SEMANGAT
Assalamualaikum,
Selamat pagi isnin semua, dayah duduk Kedah jadinya, dayah tak ada istilah monday blues..haha tapi sunday blues, boleh tak macam tu? ok ok, malas cerita tentang kemalasan nak masuk kerja, nak kongsi quote untuk pagi ini, itu jer.
Apabila satu dunia cakap 'berputus asalah', tapi berharaplah dengan berkata 'cuba sekali lagi'. Dalam hidup ni, mesti akan ada saat kita nak berputus asa dengan apa yang kita buat sekarang, contohnya bekerja, rasa macam malas dah nak kerja, nak cuba kerja lain pula sebab kerja ni tak sesuai dengan jiwa, tapi cuba kita bisik kan kata-kata ini dalam hati. Jangan mengalah, cuba dan terus cuba sehinggalah ia berkesan dan menjadi sebati dengan hidup kita.

