Hari kedua bercuti di Pantai Merdeka
February 03, 2017PANTAI MERDEKA
Assalamualaikum,
Hari kedua di Pantai Merdeka. Dayah ada cerita hari pertama di Pantai Merdeka di SINI. Jadi pergi baca sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tentang percutian di Pantai Merdeka ini. Sesetengah orang pasti akan merasakan atau berkata 'ala..Pantai Merdeka jer pun, dekat dengan rumah aku, dah naik muak nak pergi" tapi untuk pengetahuan korang, dayah pun selalu ke Pantai Merdeka, tetapi ini kali pertama dayah bermalam di Chalet Pantai Merdeka. Dayah ada ceritakan di SINI. Jadi, nampak la keterujaan dayah di situ..hehe
anak buah dayah dengan abang dayah yang no 3 |
Pagi hari kedua, macam biasa..bangun, solat dan sarapan. Kemudian, apa lagi tunggu..kolam renang memanggil dah tu, terus terjun la..haha. Seminggu sebelum datang bercuti, setiap hari hujan, dayah ada cakap dekat mak, takut hujan semasa kami tengah bercuti, tapi kuasa ALLAH siapa yang tahu, DIA bagi kami bercuti dengan selesa, hujan pun tidak semasa kami keluar bermain di kolam renang. Syukur sangat, alhamdulillah.
Tangkap gambar kononnya nak kasi panas mak saudara dayah, hehe jahat bebenor anak-anak buah dia..hehe |
ini kolam renang untuk orang dewasa, yang budak dua orang tu gigih nak turun juga, nasib la mak su ada. hee |
Selepas puas hati bermain air, tengok-tengok jam sudah pukul 2, terus ajak anak-anak buah dayah balik ke chalet. Siap mandi, makan terus semuanya tertidur. Dasyat sangat main air sampai letih, haha. Dayah dengan abang-abang dayah pula main carom. Permainan kesukaan kami adik beradik, tapi apabila dayah kalah, terus merajuk tak nak main dan masuk bilik tidur..haha nasib la dapat adik perempuan seorang. haha
Bangun jer daripada tidur, tengok abang-abang dayah dengan ayah sudah keluar pergi umpan untuk memancing, senget sungguh, sanggup tinggalkan adiknya..haha nasib mak dengan kakak-kakak ipar dayah ada, anak buah semuanya tidur. Nasib juga, petang tu hujan, dan alhamdulillah malam tidak hujan dan kami boleh la bbq lagi sekali, yeayyy
Menu malam hari kedua adalah jagung bakar, lepas bakar tu, hiris dan letak susu, marjerin dan sedikit gula..memang terbaik la.
Macam malam pertama juga, malam hari kedua tidur lambat sebab seronok memancing, kakak-kakak ipar dayah pula seronok borak sampai tidak perasan sudah lewat nak tidurkan anak-anak diorang. Almaklumlah, bukan selalu dapat luangkan masa bersama-sama.
Esok dayah cerita hari ketiga di Pantai Merdeka pula yer, terima kasih sebab kornag sudi baca cerita yang dayah kongsikan dalam celoteh adkdayah. 😃 Jumpa lagi semua, semoga sentiasa sihat sejahtera.
Hari pertama bercuti di Pantai Merdeka
barakALLAHufikum
|
1 comments
Seronok bercuti seisi keluarga.
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.