Senarai barang nak buat mini Family Day

January 18, 2017

Senarai barang nak buat mini Family Day

Assalamualaikum,

Sebenarnya rancangan nak buat family day ni dah dibuat dari tahun lepas lagi. Cadangnya nak pergi bulan 12 tahun lepas, tup tup kakak ipar dayah yang no 2 pergi umrah, jadi mak tak sanggup pula nak pergi sebab kakak dayah tak pergi. Jadi, rancangan nak buat Family Day ni dibawa ke tahun ini dan in sha ALLAH akan dilaksanakan pada cuti raya cina nanti.

chalet dah tempah, siap dengan bayaran deposit semua nya dan selesai di awal bulan 1 lagi. Jadinya sekarang tinggal untuk barang-barang keperluan yang nak dibawa nanti dan juga makanan sepanjang 3 hari 2 malam disana. Disebabkan abang no 1 dan abang no 2 bekerja dan tidak duduk serumah dengan dayah dan keluarga. Maka tanggung jawab memikir segala benda diserahkan kepada dayah, mak dan abang no 3. 

Abang dayah no 3, dia bekerja dari rumah dan dayah pula, tidak bekerja lagi. Jadinya dapat lah tolong mak untuk merancang flow Family Day nanti. Semalam dayah dengan mak dan abang no 3 telah pergi beli barang-barang yang sepatutnya yang sudah boleh beli untuk persiapan. sebabnya minggu depan sudah hendak pergi.

Senarai barang-barang yang hendak dibeli.


Senarai barang nak buat mini Family DaySenarai barang nak buat mini Family Day

Ini antara senarai yang dayah dan mak rancangkan. Jangan terkejut pula kalau rasa banyak, sebabnya senarai ni termasuk barang rumah yang nak kena beli, sebab barang dapur dekat rumah pun dah habis. hehe..

okeylah korang, dayah rasa setakat ni dahulu. Nanti dayah cerita semua rancangan dan jalan cerita tentang Family Day keluarga dayah yer. semoga rancangan yang dirancang ini diredhai ILAHI. Semoga berjalan dengan lancar dan tiada benda-benda yang tak elok berlaku. Amin

Jumpa nanti di nest entry yang korang, semoga sentiasa sihat =)

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum