Semangat saat dirimu rasa tidak diperlukan

February 23, 2017

SEMANGAT UNTUK YANG HILANG SEMANGAT


Assalamulaikum,

Hidup ni kadang-kadang akan ada saat terasa diri tak diperlukan, saat diri ini kesunyian dan ada kala rasa diri ini menusahkan orang. Saat itu juga merupakan saat dimana kita perlukan seseorang untuk kita menumpang bahu untuk bersandar hilangkan duka, dan tangan yang ada untuk lap kan air mata. Macam tu la dayah rasa apabila dayah rasa diri dayah ni terlalu tiada makna dalam hidup semua orang. Rasa macam sunyi dan tiada sesiapa yang dapat dayah cerita masalah dayah.

Lepas tu kan, dayah punya la rasa hilang semangat, terus dayah dapat idea nak whatsapp kawan-kawan rapat dayah dekat USIM dulu. Dayah whatsapp jer yang mana rapat dengan dayah, dayah tengok siapa yang akan balas secepat mungkin dan layankan jer dayah. Akhirnya dua hamba ALLAH ni datang dan hulurkan tangan. Ya ALLAH! masa tu terus dayah telifon diorang dan menangis sepuasnya. Mesti akan ada yang cakap, kenapa tak mengadu dekat ALLAH. Disebabkan dayah dah mengadu dekat ALLAH, dah tumpah dah air mata ni, sampai bengkak, dayah just nak cari hamba ALLAH jer yang boleh tumpang nak bercerita.


Lepas jer daripada telifon tu, dayah dapat whatsapp daripada dia dan apa yang dihantar oleh kawan dayah ni? dia hantar quote yang dibawah ni, ALLAH! teru berjurai air mata. Rindu dengan diorang saat dayah rasa macam tak ada sesiapa yang faham dayah, diorang selalu ada untuk tenangkan balik hati ni. 
semangat untuk yang hilang semangat, saat rasa diri tidak diperlukan, kata-kata semangat

Terima kasih sahabat, sebab korang la dayah masih menjadi adkdayah, kerana ALLAH hantar korang la, dayah dapat kenal sahabat yang baik macam korang. Dayah rasa macam down jer, dayah telifon diorang, cerita serba sedikit, pastu diorang buat lawak yang tak kelakar tu, terus okey, diorang tahu jer macam mana tak nak kasi dayah terus menangis. senget betul budak-budak ni.

Dayah boleh jer cerita dekat mak, tapi boleh tak bayangkan kalau dayah cerita dekat mak, pastu mak fikir dan terus fikir. Mampu ke dayah tengok mak dayah terus runsing fikirkan maslah dayah? mestilah tak nak kan? Jadinya, dayah cari jalan untuk tak bercerita dengan mak, sebab tak nak mak runsing. Mangsa yang akan dengar masalah dayah siapa lagi kalau bukan sahabt-sahabat dayah. Syukurlah selagi kita mempunyai sahabat yang mampu bersabar dengan kerenah kita, sabar dengan tingkah laku kita yang tidak menentu. 

Terima kasih sahabat, semoga ALLAH sentiasa menjaga korang disaat susah dan senang, hanya doa yang dapat dayah titipkan agar korang sentiasa berada dalam lindungan ILAHI. Amin

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

6 comments

  1. In every life, there come a moment when you feel weak,
    Pray n be strong...
    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah belajar untuk jadi lebih kuat =)

      Delete
  2. Alhamdulillah mujur dayah ada kawan-kawan baik yang sudi dengar masalah dayah. bukan senang tu tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, betul betul..bukan senang nak dapat kawan-kawan yang sudi dengar celoteh kita ni..huhu

      Delete
  3. Btl 2..sila lah dtg ke blog saya..https://littleaisyah17.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih datang blog celoteh adkdayah =)

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum