukan salah sesiapa, semuanya faham dengan dunia yang penuh kesibukan. Kena cari duit lebih, kalau tak, nak balik raya macam mana, duit tak cukup.
SELAMAT HARI RAYA
Pakej sampul raya dan duit raya
Assalamualaikum,
Tak perlu kata apa-apa dan hanya mampu tersenyum bila abang cakap "ni pakej untuk adik, sampul raya beserta duit, jangan komplen banyak-banyak nanti kena jual"
Krik krik krik krik....
Rasa macam nak ketuk-ketuk Ramadhan je dekat abang dayah. =,="
barakALLAHufikum
BAJET RAYA
#cabaran20Hari | Bajet Raya
Assalamualaikum, cerita pasal bajet raya untum cabaran hari yang ke 12. Jenuh kepala otak adkdayah memikir. Haha. Sebenarnya bila cerita pasal bajet raya ni mesti teringat yang heboh baru-baru ni tentang kalau nak jimat, tak payah balik kampung. Kontroversi yang membuatkan rakyat Malaysia memberontak.
DENDANG PERANTAU
Hari ni agak sibuk, so dapat tunjuk video saja =) layannn
barakALLAHufikum
Segmen Kad Raya by Ms. Kejupenyet
tekan banner untuk join Segmen Kad Raya by Ms. Kejupenyet
barakALLAHufikum
adkdayah
Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services
July 06, 2015
Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas
Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing
Services
TETAMU RAYA
#cabaran20Hari | Tetamu raya paling ditunggu-tunggu
Assalamualaikum, selamat kembali bekerja yer semua. Hari ni dah masuk hari cabaran yang ke-10. Alhamdulillah, dayah masih boleh ikut lagi cabaran ni. sehari 1 entry mengenai tajuk-tajuk yang diberi. Bukan senang rupanya nak ikut cabaran ni, kadang-kadang tu terlupa yang entry tak draft lagi, kadang tu tak ada idea langsung nak taip apa tapi alhamdulillah we make it.
#Cabaran20Hari
#cabaran20Hari | Kenangan terawih di surau/masjid masa zaman kanak-kanak
July 05, 2015
TERAWIH DI MASJID
#cabaran20Hari | Kenangan terawih di surau/masjid masa zaman kanak-kanak
Assalamualaikum, salam pagi ahad semua =) ceriakan diri anda dengan senyuman yer, semoga amalan kita dibulan puasa ini diberkati ALLAH. Dalam tak sedar da masuk hari yang ke-9 dayah dalam #cabaran20Hari. Korang blogger tegar ke tak? kalau tegar kena la sahut cabaran, betul tak?
JENIS DARAH
JENIS DARAH | DERMA DARAH
Assalamualaikum, sedikit perkongsian di pagi hari. Boleh la kalau sesiapa yang belum tahu darah korang boleh derma dekat golongan darah yang jenis macam mana. Dekat sini dayah sediakan hasil perkongsian kawan-kawan Urusetia Pembantu Perlindungan Pelajar (u3p) USIM.
barakALLAHufikum
KEBAIKAN SUSU
Marigold di hati | HL Susu Lemak Rendah
Assalamualaikum, semalam lepas terawih dayah keluar pergi Giant dengan abang dayah yang no 3. Nak bershopping la kononnya, ajak dayah temankan. Rupanya nak pergi beli Sarsi dengan ubat gigi jer. Alahai abang, apa salahnya kalau pergi sorang jer. Nak juga ajak adik menjadi peneman.