Kata-kata positif #1

December 01, 2016

Robin S. Sharma


Assalamualaikum,

“Stop being a prisoner of your past, become the architect of your future.” –Robin S. Sharma

Berhenti daripada menjadi banduan kepada masa lalu, maka jadi lah arkitek pada masa hadapan. Maksud kata-kata diatas bagi fahaman dayah, ini adalah masa untuk kita keluar daripada perangkap masa silam kita, benda yang berlaku usah dikenang dan jadikan ia iktibar untuk kita membina masa depan yang lebih baik. Sejak setiap hari dayah dapat kata-kata positif ni, dayah sudah mula untuk berfikiran terbuka dan lebih aura positif. Kenapa dayah cakap macam tu? Bayangkan, setiap pagi pasti kita akan buka handphone, benda pertama yang kita baca itu adalah kata-kata yang memberi peransang dan  semangat untuk  mulakan hari kita dengan senyuman yang penuh aura positif. Jadi setiap hari dayah akan pastikan dayah dapat aura positif untuk lebih semangat menempuh hari yang datang.


Robin S. Sharma quote, kata-kata semangat, kata-kata positif,
Dayah..keluarlah kau daripada perangkap masa lalu. kau bebas sekarang =)
Dayah akan cuba melupakan masa silam yang pahit dan jadikan ia pengajaran untuk masa depan. Masa silam yang indah dayah akan jadikan ia detik-detik yang tak dapat dilupai dan akan ingatinya sehingga akhir nafas dayah. Oleh itu, marilah sama-sama dengan dayah kita menjadi arkitek dan membina dan mencipta masa depan yang lebih ceria daripada masa lalu. Sebab apa? Sebab hari ini kita tak boleh nak ubah apa yang terjadi semalam tapi kita boleh cipta dan jadikan ia yang terbaik untuk esok. =)

Zaman sekarang yang banyak dugaan, banyak liku-liku yang perlu kita lalui ni, kita kena kuat dan terus tersenyum untuk terus maju dan Berjaya. Doakan dayah sama yer korang. Orang lain akan tengok kita seperti seorang yang ceria dan tidak mempunyai masalah. Semua yang kita alami sangat tidak mencabar, tapi percayalah bahawa setiap orang yang bernafas dimuka bumi ini mempunyai masalah dan jalan ceritanya tersendiri. Oleh itu, apabila mendengar masalah orang lain dan orang tidak mendengar masalah kita, kita jangan pernah lupa yang kita ada DIA untuk mendengar segala rintihan kita.

Sebaik-baik pendengar segala keluh kesah kita hanyalah DIA. Sesungguhnya DIA ada bersama kita walau dimana pun kita berada. Jadi, jangan takut dan teruskan kehidupan yangada dengan ketetapan yang telah diberi garis panduan oleh DIA melalui kitab suci Al-Quran. Semoga kita terus maju dan Berjaya dimasa hadapan. Segala yang dayah coretkan ini adalah kalimah peransang untuk diri dayah dan juga untuk korang semua yang membacanya. Setiap kali rasa macam taka da sesiapa yang faham kita dalam dunia ni, baca kalimah ni dan kuat untuk diri sendiri kerana apa? Kerana kita DIA yang maha esa. Tuhan yang mempunyai alam semesta. Percayalah Allah tidak akan pernah tinggalkan hambanya.

Love yourself and be proud =)

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum