Kata-kata positif #5

December 06, 2016

John D. Rockefeller


Assalamualaikum,

"Don't be afraid to give up the good to go for the great." -John D. Rockefeller

Jangan takut untuk tinggalkan sesuatu yang baik untuk yang lebih baik. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan diluar kekuasaan dan bidang kita. Berani dan sahut cabaran yang datang untuk menjadikan kita yang terbaik. Jangan takut dan gentar kerana Allah ada bersama kita. Setiap iringan langkah kita, Allah ada bersama kita, kenapa perlu kita takut?

Dayah sekarang pun tengah cuba untuk berubah kearah lebih baik dan akan terus maju ke hadapan, doakan dayah yer. Jom kita sama-sama melangkah dan terus maju untuk menjadi yang terbaik. Nak keluar daripada kelompok kebiasaan tu sangat susah sebab kita sudah terbiasa dan sudah selesa dengan apa yang kita ada..tapi kita lupa bahawasanya ada yang lebih baik untuk kita daripada yang sekarang ini. Jika kita Nampak masa hadapan yang lebih baik sudah pasti kita akan terus keluar dari tampok keselesaan ini.

Jangan katakana orang lain, dayah sendiri takut untuk keluar dan mencuba sesuatu yang baru, sedangkan sudah nampak jalan untuk terus maju. In sha allah dayah akan berusaha untuk keluar dari kepompong yang dayah sendiri bina untuk berada di zon selamat.

Perasaan takut itu adalah biasa bagi setiap hamba yang bernafas dimuka bumi ini. Cara kita mengatasi perasaan takut itu sahaja membezakan kita. Doa dan terus berdoa, yakin kepada ketentuan Ilahi, sesungguhnya DIA maha mengetahui segalanya yang akan berlaku kepada kita. Dayah harap korang doakan dayah juga yer dalam setiap doa korang, doakan kejayaan bagi muslimin dan muslimat dimuka bumi ini berjaya didunia bahkan di akhirat kelak.

Dayah doakan korang berbahagia bersama keluarga tersayang dengan sesuatu yang terbaik in sha Allah. Aminn
Jumpa lagi korang dimasa akan datang dan yakinlah bahawa setiap daripada hamba Allah ini tidak lari kesilapan, jangan pernah takut untuk mencuba dan terus mencuba.


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments

  1. Kena berfikiran 'out of the box'Dayah
    Untuk mendapat hasil yang hebat kita kena ada usaha yang luar biasa.

    ReplyDelete
  2. Malam nanti saya baca sebab sekarang nak gi function. Entry macm ni jena tenang baru boleh baca.

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya blog ni ! hehe warna feveret
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum