Kirimkan salam rindu kepada mereka
January 15, 2017RINDU
Kirimkan salam rindu kepada mereka
Assalamualaikum,
Pagi ahad yang sunyi, kenapa sunyi? Sebab selalunya akan bunyi bising dengan budak-budak nak pergi sekolah. Hari ni cuti keputeraan sultan Kedah, jadinya sunyi lengang jer jalan depan rumah dayah ni. Dekat rumah pula, ayah pergi kerja, mak pergi baca yassin rumah kawan dia, abang pula, macam biasa menghadap laptop, kerja dia kan dengan laptop. Seketul nurhidayah pula, selesai cuci rumah, masak, basuh baju, sidai baju..duduk di pinggir katil menghadap tab dan tak tahu nak buat apa..haha
Jadinya, terhasil entry yang ala-ala meluahkam rasa kebosanan yang melanda diri. Apabila termenung seorang macam ni, mulalah rindu dan teringat masa-masa di usim dulu. Rindu nak ke kelas, rindu nak rempit tengah-tengah panas dengan bestie dijah daisy, haha kadang tu pula, rempit dalam hujan, macam-macam la.
Paling rindu adalah aktiviti dengan budak-budak u3p usim. Selalunya weekend, macam ni, ada jer program kitorang. Panjat bukit la, aktiviti kebajikan la, macam-macam la. Paling best bila dapat berkumpul dengan geng-geng staf klinik yang havoc. (kak ana, kak mimi, kak tasha, en faiq) rindu wey, serious rindu.
Nanti dayah nak post cerita tentang diorang, apa yang best sangat dengan diorang, dayah dah siapkan draft tapi tak punlosh lagi, sebab tengah skip benda-benda yang sepatutnya kongsi dan tak sepatutnya kongsi. Haaa gitu lagi.
Budak kelas tak rindu? Mesti lah rindu, dayah kan dah buat entry tentang budak kelas.. Haaa cepat pergi godek-godek entry dayah yang lepas. Haha ok ok, malas nak cari la tu, meh dayah kasi link, klik dekat SINI. Dekat situ dayah ada cerita tentang bba6 fpbu usim batch 2012-2016. Rindu sangat dengan diorang. Patut la orang cakap, masa belajar adalah masa yang sangat best dan sangat happy walaupun kadang tu pelbagai dugaan yang datang, tapi dengan berkat kesabaran dan sokongan kawan-kawan sekeliling, dugaan yang datang boleh dihadapi dengan jayanya.
Dayah harap, hubungan yang terjalin di usim selama 4 tahun ni, akan kekal selamanya dengan berkat ilahi. Dayah rindu korang sangat. Semoga semuanya berada dalam lindungan ilahi dan berjaya dijalan yang dipilih dan diredhaiNYA.
Sayang korang ketat-ketat. Semoga berjumpa lagi.
barakALLAHufikum
1 comments
Wkmsalam.
ReplyDeleteItulah lumrah kehidupan.
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.