Kisah Hidup di Universiti Sains Islam Malaysia
December 03, 2016Universiti Sains Islam Malaysia
Bba 6 FPBU USIM
kalau orang tanya “kenapa kelas
last? Kenapa? Sebab tak pandai ke? Sebab tu kelas last” satu jer cek nak cakap,
kelas masa batch 2012/2013 FPBU masa tu hanya ada enam kelas dan di takdirkan
matrik cek pula dekat dengan matrik orang terakhir, maka cek kelas last. Kelas
di university ni ikut angka kad matrik, bukan ikut angka grad spm atau stam..
dan lagi satu cek nak bagi tahu, kebanyakkan dekan datang dari kelas cek tau,
so shut your mouth and sit down watch
deeply.
budak-budak kelas yang sangat comel dengan ragam masing-masing..will miss you all =) |
masa ni exam speaking mandarin =) |
Dayah tak pernah rasa pun kelas
dayah ni yang tercorot walaupun selalu sangat dipandang macam tu. Tapi kan kalau
korang nak tahu, kelas dayah antara yang tak ada masalah lelaki dan perempuan,
tak ada masalah berpuak-puak atau masalah dalaman lain..setakat kami bersama 4
tahun, Alhamdulillah, diorang sangat-sangat sempoi dan boleh bawa berkawan.
dengan ustazah sajidah kalau tak silap nama beliau |
Nak cerita sikit masa kelas
pertama dalam kelas bba 6, comel! Tu jer yang dayah boleh cakap, sebab asalnya
masa semester pertama dayah dengan 5 orang lagi jer yang asal bba 6, yang
selebihnya, diorang daripada kelas atas. Macam mana boleh masuk kelas bba 6?
Sebab semester pertama, diorang masukkan kitorang tanpa kira matrik tapi lepas
semester kedua, baru la kira matrik jadi terdamparlah semua yang asalnya kelas
lain masuk kelas bba 6. Kenapa dayah kata comel? Sebab semuanya nak menang dan
banggakan kelas masing-masing. Semua tak boleh nak terima hakikat dipisahkan
dengan kelas awal. Dalam masa yang sama belajar redha untuk masuk dan duduk
bersama-sama dan akhirnya kami bertahan sampai akhir semester. =)
Rehlah bersama bacth FPBU |
Ingat lagi masa pertama kali buat
makan-makan dekat Port Dickson..yang lelaki bawa motor yang perempuan sewa
kereta. Walaupun yang perempuan sewa kereta, duit sewa, minyak semua tu bahagi
sama rata. Hargai sangat dengan usaha budak-budak ni untuk jayakan
perkelahan..tapi tu la, yang kali kedua dayah tak dapat join sebab kerja, jadi
dayah tak ada dekat Nilai. Rindu pula saat bakar ayam, saat handphone jatuh
dalam air sebab teruja duk selfie tak habis-habis..hahaha
Macam-macam yang dayah lalui
dengan kawan sekelas, bila dah masuk dunia praktikal, semua dah bawa haluan
masing-masing walaupun masih lagi berhubung melalui group whatsapp tapi tak
sama dengan duduk didalam kelas dan sakat menyakat macam selalu. Bila struggle
dengan tempat praktikal, terus rasa rindu yang sangat-sangat dengan assignment
yang banyak…walaupun banyak tapi tak sakit hati seperti mana praktikal sebabnya
assignment ni kita berdepan dengan diri sendiri tapi di tempat praktikal, kita
kena hadapi dengan pelbagai orang dan pelbagai ragam. Walaupun macam tu, kita
masih lagi habiskan praktikal dengan jayanya, betul tak korang? Bangga sekejap..haha
bersama vespa abam fizan legend tu vespa ni..hehe |
Serious dayah cakap, dayah bukan
seorang yang sentimental yang boleh ucap kata rindu, sayang dengan kata-kata..dayah hanya mampu menaip
segala apa yang rasa terbuku dalam hati sepanjang kami berada bersama. Tapi
sekarang dayah seriously rindu dengan budak-budak kelas bba 6. Rasa rindu nak
mengusik, nak debat dengan hujah tajuk-tajuk yang kadang tu sudah terang lagi
bersuluh yang korang betul, tapi ni kan hidayah aka adkdayah..mana pernah rasa
nak kalah, mana pernah rasa dia salah..still betulkan dia sentiasa..tapi kalau
korang nak tahu, I know about that but I’m
still happy to tease you all because I know I will miss you all damn much like
hell.
masa ni tahun berapa tak ingat tapi yang pasti bebudak lagi..heee |
Walaupun dimana kita berada dan dimana pun kita bernafas,
dayah harap sangat yang didalam hati kita masih ingat saat-saat kita bersama
selama 4 tahun di bumi USIM. Sayang korang ketat-ketat lillhitaala =)
p/s : Bba 6 : kelas
ke-6 daripada 6 kelas didalam fakulti pengajian Bahasa utama batch 2012/2013
FPBU : Fakulti
Pengajian Bahasa Utama
USIM : Universiti
Sains Islam Malaysia
barakALLAHufikum
3 comments
Assalam kak, ada subjek mandarin ke tu? Subjek tambahan ke macam mana tu? Semua pelajar wajib ambil subjek tambahan ke?
ReplyDeleteAssalam akak, saya tak sure komen saya sebelum ni lepas ke tak jadi saya nak tanya sekali lagi. Kos ba dan komunikasi boleh amek subjek tambahan bahasa mandarin ye? Selama mana kelas?
ReplyDeleteassalamualaikum, saya hisyam dari kelantan, nak tahu madah-madah yang ditawarkan di ijazah bahasa arab dan komunikasi.
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.