Kata-kata positif #11

January 20, 2017

Joel Brown

Assalamualaikum,

 "The only thing that stands between you and your dream is the will to try and the belief that it is actually possible." - Joel Brown

Tembok yang berada diantara kamu dan impian kamu adalah harapan untuk mencuba dan kepercayaan untuk capai impian tersebut. Kalau kita yakin dengan diri sendiri, impian yang kita impikan selama ini akan tercapai. Percaya dengan kebolehan diri sendiri. Usah gentar dan takut kerana ALLAH ada bersama kita. Yakin dalam melakukan sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariat, pasti akan diredhai olehNYA.

Kadang tu, kita sebagai manusia ni sering sangat takut untuk mencuba kerana takut akan benda yang belum pasti. Takut untuk menghadapi kegagalan. Oleh itu, mulai saat ini, kita bangun dan melangkah agar kita akan terus berjaya dan terus berusaha sehingga apa yang diidamkan selama ini menjadi kenyataan.

Dayah yakin, setiap daripada kita pasti ada kekuatan tersendiri, tapi ia tersembunyi disebalik kelemahan diri yang kurang keyakinan. Betul tak? Jangan takut untuk mencuba, dan jangan takut hadapi kegagalan kerana ALLAH sudah rancang perjalanan hidup kita dengan baik sekali. Setiap apa yang terjadi pasti ada rahsia tersembunyi yang DIA sediakan untuk kita.

Kenapa dayah selalu bagi kata-kata positif seperti ini pada setiap pagi? Sebab dayah nak kongsikan aura positif yang dayah cuba tanam dalam diri dayah agar dayah tidak mudah terperangkap dalam aura negative. Dayah nak setiap pagi kita dimulakan dengan yang baik-baik sahaja. Sebab itu adalah salah satu jalan untuk kita capai kejayaan dengan cemerlang.
Semoga apa yang dayah kongsikan ini, akan dapat tempat dihati korang yang membaca. Semoga ALLAH meredhai setiap langkah kita. Amin


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum