Pengalaman berpuasa dulu vs kini

June 15, 2016

Pengalaman Berpuasa di bulan Ramadhan


Pengalaman berpuasa dulu vs kini


Assalamualaikum, sekejap timbul sekejap tenggelam..maaf sangat-sangat sebab malas nak menaip entri. Maafkan dayah yer, hari ni dah masuk hari ke-10 kita berpuasa dan bermakna tinggal lagi 21 hari lagi untuk kita berada dalam bulan ramadhan. Sebut bulan ramadhan a.k.a bulan puasa, mesti setiap dari kita akan ada pengalaman tersendiri..betul tak? pengalaman berpuasa di bulan ramadhan dulu dan sekarang bagi dayah sangat-sangat berlainan. Kenapa? korang cuba bayangkan, zaman 90 an dan zaman sekarang punya cara sambut atau meraikan bulan puasa itu sangat berlainan. Jadi, pengalaman berpuasa di bulan ramadhan dulu dan kini bagi dayah adalah berbeza.


Bertukar hidangan


Pengalaman berpuasa dulu vs kini, Pengalaman Berpuasa di bulan Ramadhan, bertukar hidangan, mercun, main mercun, meriam buluh, main meriam buluh,terawih
sumber : google imej
Mungkin sekarang masih ada lagi budaya bertukar hidangan, akan tetapi tak banyak macam dulu-dulu. Kalau dulu, mak dayah akan buat satu hidangan kuih dan apabila sampai waktu berbuka puasa, pasti hidangan kuih akan menjadi tiga atau lebih. Kenapa? 

Selalunya mak dayah akan agihkan kuih yang dibuat dalam beberapa pinggan, kemudian dayah akan pergi rumah ke rumah untuk mengagihkan kuih tersebut, kiranya bersedekah dibulan puasa. Paling seronok sekali saat waktu nak terima pinggan yang kita beri tadi, dalam kepala asyik duk doa agar ada 'balasan' yang best ataupun yang sedap-sedap...haha nampak sangat tak matang pada waktu itu. Budak-budak lagi masa tu (cari alasan untuk mengelak..haha)


Terawih

Pengalaman berpuasa dulu vs kini, Pengalaman Berpuasa di bulan Ramadhan, bertukar hidangan, mercun, main mercun, meriam buluh, main meriam buluh,terawih
sumber : google imej
Hahaha, kalau yang ni, dayah ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Mak nak pergi masjid, tapi tak nak tinggal dayah, sebab takot tinggal seorang..jadi mak pun cakap dekat dayah nak bawa pergi masjid nak solat terawih. Maka terjadilah perbualan tersebut :

(sila baca dalam nada budak darjah 3 -_-')

Mak      : Malam ni kita pi mayang dekat masjid tau.
Dayah  : kenapa?
Mak     : Ni kan bulan posa, tiap-tiap malam ada mayang                          terawikh.
Dayah : Mayang terawih tu apa? 
Mak     : Mayang sunat la, tapi bulan posa ja ada.
Dayah : Berapa rakaat?
Mak     : 2 rakaat
Dayah : *dalam hati, ok set..kejap jer tu..hehe.. okey mak,                         nak pi jugak

Sekali bila dah pergi masjid, duk ulang tanya mak, bila nak habis...haha rupanya memang 2 rakaat tapi banyak kali (23 rakaat termasuk witir)..adoii, terkena den =_=

Tapi sekarang, terawih di masjid dayah dah jadi 11 termasuk witir kemudian akan bersambung dengah tazkirah atau ceramah daripada ustaz-ustaz jemputan.

Mercun dan meriam buluh

Pengalaman berpuasa dulu vs kini, Pengalaman Berpuasa di bulan Ramadhan, bertukar hidangan, mercun, main mercun, meriam buluh, main meriam buluh,terawih
sumber : google imej
Dulu-dulu salah satu punca tak nak pergi terawikh sebab nak main mercun dan tengok abang-abang dan sepupu dayah main meriam buluh. Korang pernah main atau pun tengok meriam buluh? haa..kitorang dulu main meriam buluh pakai helmet, haha..siap berlawan dengan kampung sebelah, siapa lagi kuat. adoi..!! kenangan sungguh, semua tu dah tak ada sekarang, semua sibuk main game dalam phone..kalau dulu pasang pelita keliling rumah sampaikan sanggup setiap malam nyalakan pelita, siap selamatkan pelita kalau hari hujan, sekarang ni dah tak pasang pelita keliling rumah dah tapi pasang lampu kelip-kelip tu jer. Kurang nikmat main pelita dengan kawan sebaya.

p/s : jangan main mercun dan meriam yer sayang-sayang, nanti tak pasal-pasal hilang jari tak cukup tangan nak salam minta duit raya hari raya nanti,hehe

korang punya pengalaman berpuasa macam mana? cuba kongsi dengan dayah =)..okey la korang, nanti jumpa lagi dengan tubuh badan yang sihat..selamat berpuasa semua.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments

  1. kan..masa kecik2 dulu jugak yang best...

    ReplyDelete
  2. Tang meriam tu memang tak pernah rasalah. Tukar-tukar makanan still buat lg sampai sekarang :)

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum