Sedang berusaha untuk...
January 29, 2017Berubah kearah kebaikkan
Assalamualaikum,
Selamat bercuti semua, dayah doakan korang sentiasa berada di bawah lindunganNYA, semoga sentiasa berada disamping keluarga bahagia korang. Amin. Berubah kearah kebaikkan, setiap daripada kita mesti akan ada didalam susut hati yang dalam ingin berubah kearah kebaikkan. Betul tak? tidak terkecuali dengan dayah, dayah juga terdetik hati untuk berubah kearah kebaikkan. Walaupun kadang tu tersasar juga kearah yang..hurmm
Kalau niat tu sudah ada, apa salahnya kalau kita terus berusaha kearah itu, betul tak? Tiada sesiapa yang rugi didalam hal ini, bahkan kita semakin beruntung kerana hidup didalam syariat yang telah ditetapkan dari dahulu lagi. Indahnya Islam itu melalui akhlak orang Islam itu sendiri. Kenapa kita menyusahkan ia betul tak?
Setiap daripada kita tidak pernah lari daripada kesilapan, tetapi kita ada peluang untuk berubah selagi nyawa tidak berpisah daripada jasad. Selagi itu pintu taubat sentiasa terbuka. Islam itu indah, hukum Allah itu mudah, yang menyusahkan itu adalah manusia itu sendiri. Renungkan dan fikirkan apa yang kita telah lakukan selama kita bernafas percuma dimuka bumiNYA ini.
Nasihat ini bukan untuk mendabik dada tetapi untuk renungan dayah sendiri, bahkan untuk santapan pagi untuk kita semua. Semoga nasihat yang sedikit dipagi hari ini dapat memberi manfaat kepada kita. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita. Amin
barakALLAHufikum
1 comments
Semoga kita semua semakin hari semakin baik dari sebelumnya. InsyaAllah amin 😍
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.