Apabila penulis 'blank'

January 16, 2017

Assalamualaikum,

Pernah tak, bila buka dashboard blog lepas tu, nak new post entry dan lepas tu, taip assalamualaikum dan tetiba otak jadi jem? Pernah tak? Ke dayah sorang jer rasa macam tu..haha dayah selalu jadi macam tu. Mungkin disebabkan itu juga, urat M mula berleluasa dan akhirnya kecundang dan blog dibiarkan lama tak berupdate. Sadis bunyi jalan cerita ini, tapi inilah kenyataan realiti yang terjadi di celoteh adkdayah. Nama jer celoteh, tapi bab menaip ni, tak jadi celoteh dah, diam membisu terus. Haha

Selalunya apabila jadi macam tu, korang buat apa yer? Tetiba jadi tak tahu nak taip apa..tapi apabila dah mula menaip jer, terus tak berhenti. Kadang tu kan, dayah takut, takut tertaip ikut suka hati dan bahan bacaan diblog ni terus jadi tiada kualiti. Sebab itu juga, dayah harap sangat kalau ada yang sudi bagi tahu, apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu ditambah didalam blog dayah ni untuk tampak lebih baik agar dapat memberi manfaat kepada semua pembaca (bajet reader ramai T_T)

Sekarang ni, dayah cuba peruntukkan masa untuk menaip dan meluahkan segala idea dalam kepala. Blog ni apabila terlalu lama diabaikan, maka content dan apa yang dayah usahakan dulu, hilang macam tu jer. Sabar jer la.

Jadi dayah nak naikkan balik, agar dapat stabilkan blog ni macam dulu dan semoga lebih baik dan akan terus cemerlang. Wow, macam angkat sumpah depan perhimpunan sekolah pula..haha tak ada la sampai nak bersumpah korang pun, huhu..dayah cuma nak yang terbaik. Doakan kalian sangat-sangat membantu dayah. Sementara dayah tak sibuk dan belum dapat kerja tetap lagi, dayah akan usaha menggunakan platform ini untuk berjaya.

Doakan yer sayang-sayang semua. Semoga kita akan berjaya didunia dan di akhirat kelak.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

  1. kalau takde idea masuk blog orang lain baca post diorang n komen. Buat camtu pun kadang2 boleh create idea. Dia memang camtu flow dia. Kalau semua orang sentiasa ada idea nak menulis, siapa pulak nak jadi reader kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul.. terima kasih atas cadangan yer =)

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum