Kata-kata positif #3
December 04, 2016John Quincy Adams
Assalamualaikum,
“If your action inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are LEADER.” –John Quincy Adams
Jika
perbuatan kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk banyak impian, banyak
belajar dan menjadi macam-macam lagi, maka kamu adalah KETUA. Cuba kita tengok
ibubapa kita, pernah tak kita berangan nak jadi macam diorang? Tengok pula,
guru-guru kita, pernah tak kita berimpi nak jadi macam diorang? Mesti pernah
kan..macam tu juga la dengan quote diatas.
Dayah
ingat lagi, masa kecik dulu, mesti pergi konvo abang-abang dayah, yer la..beza
umur dayah dengan abang dayah yang sulung 18, jadi mesti la dayah kecik lagi
masa abang dayah konvo. Dayah pernah azam dalam diri, nak jadi macam abang-abang
dayah yang menjejak kaki ke university. Alhamdulillah, berjaya juga dayah capai
hasrat tu.
Dayah
berharap sangat diri ni jadi inspirasi kepada anak-anak buah dayah, macam mana
ayah diorang jadi inspirasi kepada dayah. Dayah berdoa sangat-sangat agar
menjadi tauladan yang baik kepada ahli keluarga. Korang pun mesti berdoa macam
tu kan? Semoga kita menjadi inspirasi kepada ummah dan berjasa kepada bangsa
dan agama.
Belajar
dan terus belajar untuk menjadi lebih baik, bukan sekadar untuk mengarah dan
hanya pandai berkata-kata kerana, pemikirang yang mempunyai banyak ilmu adalah
yang kurang berkata-kata dan sebaliknya. Teruskan berdoa dan berdoa agar ALLAH
makbulkan doa kita agar kita menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Hidup
ini bukan untuk menongkat langit, masa kita akan tiba dan saat itu tiada lagi
jalan pulang untuk mencari redha ilahi. Maka oleh itu, mari kita sama-sama
berubah dan menjadi lebih baik daripada semalam. Dayah pun masih mencari jalan
dan akan terus mencari sehingga akhir nafas. Masih banyak lagi kekurangan dalam
diri ini, setiap kali buka mata di pagi hari, sarungkan diri dengan aura
positif dan terus mengorak langkah untuk menjadi lebih baik dan terus belajar
tanpa henti untuk menjadi tauladan yang baik kepada ummah.
Semoga
ALLAH melimpahkan rahmat kepada kita. Semoga pagi ini lebih baik daripada
semalam.
barakALLAHufikum
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.