Adkdayah #1 : Hobi
January 16, 2017MEMBACA, LAYAN MOVIE DAN MENULIS
Assalamualaikum,
Hobi
bermaksud sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Setiap daripada
kita mesti akan ada satu atau lebih daripada tiga hobi, betul tak? Dayah pun
lebih kurang sama dengan korang, hobi dayah berkemungkinan sama dengan korang
dan ada yang tak sama. Jom kongsi hobi masing-masing nak tak? Dayah ada 3 hobi,
antaranya ialah membaca, layan movie, menulis.
1.Membaca adalah jambatan ilmu.
Hobi membaca ni sudah bermula daripada dayah bersekolah rendah sampailah sekarang. Tak kisah bahan bacaan daripada mana..novel, surat khabar, majalah atau pun bahan bacaan daripada internet..salah satunya daripada blog la.Hehe..
Waktu
dayah sekolah menengah dayah banyak baca novel, mak dayah tak suka dayah baca
novel sebab katanya novel itu bahan bacaan khayalan yang boleh melalaikan, tapi
bagi dayah pula, dayah banyak belajar buat ayat dan perkataan-perkataan baru
semuanya daripada novel. Selain itu, dalam banyak-banyak novel, kalau kita baca
novel yang banyak memberi motivasi, dayah rasa tak salah. Contohnya novel
daripada karya Hlovate, kebanyakkan dayah dapat motivasi dan semangat daripada
hasil penulisan beliau. Sangat-sangat digalakkan baca hasil karya beliau.
Semasa dayah dekat USIM pula, dayah banyak baca surat khabar, mungkin subjek
kewartawanan yang diambil menjadi penyebab kenapa dayah selalu sangat pergi
baca surat khabar. Haha ambil ilham kononnya. Jadi kesimulannya, lagi banyak
kita baca, lagi banyak kita dapat ilmu baru.
2.Movie atau drama yang memberi otak kita berfikir
Kenapa
dayah kata movie atau drama yang memberi otak kita berfikir? Ini adalah
pendapat dayah, kalau pendapat korang dayah tak tahu la. Dayah suka tengok
cerita korea yang memberi otak kita ni berfikir dan terus berfikir. Maka oleh
itu, kita boleh enjoy dengan drama tersebut dan dalam masa yang sama, kita
dapat ilmu dan motivasi daripada drama tersebut.
Ada ke drama korea yang boleh
bagi ilmu dan motivasi dekat kita? Eh eh korang, ada la. Antaranya drama
Pinochio, its ok its love, Hyde, Jekyll and Me, kill me heal me, Descendant of
the Sun dan banyak lagi la. Nak dayah senaraikan sebab ke? Ok boleh tapi tunggu
next entry yer, sebab banyak sangat sebab-sebab yang bermanfaat yang dayah
boleh kongsi dengan korang.
3. Menulis adalah kunci untuk kita ikat ilmu yang kita dapat.
Pernah
dengar tak kata-kata ni “ ilmu adalah burung, mata pena adalah tali yang untuk
ikat burung tersebut” kata-kata ini membawa maksud, ilmu yang kita dapat, kalau
kita tidak tulis pasti suatu hari nanti kita akan lupa ilmu yang diberi itu. Zaman
sekarang tidak susah untuk kita sediakan
pen dan kertas untuk kita tulis apa yang kita dapat. Hamper setiap daripada
kita mempunyai smartphone, catat jer apa yang nak dicatat dalam tu.
Dayah ingat
lagi masa dayah di sekolah menengah, dayah suka tulis puisi didalam buku,
kadang-kadang tu apa yang terlintas dalam fikiran pasti akan ditulis, tak kisah
buku atau pun kertas, yang pastinya saat idea nak menulis tu datang, memang
cepat-cepat cari pen nak tulis. Mungkin sebab itu, terbinalah blog ini. Hehe
sekali sekala dia datang malas tu, terus malas nak menulis, maaf yer blog
kesayangan..huhu
Korang
pula? Apa hobi korang? Jom lah kongsi dengan dayah, mungkin dayah boleh cuba
hobi baru =)
Jumpa
di next entry yer, semoga korang dalam lindungan Ilahi dan redhaNYA. Aminn.
barakALLAHufikum
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.