Kata-kata positif #2
December 02, 2016Lou Holtz
Assalamualaikum,
“You were not born a WINNER, and you were not born a LOSER. You are what you make yourself to be” – Lou Holtz
Setiap
orang yang lahir ada kelebihan dan kelemahan masing-masing, jadi tak perlu
untuk kita membeza-bezakan orang. Mungkin ada orang yang mempunyai kelebihan
menggunakan idea-idea yang tercetus difikiran dan ada juga yang bijak
menggunakan idea-idea itu untuk dilaksanakan melalui cara yang sepatutnya dan
ada juga yang tidak mempunyai idea tapi bijak untuk melabur dalam idea-idea
yang tercetus.
Oleh itu, tak perlu kita membandingkan kelebihan seseorang itu
dengan kelemahan orang lain. Tidak adil untuk kita melihat seseorang dengan
satu pandangan iaitu pandangan kejayaannya sahaja, cuba kita pandang ia dari
sudut naik turun kejayaan tersebut. Pasti kita tidak akan memandang sesuatu itu
dengan mata kasar tapi kita kan memandang sesuatu itu dengan pandangan yang
dalam sehingga dapat menzahirkan segala kelemahan yang telah ditutup awal-awal
lagi.
Kita
adalah kita. Baik atau buruk adalah terletak pada diri kita. Kita yang mengawal
diri kita untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya. Selalu kita dengar orang
cakap “..yer la, dia memang budak pandai
pun” “…orang kaya, memang la senang” pernah
tak kita tengok dan kaji dari mana datang kepandaian dan kejayaan seseorang
itu? Dia pandai sebab dia belajar, dia usaha untuk menjadi bijak. Dia kaya
sebab dia bekerja siang malam untuk berjaya, kenapa kita perlu pertikaikan benda
yang kita sudah tahu tapi kita cuba tidak mengakuinya.
Untuk
menjadi yang terbaik, kita perlu mula daripada sekarang, tiada istilah sudah
terlambat. Selagi kita masih bernafas, selagi tu juga kita mempunyai peluang
untuk berjaya. Usaha, doa dan tawakkal. Lakukan 3 perkara ini, pasti kita akan
memperolehinya. Yakin dengan ALLAH, pasti kita akan ada jalan untuk terus
berjaya. Kalau jatuh sekali pun, pastikan kita bangun dan terus melanghkah
kehadapan, kerana kita masih ada peluang sehinggalh kita berjaya.
Apabila
sudah berjaya, kita kembali tunduk kepadaNYA kerana setiap yang kita dapat itu
adalah hadir dengan kehendakNYA. Ia adalah satu pinjaman daripada ILAHI untuk
menguji kita, adkah kita masih ingat pada DIA walapun kita sudah berjaya. Adakah
kita akan lupa pada DIA saat kita berada di kemunjak kejayaan? Semua jawapan
ada pada diri kita kerana kita yang mencorakkan lukisan kehidupan kita.
Semoga
ALLAH sentiasa merahmati kita dalam semua keadaan. Sesungguhnya ALLAH maha
mengasihi semua hambanya.
barakALLAHufikum
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.