Jangan pernah berputus asa
February 20, 2017SEMANGAT
Assalamualaikum,
Selamat pagi isnin semua, dayah duduk Kedah jadinya, dayah tak ada istilah monday blues..haha tapi sunday blues, boleh tak macam tu? ok ok, malas cerita tentang kemalasan nak masuk kerja, nak kongsi quote untuk pagi ini, itu jer.
Apabila satu dunia cakap 'berputus asalah', tapi berharaplah dengan berkata 'cuba sekali lagi'. Dalam hidup ni, mesti akan ada saat kita nak berputus asa dengan apa yang kita buat sekarang, contohnya bekerja, rasa macam malas dah nak kerja, nak cuba kerja lain pula sebab kerja ni tak sesuai dengan jiwa, tapi cuba kita bisik kan kata-kata ini dalam hati. Jangan mengalah, cuba dan terus cuba sehinggalah ia berkesan dan menjadi sebati dengan hidup kita.
Kadang tu kan, dayah pun selalu jer jadi macam ni. Ada kalanya rasa macam nak berputus asa, tapi alhamdulillah dayah mempunyai keluarga dan sahabat yang sangat menyokong, diorang selalu bagi semangat untuk dayah terus berjuang. Jangan pernah mengalah..ALLAH ada bersama kita. Setiap langkah yang kita melangkah, pasti akan ada halangannya, jadi jangan pernah lari daripada halangan itu kerana halangan tu yang membuatkan kita terus kuat dan menjadikan kita yang sekarang ini.
Teruskan melangkah untuk mencapai kejayaan. Doa, Usaha, Tawakkal. In sya ALLAH, kejayaan pasti milik kita. Jom sama-sama bersemangat dengan dayah. Semog dayah juga terus bersemangat. Amin.
Jom mulakan kerja dengan senyuman, lebarkan aura positif agar hidup kita terus dalam suasana yang membahagiakan. Dayah doakan semua sentiasa bersama jalan untuk berjaya. Amin
Jumpa lagi di entri seterusnya dengan keadaan sihat sejahtera. Amin
barakALLAHufikum
6 comments
Bukan putus asa, tapi mungkin kita boleh fikirkan alternatif lain yang lebih baik.
ReplyDeleteTakpa dayah, teruskan usaha dan percaya bahawa dayah boleh. btw macam mana kerja little caliph tu dayah? budak2 dia susah nak handle ke?
ReplyDeleteterima kasih syed =) mula-mula tu tak tahu lagi nak handle budak-budak ni, tapi sekarang, alhamdulillah, dah ok sikit =)
DeleteHi adkdayah.. Positifkan diri hari2 memang bagus. Nak nampak muda selalu kena senyum.. Nk senyum yg ikhkas krna positifkan diri. insya allah.
ReplyDeletein sya allah, akan terus tersenyum =) nak awet muda macam pcl..hehe
Deletein sha allah, akan terus berusaha =)
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.