Sahabat baik bukan kekasih hati
December 01, 2016Sahabat baik bukan kekasih hati
Assalamualaikum,
Korang
pernah tak mempunyai seorang atau lebih sahabat baik berlainan jantina, boleh
dikatakan segala macam hal yang terjadi dalam dunia korang, korang akan kongsi
dengan sahabat baik korang ni. Pernah wujud tak dalam hidup korang seorang
sahabat baik bukan kekasih hati. Sebab apa dayah kata sahabat baik bukan
kekasih hati, sebabnya selalu kita dengar kisah-kisah orang, sahabat baik
akhirnya menjadi kekasih hati dan berakhir dengan perkahwinan. Sebab tu dayah
kata, shaabat baik bukan kekasih hati. Korang boleh bersahabat dengan dia, tapi
bukan kekasih hati.
Dayah
ada ke sahabat baik bukan kekasih hati? Ya, dayah ada seorang. Seorang yang
sangat memahami dayah luar dalam tanpa perlu dayah cerita, dia akan mengetahui
melalui cara dayah dan segalanya dia tahu. Pernah ada hati ke dengan sahabat
baik sendiri? Tak pernah! Ikhlas dayah cakap dayah tak pernah ada hati dengan
dia, tipu kalau dayah cakap dayah tak sayang, mesti lah dayah sayang dia. Siapa sahabat baik dayah tu? Sahabat baik
dayah tu merangkap sepupu yang paling rapat dengan dayah. Sepupu yang selalu
bermain bersama waktu kecil-kecil dulu, pergi sekolah dari darhaj satu sampai
ke tingkatan 5. Naik tingkatan 6 terpisah sebab dayah ambil STAM, dia pula
pergi Jordan.
cer teka yang mana satu sahabat baik bukan kekasih hati dayah =D |
Tak
pernah terpisah daripada kecik, sebab mak dayah yang jaga dia waktu mak dia
kerja. Ingat lagi masa sekolah menengah, dayah duduk asrama, budak-budak
tingkatan 1 syang tak kenal dengan kitorang selalu salah anggap yang dayah ni
awek sepupu dayah. Haha gelak besar dayah masa tu. Kisah percintaan dia semua
dalam simpanan dayah. Dayah diamkan sampai sekarang. Sekarang dia pun dah
berkahwin. Dayah harap sangat isteri dia tak fikir bukan-bukan. Dia kena ingat,
dayah anggap sepupu dayah tu sahabat baik yang sangat rapat dan seorang adik
kepada dayah. Tiada lebih atau pu kurang. Setakat itu sahaja.
Kalau
nak suruh lupakan persahabatan kami, NO !!TIDAK !!ANDWAE!!BUSHI!! Tidak boleh
sama sekali, hubungan kami bukan setakat berkawan baik tetapi mempunyai
hubungan darah. Hubungan yang sesiapa pun tak boleh nafikan. Naik motor panas
dan hujan sesama waktu sekolah rendah dulu, mak dayah yang ulang alik hantar
dan ambik waktu tusyen. Semua kami buat sama-sama. Sampai dia pergi ke Jordan,
hubungan kami masih lagi rapat dan sampai sekarang.
Waktu
dia nak perkenalkan isteri dia yang sekarang pun, dia perkenalkan dekat dayah
dulu sebelum balik dan tunjuk dekat ahli keluarga dia. Waktu kecik dulu kan,
dayah ingat lagi buat karangan Bahasa melayu, masa tu tahun 4..karangan yang
bertajuk “kawan karib saya” siapa lagi kalau bukan sahabat baik dayah seorang
tu. Haha cikgu dekat sekolah semuanya kenal dengan persahabatan kami. Dekat sekolah
bukan dayah dengan dia jer yang saudara, ramai lagi yang bersaudara macam
dayah, tapi hubungan kami lain daripada orang lain sebab kami terlalu rapat
sehinggakan segalanya kami tahu.
Mungkin disebabkan faktor keluarga. Keluarga dayah
dengan keluarga dia memang rapat sangat.
Mak
dayah dengan mak dia adik-beradik perempuan tunggal, yang lain lelaki. Sebab tu
mak dayah rapat dengan mak dia. Lagi pula, mak dayah yang jaga mak dia masa
dulu-dulu sebab mak dayah kakak, dan arwah tok dah tak ada.
Jadi
kalau orang tanya, ada ke sahabat baik yang bukan kekasih hati? Yer ada. Dayah la
tu. Hehe dia sahabat dan juga sepupu yang paling rapat. Dayah harap sangat dia
berbahagia bersama isteri tersayang dan bakal khalifah yang akan lahir nanti =)
love both of you. Semoga hubungan korang kekal hingga ke syurga.
barakALLAHufikum
1 comments
Tu dh kira macam adik beradik bukan sahabat baik.
ReplyDeleteKalau ada sahabat baik lain jantina yang bukan kekasih hati,
sukar untuk kita dapat kekasih hati yang memahami situasi itu.
Bagi pakcik, sahabat pakcik yang paling rapat ialah is3 pakcik
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.