Adkdayah #6 : Kehidupan di universiti yang anda perlu tahu
January 23, 2017KEHIDUPAN UNIVERSITI
Assalamualaikum,
Ada yang Monday
blue ke? Hehe hari ini dayah nak cerita tentang kehidupan di universiti. Kenapa
dayah nak cerita tentang kehidupan di universiti? Sebabnya, bagi setiap orang
yang pernah jejak kaki di menara gading, mempunyai pengalaman masing-masing.
Sama juga dengan dayah. Pengalaman dayah tentang kehidupan universiti mungkin
ada yang sama dan tak sama bagi sesetengah orang tapi yang pastinya, dayah ada
kehidupan di universiti dayah sendiri untuk diingati.
Okey, pertama kali
dayah nak cerita tentang kelas dan kuliah di universiti. Kalau tengok cerita di
tv, jarang sekali dia tunjuk kelas tutorial dan selalu sangat tunjuk kuliah
sahaja. Jadinya, budak-budak baru yang nak masuk universiti tidak akan dapat
gambaran bahawa di universiti, kita akan ada kelas dan juga kuliah. Apa itu
kelas dan apa itu kuliah? Apakah perbezaannya?
dalam dewan kuliah di USIM |
Apakah perbezaan antara kuliah dan kelas tutorial?
Kuliah adalah proses pembalajaran bersama pelajar-pelajar
yang mengambil subjek tersebut. Tak kisah la pelajar tu daripada kelas mana
atau pun daripada fakulti mana pun. Sebabnya dalam kuliah ni selalunya akan
diadakan didalam deawan kuliah yang besar dan kebanyakkan pelajar selalu
ponteng sebab pensyarah memang tak akan dapat cam pelajar dia pun kecuali
pelajar yang duduk depan dan selalu tanya macam-macam soalan. Dalam kuliah ni,
kena bagi sepenuh tumpuan, kalau hilang sikit pun tumpuan tu, memang susah nak
dapat balik, bayangkan pensyarah ajar dekat depan, pelajar dalam kuliah tu pula
ada lebih 100 orang, tu bilangan yang sikit la bagi dayah. Sebab kadang tu
lebih daripada 100. Korang boleh bayangkan tak?
Kelas tutorial pula selalunya akan ikut no matrik kita. Pelajar
untuk kelas tutorial tak seramai pelajar dalam dewan kuliah, jadinya senang
sikit nak ajukan soalan atau dengan lebih senang dayah cakap, kenali lebih
rapat dengan pensyarah. Dalam kelas selalunya dalam 20 orang lebih macam tu
jer, jadinya tak susah untuk pensyarah cam pelajar dia. Haa..dah nampak
sikit-sikit apa yang dayah cuba terangkan?
Nak bagi nampak lagi dayah kasi contoh macam ni, dekat
sekolah, kita akan ada kelas 5A, 5B, 5C dan sebagainya betul tak? Ok, anggap kelas
tu adalah kelas tutorial dan apabila gabung semua pelajar 5A,5B,5C dalam satu
dewan dan bagi ceramah, haa itu la kuliah. Nampak tak? Dia lebih kurang macam
tu jer tapi yang membezakan ia, kelas tutorial dia tak ikut keputusan
peperiksaan untuk tentukan kelas tutorial yang akan pelajar duduki. Yang menentukan
kelas mana pelajar perlu duduki adalah no matrik. Itu jer pun.hehe
Lepas tu kan, kehidupan di university ni sangat-sangat lah
perlukan keimanan dan prinsip hidup yang sangat tinggi. Kenapa dayah cakap
macam tu? Sebabnya, kita duduk berjauhan dengan keluarga, lepas tu taka da orang
yang akan awasi kita seperti mana kita duduk di asrama sekolah. Semuanya bergantung
kepada diri kita sendiri. Kita kena jadi diri kita dan tidak perlu terikut
dengan budaya bebas yang kita hadapi di university. Dayah selalu sangat jumpa
adik-adik junior yang terlalu cepat kejutan budaya.
Pesanan untuk semua termasuk lah diri dayah sendiri “jadilah
diri kita walaupun seindah mana pun diluar sana, sebabnya diri kita yang menentukan hala hidup kita, bukan orang lain”
just be yourself dan jangan pernah sesekali rasa diri kita low kerana setiap
daripada kita adlah permata bagi orang-orang yang sayangkan kita. Betul?
barakALLAHufikum
6 comments
betul tu adik dayah... jgn lupa Allah yer... kuatkan iman dgn dugaan di alam universiti....
ReplyDeletebetul betul betul =)
DeleteKena tanam tekad dan matlamat.
ReplyDeleteSetiap sem sekurang2nya dapat dekan.
betul tu =)
Deletethanks akak sbb bagi info tntang khidupan d uni dn beri nasihat..saya lgi yg msih freshie mmg mcm nk kna kjutan budaya tpi insyaallah kna kuatkn iman dn matlamt kna lksanakn ..sdhlh dri sabahh..tpi alhamdulillah dh biasa kt asrama..insyaallah prasaan homesick tu dh hilg..:)
ReplyDeletesama-sama =) semoga sesama kita dapat manfaat =)
DeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.