Travelog #1 | Pengalaman umrah pertama adkdayah
April 17, 2018
Pengalaman menunaikan umrah
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dayah sudah selesai menunaikan umrah yang
pertama pada tahun lepas. Itu salah satu sebab, bulan 11 dan 12 dayah tak
berblog. Bulan 11 sibuk menguruskan urusan nak menunaikan umrah pada 23 November
2017. Dayah telah pergi bersama kedua ibubapa dan dua orang abang. Rezeki kami
dapat pergi bersama-sama. Alhamdulillah, hanya itu saja yang mampu dayah
ucapkan. Perasaan mula-mula dapat tahu nak pergi tu, macam-macam perasaan ada. Eh!
Betul ke? Takut agensi tipu, takut tidak bersedia, gembira kerana pertama kali
dapat panggilan ke Tanah Suci, sedih sebab rasa macam diri ini terlalu hina dan
tidak layak, semua perasaan bercampur baur.
pas ni, memang pakai sentiasa sebab dekat belakang dia ada info pasal kita, kalau sesat ke apa ke, senang, info semua ada situ |
5 beranak pergi menunaikan umrah 😍 |
22 November 2017
Dayah dan keluarga bertolak daripada Sungai Petani ke Kuala
Lumpur dengan menaiki ETS. Kami bertolak pada pukul 4.50 petang dan sampai di
KL Central pada pukul 8.50 lebih kurang. Dekat sana, kami menginap di rumah
sepupu dayah.
makteh dan pakteh ni mak ayah kepada sepupu yang kami tumpang rumah dia tu, diorang pun ikut sama hantar sampai KLIA |
teruja sebab dah lama tak naik ETS |
23 November 2017
Keesokkan harinya, kami bertolak pukul 1 petang ke KLIA
sebab tiket flight pukul 3 petang. Sampai jer sana, pihak agensi minta
berkumpul di kaunter 10 kalau tak salah dayah, dekat sana la dayah dan keluarga
berjumpa dengan ahli-ahli yang akan menunaikan umrah bersama-sama. Tunggu punya
tunggu, dapat tahu kepal terbang delay pukul 5. Jenuh tunggu, dengan perut
lapar lagi,kemudian cari kedai mampu milik jer la..haha KFC. Paling best, pergi
beli maggie kemudian makan dengan ayam KFC. Adoii, tak sempat pergi lagi dah
teringin makan maggie.
sedikit penerangan tentang perjalanan kami, disampaikan oleh mutawif daripada PDC travel |
tunggu nak masuk kapal terbang, masa ni duk sakan cerita dayah tak lepas masuk tadi sebab PTPTN 😒 tetiba jadi hot isu disitu..haha |
Pukul 4 petang, kami sudah berkumpul untuk masuk, masa dekat
scan passport, tetiba dayah tak dapat nak scan, check punya check rupanya PTPTN
tak lepas. Pelik! Sebab sebelum ini, dayah dah check, nama dayah memang tak ada
dalam blacklist. Nasib dayah baik sebab
dapat kastam baik, dia yang tolong bagi nombor PTPTN. Dayah telifon dan dia
minta bayarkan tunggakan dan dia akan buka sekatan. Masa tu, hanya ALLAH jer
yang tahu, semua ahli dah lepas masuk dalam, dayah jer sorang-sorang dekat
luar. Lepas jer bank in online dekat PTPTN terus dibuka sekatan, agak laju
juga, yang bestnya encik yang PTPTN tu pn baik jer layan, dayah mas tu nak
menangis semua ada..haha
Bayaran tertunggak RM15++ sahaja, encik kastam tu cakap, “macam
mana boleh lepas buat passport? Diorang ni kalau nak sekat, lebih baik sekat
awal-awal, tak la kecoh macam ni” haha lawak jer encik tu. Tapi masa tu mungkin
hati nak pergi tunaikan umrah, ALLAH permudahkan urusan, lepas selesai semua,
hati pun lapang kemudian masuk kapal terbang dan berlepas pukul 5 petang.
Penerbangan Saudi Airline
Dulu dayah pernah cerita dayah pergi Guilin, China dekat
SINI. Jadinya, ini bukan kali pertama dayah naik kapal terbang. Abang dayah
yang ke tiga pula, ini kali pertama naik kapal terbang, lawak pun ada, dia
punya teruja nak duduk dekat tingkap tu, hanya ALLAH jer tahu, haha. Kalau dulu
naik kapal terbang kecil, kali ini penerbangan yang memakan masa 8 jam itu pula
naik kapal terbang yang besar. 3 kerusi di kiri, tengah dan kanan. Dayah dengan
mak duduk di kerusi tengah, abang-abang dan ayah di kerusi kanan.
abang yang teruja dapat duduk tepi tingkap, adik nak duduk sebenarnya tapi kesian ke abang yang pertama kali naik kapal terbang, haha bagi jer la, kesian |
Dalam kapal terbang apa lagi yang boleh dibuat, melainkan tidur, makan, layan movie dan game. Mak dayah pasang mengaji Al-quran yang disediakan , ayah pula asyik sangat dengan perjalanan kami yang dipaparkan di monitor dekat kerusi tu.
Okey la, entri seterusnya dayah cerita pula apabila sampai
di Madinah yer.
barakALLAHufikum
2 comments
Aminn doakan saya juga boleh sampai ke sana.
ReplyDeletesaya dah follow sini. Salam perkenalan =))
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.