Kenapa hari jumaat penghulu hari?
February 03, 2017Hari jumaat yang barakah
Assalamualaikum,
Hari jumaat adalah penghulu bagi segala hari kerana banyak amalan sunat yang boleh kita buat di hari jumaat. Hari jumaat
juga merupakan hari yang sunat untuk kita potong kuku, mandi sunat hari jumaat
dan bermacam lagi, tidak lupa juga untuk bacaan surah kahfi pada hari jumaat
yang barakah ini. Jadi, korang dah baca ke surah kahfi? Dayah pun belum ni, jom
sesame baca jom, semoga kita sama-sama dapat barakah daripada bacaan kita itu.
Ramai yang selalu merungut untuk baca surah kahfi kerana
surh kahfi merupakan salah satu sruah yang panjang selain surah baqarah. Anak
buah dayah kalau baca surah kahfi masa hari jumaat jer, mesti bising kata
panjang dah tu, semua mengantuk masa baca tu. Nasib diorang dapat mak saudara
yang garang, haha. Nampak jer muka mengantuk, ketam batu pun singgah dekat paha
masing-masing.
sumber google image |
AMALAN SUNAT HARI JUMAAT
Kami cuba membudayakan surah kahfi dirumah pada hari jumaat.
Semoga ia berkekalan walaupun kadang tu tertinggal juga untuk membacanya.
Setiap pagi hari jumaat mak mesti akan ingatkan anak-anak dia untuk mandi sunat
hari jumaat. Jadi, apbila sudah besar ni, diri sendiri akan ingat, setiap kali
jumaat jer, mesti nak mandi sunat jumaat sebab dah terbiasa.
Sekarang ni, tengah didik anak-anak buah dayah pula. Semoga
diorang akan lakukan sepertimana kami lakukan, walaupun ianya hanyalah sunat,
tapi apa salahnya kalau kita buat, betul tak? Sekurang-kurangnya, amalan sunat
ini akan menampung amalan wajib kita yang belum tentu sempurna itu. Betul tak?
Selain daripada baca surah kahfi dan mandi sunat padi hari
jumaat, amalan memotong kuku juga dilakukan pada setiap hari jumaat. Sunat
memotong kuku pada hari isnin, khamis dan jumaat. (kalau ada yang salah, tolong
betulkan dayah yer) . hari-hari lain bukannya tidak boleh potong tetapi kita
akan dapat amalan sunat kalau kita potong kuku pada hari-hari sunat. Kuku
tangan ni pula, seminggu sekali memang wajib potong, kalau tidak, macam kak
ponti dah kalau tak potong. Jadinya, dayah selalu potong kuku pada hari jumaat.
Amalan sunat apa lagi yer yang selalu orang buat pada hari
jumaat yer? Korang pula, selalu buat apa untuk hari jumaat? Cuba cerita sedikit
dekat dayah. Semoga hari jumaat ini merupakan hari jumaat yang terbaik daripada
hari jumaat sebelum-sebelum ini. Amin.
barakALLAHufikum
2 comments
Salam Jumaat Cik Dayah... :)
ReplyDeletesalam jumaat acikidah =)
DeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.