BOAT NOODLE DI SUNGAI PETANI, KEDAH
April 09, 2018
BOAT NOODLE
Assalamualaikum,
Rasa kekok pula bila menaip di blog sendiri setelah sekian
lama tidak menaip. Kalau bagi alasan sibuk, semua orang akan cakap, sama jer
semua orang..semua sibuk. Adkdayah seorang ni jer yang pelik sikit, sibuk
sampai hampir setengah tahun tidak menaip di blog. Buka tiada hati di sini tapi
kesempatan yang belum muncul tu membuatkan semuanya tidak sempat. Maafkan daku,
huhu
Boat Noodle di Sungai Petani, Kedah |
Dayah sebenarnya nak cerita banyak sangat tapi tak tahu nak
cerita yang mana satu. Jadinya dayah cerita yang terbaru lah sebelum cerita
benda-benda lain. Topik paling dayah suka ialah topik makanan. Haha lama sangat
tak update pasal makan, dekat facebook dan instagram pun jarang nak update dah,
bukannya sebab tak sempat tapi tak ada pasangan mahupun kawan yang sama minat
macam dayah, pemburu makanan.
Baru-baru ni dayah ada program di sekolah, jadinya kena
tidur dan berqiamullail di sekolah. Habis jer program pagi jumaat tu, dayah dan
kawan terus balik. Dayah tumpang kawan dayah sebab dah alang-alang rumah kami
dekat jer. Masa sampai dekat simpang nak masuk rumah dayah tetiba kawan tanya
“hang lapaq dak dayah?aku lapaq ni” dayah apa lagi “mak ayah aku tak dak dekat
rumah, jadinya kalau aku balik pun, tak dak makanan, confirm la lapaq, jom
makan” haaa..gitu punya jawapan yang tak kena skema. Haha
Laju jer kawan dayah pusing kereta terus ke central square,
satu jer tujuan kami, nak makan di Boat Noodle yang baru buka tu. Sampai jer,
terus parking dan masuk cari kedai. Tak susah pun nak cari, masuk dekat ground
floor dekat dengan subway. Nampak terpampang kedai makan Boat Noodle.
HARGA MAKANAN DI BOAT NOODLE
Punya lama dayah tak makan di Boat Noodle, sampaikan dayah
terkejut, ada makanan ikut set. Wow! Apa lagi, terus pesan makanan mengikut set
yang tersedia. Harga memang sah-sah la mampu. Satu set ada 3 mee (boleh pilih
nak jenis apa), dressing 2 (boleh pilih wonton/ayam) dan air. Harga RM18.90
satu set tu. Murah la kan? Lepas tu kawan dayah terperasan ada yang boleh kita
install apps dan dapat baucer percuma makanan dengan syarat makan yang kita
oder tu atas RM30. Apa lagi tunggu, laju jer pesan satu lagi set ada sangkaya
dan green tea dengan harga RM14.90. puas hati sangat-sangat dan kami tebus
baucer tadi dengan ayam goreng dia berhagra RM12.90.
2 jenis topping/dressing yang ada |
set sangkaya dan green tea RM 14.90 |
set ayam goreng yang ditebus menggunakan apps Boat Noodle |
Total yang kami makan tu baru RM35 untuk 2 orang makan.
Berbaloi sangat rasa. Kenyang sampai ke malam. Hilang terus diet hari tu. Haha
Kepada korang yang teringin nak makan Boat Noodle di sungai
petani, boleh la datang cari dekat central square. Ni bukan entri berbayar yer,
entri review ikhlas dari hati..haaa gitu.
Jumpa lagi yer semua =)
barakALLAHufikum
4 comments
Nampak sedap. Bilalah mama nk try ni
ReplyDeletekalau tengah lapaq, semuanya sedap.
ReplyDeletefira pun suka makan sini. sedap hehe
ReplyDeletehttp://www.cikfira.com/
kena try ni.. dah dekat dengan kampung..
ReplyDeletewww.tipsummi.com
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.