Kata-kata positif #4
December 05, 2016
John Wooden
Assalamualaikum,
“Do not let what you cannot do interfere with what you can do.” -John Wooden
Jangan biarkan apa yang kamu tak boleh mengganggu dengan apa
yang kamu boleh lakukan. Maksud secara pasar pula, jangan biarkan benda-benda
yang kita tak boleh buat, kacau kita dengan benda yang kita boleh buat.
Contohnya, jangan biarkan ketakutan menggangu kehidupan seharian kita. Takut
akan ketinggian, jadi tak nak lakukan sky diving sebab takut tinggi. No!!
jangan biarkan ketakutan membelenggu kehidupan sosial kita. Buang apa yang kita
tak boleh tu dan ganti dengan apa yang kita boleh buat.
Ya betul, setiap manusia mempunyai kelemahan tapi kita juga
sebagai manusia boleh menggubah kelemahan itu menjadi kekuatan kita dengan
bantuan daripada doa kepada ILAHI. Betul? Allah berfirman tidak akan mengubah
nasib seseorang itu kecuali dia sendiri yang mengubanhya. Siapa kita untuk menidakkan
apa yang telah termaktub dalam al-quran. Betul tak?
Bangun dari mimpi dan jadikan angan-angan satu realiti. Jangan
takut dengan bayang-bayang kerana bayang-bayang tidak akan pernah meninggalkan
kita tapi kita tetap boleh hidup tanpa hiraukan ia. Betul? Jadikan ia sebagai
pembakar semangat. Dayah pun kadang-kadang tu akan rasa macam tak boleh nak
buat banyak benda tapi set dalam minda, sesungguhnya setiap pekerjaan yang
dilakukan adalah kerana ALLAH. In sha allah, semua pekerjaan yang kita lakukan
dipermudah dengan redha Ilahi =)
Kuat dan terus kuat untuk melangkah mencapai kejayaan
didepan sana, buktikan pada dunia, kita pun mampu lakukan, sembunyikan
kelemahan kita agar tidak diperlekehkan dunia. Semoga Allah memberkati hidup
kita dengan redhaNYA. Aminnn
barakaALLAHufikum
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.