Hidup tanpa ‘haters’

December 01, 2016

Hidup tanpa sakit hati

Assalamualaikum, macam mana nak hidup tanpa ‘haters’ yang banyak dekat media sosial ni yer? Dekat facebook ada friends sampai 3k lebih, dalam 3k tu mesti akan ada yang tak puas hati dengan kita..akan ada yang menyampah dan ada juga yang semua benda yang kita lakukan pasti akan ada masalah dimata diorang. Kawan-kawan dan ahli keluarga selalu tanya dayah, macam mana dayah boleh hadapi semua yang ada di media sosial ni tanpa ada ‘haters’

hidup tanpa sakit hati, hidup tanpa haters, cara hadapi haters,

Orang selalu tanya soalan-soalan macam ni dekat dayah:

“…jadi blogger ni tak ada ‘haters’ ke?”
“…tak ada yang benci ke?”
“… tak ada yang meluat ke?”
“ …tak ada yang tak puas hati ke?”

Sebenarnya kan korang, dayah pun sama jer dengan korang. Ramai jer yang tak puas hati dengan apa yang kita buat melalui media sosial, tapi dayah ambil langkah hiraukan orang-orang yang negatif macam diorang. Orang yang tidak puas hati dengan kita ni sebenarnya seorang yang tidak lengkap dengan kasih sayang, oleh itu, mereka mencari orang-orang yang terlebih kasih sayang macam kita ni untuk mereka menumpang kasih yang ada. Jadi, hiraukan jer apabila kita jumpa dengan orang yang jenis macam ni.

Kadang-kadang tu rasa macam nak tutup semua akaun media sosial ni. Rasa macam nak tutup facebook, Instagram malah pernah rasa nak tutup blog kesayangan ni, sebab orang selalu sangat bila jumpa dayah dekat luar, diorang akan cakap sambil perli. Ayat yang digunakan tu selalunya pasti akan ada yang berbunyi seakan-akan “tak untung pun ko jadi blogger, media influencer ni, buang masa jer”

Untuk awak-awak yang selalu sangat cakap macam ni dekat dayah, dayah just nak bagi tahu yang dayah jadi blogger ni sebab dayah bukan pandai menyanyi untuk sampaikan apa yang rasa didalam hati dan dayah juga bukan seorang yang berseni untuk lakar dan membina arked yang dapat menggambarkan luahan hati, dayah hanya ada seketul laptop dan jari untuk menaip patah-patah perkataan dan membina ayat untuk dijadikan karangan yang menggambarkan hati dan rasa yang terbuku.

Kepada korang yang rasa tertekan dengan kebanyakkan orang macam ni, dayah cadangkan korang buat tak tahu jer. Tak payah update sakit hati ke, tak puas hati ke, sebab orang yang tak matang sahaja akan membalas perbuatan orang lain dengan cara yang sama. Kalau kita lahirkan ketidakpuasan hati kita, umpama macam kita kalah dengan mainan perasaan yang diorang cuba ciptakan untuk jatuhkan kita. Oleh itu, sandar dekat kerusi, Tarik nafas dalam-dalam dan berkata dalam hati “sabarlah duhai hati, sesungguhnya si polan tak sengaja untuk mengata dan membenci, semoga ALLAH buka hatinya untuk lihat kebaikkan”

Orang ni, walaupun dia tersenyum riang depan kita, tak semestinya dibelakang kita dia akan tersenyum riang seperti mana dia dengan kita. Jangan terlalu bergantug harap dan percaya dengan insan yang bergelar MANUSIA, kerana kepercayaan hanya perlu diletakkan kepada ALLAH dan bergantung harap padaNYA, DIA tidak akan pernah menghampakan kita seperti insan lain. Percayalah ALLAH ada bersama kita walau dimana pun kita berada =)

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments

  1. Takpe...walaupun kita dihina ke diherdik ke..kita buat kerja..niatkan kerana Allah..InsyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..selalu tanamkan dalam diri agar lakukan segalanya kerana ALLAH =)

      Delete
  2. susah nak puaskan hati semua org..llagi2 yang x sependapat dgn kita...jln terbaiknya, biarkan mereka....lma2 pandailah senyap ye dak dayah?
    :D

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum