Kain pasang untuk buat baju kurung

February 20, 2017

BAJU KURUNG


Assalamualaikum,

Lama tak update, kali terakhir update blog, hari isnin lepas kalau tak salah dayah..bukan tak rindu dan juga bukan sebab malas, tapi badan jadi lemau dan letih sesangat minggu lepas. Dayah pun tak tahu kenapa. huhu.. Rindu nak update sehari 3/4 entri. In sha Allah minggu ni dayah akan update , macam biasa, hehe

Hari jumaat lepas, dayah cuti. Bila cuti jer, ada la idea mak dayah ni, nak keluar shopping la, cuci mata la, meronda kampung la. Biasa la, anak perempuan seorang, jadinya..kita la kena teman. Dayah pun ok jer, sebab sejenis yang kaki berjalan juga. haha. 

Meronda-meronda, tetiba teringat yang dayah ni, kekurangan baju kurung. Jadinya..misi mencari kain pasang untuk dibuat baju kurung. Last buat baju kurung tahun lepas, masa nak masuk praktikal dekat Sekolah Menengah Agama Nilai. Kali ni, buat baju kurung lagi bila dayah kerja dekat Little Caliph. 

Sekarang ni, dayah lebih selesa berbaju kurung, mungkin Allah sudah buka pintu hati untuk berpakaian yang lebih sopan. haha. In sha Allah, doak n dayah kekal bergini. Bukan senang nak berubah, perlukan hati yang kuat, semangat yang kental. 

Meh tengok kain pasang yang dayah dapat cari, asalnya kalau ikutkan dayah, memang banyak la kain pasang yang berwarna pink atau yang berwarna cerah, sebab dayah tak minat warna pastel. Tapi bila fikirkan balik, kebanyakkan baju dayah berwarna pink, merah, oren. Jadinya, cuba jugamcari warna hijau dan biru. haha harap pakai la yer, jangan buat hiasan sudah adkdayah oii..

baju kurung, kain pasang, kain pasang yang dijual di sungai petani, kain pasang untuk buat baju kurung, warna baju kurung
okey, jumpa lagi di entri seterusnya, dan dayah harap semua berada dalam keadaan sihat sentiasa. Amin

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

9 comments

  1. wanita kan lebih lembut jika berpakaian baju kurung..hehhee...cantik2 kain tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..hehe in sha allah akan kekalkan..hee

      Delete
  2. wahhh suka corak yang kiri sekali tu. bunga kecik kecik hehehe.

    ReplyDelete
  3. Bolehlah stand by utk guna raya ni.

    ReplyDelete
  4. tu dia.... sis kurang berbaju kurung sebab pakai jubah. Apapun warna yang di pilih tu memang lawa

    ReplyDelete
  5. suka beli kain pasang tapii masalah nak hantar tempah sebab tak ada specific tailor..jenuh nak mencari tailor..kat KL ni, semua mahal..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat kampung dayah alahamdulillah tailor tu memang kawan mak, so, sepasang dia ambil rm20 jer..huhu

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum