Anak guna tangan kiri punca tulisan terbalik
October 25, 2017Punca tulisan terbalik
Assalamualaikum,
Pejam celik pejam celik dah masuk hari rabu, rasanya baru jer kita cuti Deepavali minggu lepas, betul tak? Setiap hari rabu, selalunya dayah akan post entri tentang 'wordless wednesday' maknanya tak ada ayat-ayat intro atau pun mukadimah yang panjang macam sekarang dayah tengah taip ni tapi ada gambar yang boleh semua faham dengan gambar tersebut.
Hari ini, dayah nak tanya "korang tulis menggunakan tangan sebelah mana?" kalau dayah, dayah selesa menggunakan tangan kanan. Kepada orang yang menggunakan tangan kiri pula dipanggil sebagai 'kidal' yang bermaksud pengguna yang menggunakan tangan kiri.
Macam yang korang sedia maklum, dayah sekarang bekerja di Little Caliphs, *sebab tu sibuk memanjang sampai susah nak update blog (mohon terima alasan ini (^_^").. Boleh dikatakan majoriti yang berada di Little Caliphs, menggunakan tangan kiri apabila tidak dipantau oleh teacher.
Apa yang dayah perasan la kan, anak-anak ni, diorang 'mirror' dengan kita yang besar ni..apa maksud dayah? Maksud dayah, korang pergi duduk depan cermin dan kemudian korang angkat tangan kanan, pantulan korang dalam cermin tu, angkat tangan kiri atau kanan? Kiri kan? Sama juga konsep dengan anak-anak ni.
Kita selalu cakap dekat diorang guna tangan kanan tapi kita tunjuk tangan kanan kita, jadi diorang akan angkat tangan kiri sebab diorang akan ikut apa yang ditunjuk. Oleh itu, dayah belajar cara 'mirror' dengana anak- anak Little Caliphs agar diorang tidak keliru.
Dayah tak kata, penggunaan tangan kiri itu salah tetapi dalam belajar..ada anak- anak akan tulis terbalik disebabkan penggunaan kiri..ada yang tulis a terbalik, dan sebagainya. Sebelum kita, melabelkan anak itu istimewa atau dalam kata lain disleksia, lebih baik kita pergi jumpa pakar dan jalani ujian-ujian yang di sarankan oleh pakar.
Kenapa dayah cakap macam tu? Sebab ada ibubapa yang tidak boleh menerima kelebihan anak atau kekurangan anak. Ada juga yang menghukum sendiri penyakit anak-anak yang tulis terbalik..sedangkan kita ada pakar untuk dirujuk. Jumpa pakar bukan bermakna anak itu, terkurang dimana-mana aspek, tetapi berjumpa pakar adalah salah satu langkah kita mengenali anak-anak itu sendiri.
Dayah pernah cadangkan kepada beberapa orang ibubapa untuk berjumpa pakar, bawak bukti-bukti penulisan anak yang terbalik..sebab ada anak murid dayah yang membaca pun dia akan baca terbalik, bukan penulisan saja yang terbalik. Selepas jumpa pakar, dayah dimaklumkan oleh ibu pelajar tersebut agar memantau lebih ketat pembacaan dan penulisan anak itu, dan akhirnya Alhamdulillah, dia sekarang dah tak baca terbalik dan penulisannya semakin elok.
Sebab tu dayah cakap, kita jangan terus menghukum anak itu ada penyakit itu ini, tetapi kita perlu menilai dengan bantuan pakar. Haaa..membebel dayah dari tadi berkaitan dengan penulisan tangan kiri dan kanan sehinggalah masuk ke bahagian penulisan terbalik.
Dayah bukan seorang pakar mahu pun mahir dalam bidang-bidang seperti ini, tapi dayah hanya berkongsi pengalaman dayah menghadapi situasi dimana anak yang tidak tahu apa-apa dihukum sebagai seorang disleksia sedangkan anak itu perlukan lebih perhatian untuk dibaiki tulisan dan bacaannya.
Semoga dengan apa yang dayah kongsikan ini, bermanfaat buat semua pembaca dayah. Kenali anak dengan hati yang terbuka, fahami anak seperti mana kita perlu difahami.
barakALLAHufikum
21 comments
Wah artikel ni sgt membantu...yelah nanti yaya dah menulis mesti saya kena peka juga kan =)
ReplyDeleteCCL kidal ,heheh
ReplyDeleteDengar2 orang kidal ni, kreatif.. betul ke?
DeleteNice sharing.. Dulu ank sy pun camtu.. Sekali kawan2 yg berpengalaman dan ada rakan guru pendidikan khas, itu adalah normal.. Nnt dia boleh betulkan sendiri..
ReplyDeleteOoo.. betul juga tu..
ReplyDeletePatut la adik2 Kaklong pun menulis dengan tangan kiri masa kecik2 dulu.
Makan pun guna tangan kiri. Rupa2nya 'mirror'
Tq atas perkongsian :>
Sentiasa belajar dari kesilapan adalah lebih baik
ReplyDeletenad ade anak sedara kat little calips juga..hahah nasib die tak tulis tangan kiri..sebab mak sedar die ni garang..pantau je kejenye haha
ReplyDeleteya jugak la.. tak terfikir pandangan anak2 tu.. tq dayah share tips ni..
ReplyDeleteRupanya itu adalah satu masalah besar. Baru kutahu . Thanks sharing 😊
ReplyDeleteooo..ada mcm tu erk dayah? KG baru tau.. perkongsian yg bagus ni
ReplyDeleteanak2 disleksia biasanya lambat membaca dan menulis tetapi
ReplyDeletemahir menghafal .
husband UF pun kidal..org kidal ni sangat artistik tu yg boleh dilihat pada en suami la..
ReplyDeleteAnak sy tulis kanan tapi tetap tulis terbalik.. Skrg ni dh ok.. Memula tu risau juga..
ReplyDeletePakcu tangan kanan, kikiki
ReplyDeletegood info.. cik en pon bru tau ni
ReplyDeletethanks teacher dayah. Anak-anak akak pun sama selalu confuse antara d dan b... lama2 baru okay.
ReplyDeleteSaya suka baca tentang psikologi pembelajaran. Kadang2 budak tak ikut apa yang kita suruh secara langsung tapi mereka ikut apa yang mereka nampak secara tidak langsung,
ReplyDeleteSebagai contoh,
bila ibu bapa marah anak merokok, tapi si bapa sendiri merokok memang perbuatan yang anak akan ikut berbanding perkataan.
lebih kurang macam tu la.
ooo. c mtu rupanya
ReplyDeleteSaya menulis tangan kanan, pakai jam pun tangan kanan juga. hehe.
ReplyDeletegood info sis. thanks.
ReplyDeletekekdg parents lepas tangan sbb dh hantar anak ke sekolah..sebagai parents kita kena juga ambil tahu dan duduk sekali utk tgk apa yg dia telah pelajari..
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.