Adkdayah #2 : Sebab kenapa tidak Swafoto
January 17, 2017
SWAFOTO
Assalamualaikum,
Ada orang tanya dayah, kenapa lama tak nampak dayah post
gambar dayah dekat Instagram dan facebook. Sebenarnyakan, hehe..suspen tak? Ok dayah
syok sendiri..haha sebenarnya dayah ada jer, dayah ada masalah kulit sikit. Wow,
masalah kulit tu. Ha ah, dahi dayah dicemari oleh bintik-bintik macam jerawat
tu dengan jayanya. Bukan nak berbangga tapi asalnya kan, muka dayah memang
susah nak naik segala makhluk alam tu, tapi entah la, sejak bila dia berjaya
takluk.huhu
Benda ni berlaku saat mak dayah pergi buat haji tahun lepas
dalam bulan 9 tu. Dayah duduk rumah kakak dayah, dalam seminggu tu, mula naik
seketul dua, dayah ingatkan nyamuk sebab rumah kakak dayah memang banyak
nyamuk, lepas tu nak masuk sebulan, dia membiak dengan jayanya. Takut dayah. Abang-abang
dayah pula asyik duk kata dayah guna produk skincare banyak sangat. Memang la
mengamuk dayah, haha dayah setakat tempek bedak dengan bedak asas semua tu
memang ya, tapi nak pakai produk skincare ni, memang dayah takut sikit. Kalau pakai
pun, tak lama mesti berhenti.
Jadinya, datang mana punca muka dayah naik macam tu sebab
pakai skincare. Betul tak? Masa tu memang serabut sangat la dayah cakap dekat
korang. Bayangkan, dayah selalu mengadu segala macam dekat mak dayah, sekali
mak pula pergi Mekah, taka da orang dayah nak mengadu. Kalau mak ada memang mak
akan bising kalau naik seketul pun jerawat. Haha..nampak sangat anak perempuan
dia seorang jer. Pergi rumah mak saudara dayah pun, diorang pakat tegur, lagi
la tekanan. Dayah cuba cari solution dengan pak cik google.
Dayah cari “cara hilangkan bintik-bintik di dahi” memang
banyak cara yang ditunjukkan. Dayah guna semua perkara, masih lagi tetap sama bah
kan makin bertambah. Rasa nak menangis tu jangan cakap la. Tunggu mak balik
bulan 10 kemudian memang mak terkejut sangat-sangat la.. ayah dayah lagi la,
belek-belek muka dayah sampai rimas. “kenapa la dengan muka hang ni adik” “awat
tak jaga langsung muka hang ni adik” memang ayat tu ja duk keluar..haha
Dalam 2 minggu mak dayah bali dari mekah tu, amk cadangkan
dayah pergi klinik. Cuba untuk cari punca masalah. Dayah pergi kemudian Doktor
pun tak tahu punca..aiseh punya doctor. Dia bagi ubat gatal jer. Kemudian dayah
pakai dalam 2 minggu kemudian masih juga sama macam hari tu, bahkan makin turun
ketepi pipi dekat dengan telinga. Abang dayah cakap, cuba pergi klinik pakar
kulit. Lastly dayah pergi Pakar kulit Dr Khoo dekat pecan sungai petani.
Alhamdulillah makin ok sekarang ni, dia kasi makan ubat dan
ubat sapu malam dan siang dan juga ubat cuci. Nanti dayah kongsi sebab-sebab
kenapa boleh jadi bintik-bintik dan
berapa rm semuaubat-ubatnya dengan lebih detail. Doakan parut yang ada
sekarang cepat hilang yer korang, memang
takut sangat-sangat bila jadi macam tu, tambah-tambah dekat muka. Memang lagi
la takut, kita perempuan pula tu..huhu
gambar semalam pergi tengok wayang dengan abang dayah, dahi tu kalau tak tampal bedak memang nampak sangat bekas parut tu 🙍 |
barakALLAHufikum
2 comments
ada byk ubt dah skang ni..bleh ilang insyaAllah
ReplyDeletetu la..doa doa cepat sembuh =)
DeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.