Hari pertama bercuti di Pantai Merdeka

January 30, 2017

Pantai Merdeka


Assalamualaikum,

Semalam dayah ada cerita tentang Chalet di Pantai Merdeka , jadi hari ini dayah nak cerita tentang hari pertama bercuti di Pantai Merdeka. Permulaan mini family day di Pantai Merdeka. Kami bertolak daripada rumah pada pukul 3.50 petang, sedangkan check in pukul 3. Ala, relax la sebabnya kami tunggu abang dayah yang no dua balik dari Perak. Kami sampai di Pantai Merdeka pada pukul 4.35 petang, siap jer check in terus masuk bilik dan buka tv layan Razia Sultan, episode terakhir kot, haha. Pukul 5, solat asar dan terus pusing-pusing dalam chalet, anak buah dayah dah terjun kedalam kolam renang, adoii..bertuah punya anak buah. haha. Dayah macam biasa, swofoto dulu sebelum apa-apa hal..haha

pantai merdeka, chalet di pantai merdeka, aktiviti di pantai merdeka, penginapan di pantai merdeka, menu BBQ
swafoto didepan chalet

Asalnya dayah tak nak mandi kolam lagi, sebab hujan tengah gerimis, tapi lepas tengok anak buah dayah asyik sangat bermandi-manda dalam kolam tu, terus ukar baju dan terjun kedalam kolam. haha. Pukul 7, kolam dah ditutup untuk aktiviti rawatan kolam, jadinya kami semua siap-siap mandi dan solat maghrib kemudian keluar ke pantai untuk siapkan bahan untun BBQ.
pantai merdeka, chalet di pantai merdeka, aktiviti di pantai merdeka, penginapan di pantai merdeka, menu BBQ
Suasana petang di Panta Merdeka
pantai merdeka, chalet di pantai merdeka, aktiviti di pantai merdeka, penginapan di pantai merdeka, menu BBQ
Agak lama juga nak siapkan bara api sebab dah lama tak datang berkhemah..haha
pantai merdeka, chalet di pantai merdeka, aktiviti di pantai merdeka, penginapan di pantai merdeka, menu BBQ
Ayam dan sate untuk BBQ malam pertama di Pantai Merdeka
pantai merdeka, chalet di pantai merdeka, aktiviti di pantai merdeka, penginapan di pantai merdeka, menu BBQ
Menu tambahan sementara tunggu abang-abang dayah mancing, mee kari kakak ipar no satu yang buat.
Malam pertama di Pantai Merdeka, semua pakat tidur awal. Awal pun tak la seawal macam di rumah, awal disini bermaksud pukul 12 pakat masuk tidur dan tinggal abang-abang dayah jer untuk mancing. Dayah memang tidur awal la, sebab makan banyak dan rasa macam nak demam, kemudian makan ubat dan terus lali dan tidur. 

Keseluruhan di hari pertama di Pantai Merdeka memang seronok sangat, sebab masa kitorang pergi hari rabu dan orang tak ramai, kiranya kolam renang macam dah jadi hak milik kitorang jer anpa gangguan orang lain, masa BBQ pun best sebab boleh jerit macam pantai tu hak sendirian berhad. Haha

ok la, nanti dayah sambung hari kedua di Pantai Merdeka di entri seterusnya. Jumpa lagi dengan kesihatan yang berganda yer. Amin.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

1 comments

  1. bestnyaaa lama tak bbq tepi pantai hehehhe

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum