Resepi Kek Batik kurang manis

January 29, 2017

Resepi Kek Batik 

Assalamualaikum,

Semalam dayah dengan kakak ipar no 2 dayah telah buat kek batik. Sebenarnya kakak dayah tolong ajarkan dayah, sebabnya kalau dayah buat kek batik mesti terlebih manis, tak pun terlalu lembik. Jadinya, masa kitorang pergi bercuti di Pantai Merdeka baru-baru ini, kakak dayah telah membuat kek batik yang tidak manis sangat dan sangat-sangat sedap. Oleh itu, dayah terus minta resepi dan kakak ajarkan dayah buat kek batik yang paling mudah ini.

Bahan-bahan untuk buat Kek Batik

2 bungkus Roti Marie (lebih pun tak apa)
1/2 cawan Serbuk koko 
1/2 cawan gula (untuk hilangkan rasa pahit koko)
1 cawan milo 
1 buttercup
1 cawan nestum
4 biji telur

Cara-cara buat Kek Batik

1- Panaskan kuali yang agak besar, sebab kejap lagi senang nak gaul roti dalam tu terus. Apabila sudah panas kuali, masukkan buttercup dan biarkan ia cair.

2- Selepas sudah cair buttercup, masukkan koko sedikit demi sedikit sebab takut berketul, kemudian masukkan gula dan gaul kemudian masukkan milo dan kacau sehingga adunan sebati, 

3- Masukkan air secawan untuk masakkan adunan, didalam bekas kosong, pecahkan telur dan kacau kemudian masukkan sedikit demi sedikit kedalam kuali yang ada adunan tadi, biarkan ia mendidih sehingga likat.

4- Roti marie jangan lupa patah-patahkan yer, jagan patahkan terlalu kecil, patahkan ia jadi separuh atau orang kampung panggil, "patah dua"

5- Apabila sudah likat adunan dalam kuali tadi, tutup api dan biarkan ia sehingga suam. Kemudian masukkan nestum dan kacau.

6- Apabila sudah suam, masukkan roti marie kedalam kuali yang ada adunan tadi, gaulkan sehingga sebati. Haaa..sebelum gaul tu, asingkan sedikit adunan tadi untuk jadikan topping kek batik.

7- Kemudian masukkan dalam bekas dan tekan-tekan untuk manpatkan lagi kek batik tu dan siap. Masukkan dalam peti ais dan apabila sudah beku, boleh la makan dengan nikmatnya. hehe

Tadaaa!!! ini la Kek Batik dayah dengan kakak buat semalam.


Selamat mencuba semua. 

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum