Kenapa hidup perlu ada SABAR?

December 02, 2016

SABAR


Kenapa hidup perlu ada sabar, korang pernah terfikir tak benda macam ni..kenapa yer? Dayah selalu baca tweet orang dekat twitter mengenai sabar, sabar dengan kerenah bermacam-macam ragam orang, sabar menunggu segala keputusan yang ditunggu, sabar dengan diri sendiri yang kadang tu terlalu mengikut nafsu. Sabar dan sabar, apa itu sabar mengikut definisi kamus dewan Bahasa?

Kenapa hidup perlu ada SABAR?, sabar itu indah, sabar


Sabar menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Empat, sabar ialah betah menahan menahan penderitaan, tidak terburu-buru dan tenang.  Apabila diri bersabar, segala keputusan yang akan diputuskan akan menjadi lebih baik kerana saat kita bersabar, otak kita akan berada dalam keadaan yang terkawal. Oleh itu, akal kita akan berfikir dengan waras. Disebabkan itu juga, orang selalu suruh kita bersabar apabila berlaku sesuatu. Betul tak?

Sabar itu indah. Perkataan sabar senang disebut dibibir tapi susah diterapkan didalam diri. Apabila amarah sudah menguasai diri, sabar akan hilang tanpa jejak. Dayah rasa setiap orang pasti ada tahap kesabaran masing-masing. Apabila sampai satu tahap, kesabaran yang ada pun turut akan hilang kalau apa yang berlaku pada diri kita ini terlalu melampau jangkaan.

Jadi, kenapa perlu ada sabar dalam setiap diri kita? Sebabnya sabar itu indah, dengan kesabaran kita dapat menjalani kehidupan yang harmoni. Bayangkan kalau semua orang dimuka bumi ini tak ada sifat sabar? Huish..boleh tunggang terbalik kehidupan kita. Betul tak? Sebab tu ALLAH jadikan sifat dalam diri kita ini dengan penuh sebab musabab. Cantikkan aturanNYA =)

Dayah sendiri tak mempunyai kesabaran yang tinggi, tapi dayah cuba dan akan terus cuba untuk didik kesabaran dalam diri. Kadang-kadang tu kesabaran ni akan menyebabkan kita makan hati. Maksud dayah, dengan sabar kita akan menangis dalam diam, sebab apa? Sebab kita bersabar dan terlalu bersabar dengan keperitan hidup. Tapi jangan lupa, kita ada siapa? Kita ada ALLAH untuk mendengar rintihan kita melalui doa. Jadi jangan takut untuk bersedih dalam setiap sabar kita itu, kerana ALLAH ada bersama kita. Kuat dan terus berjuang untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Semoga hidup kita dilimpahi rahmat ILAHI.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum