Chalet di Pantai Merdeka

January 29, 2017

Chalet di Pantai Merdeka

Assalamualaikum,

Ingat lagi tak dayah pernah cerita yang dayah nak pergi bercuti dengan ahli keluarga dayah, nak buat mini family day dekat entri SINI. Jadi hari ini, dayah nak cerita chalet di Pantai Merdeka yang telah jadi tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam untuk mini family day ini. Selalunya kami akan berkhemah sahaja apabila masuk bab nak buat family day ni, tapi disebabkan anak-anak buah dayah masih kecil jadinya kami ambil keputusan untuk sewa chalet di Pantai Merdeka untuk kemudahan.

Suasana didalam Chalet Pantai Merdeka.

Suasana didalam chalet ni macam chalet lain-lain yang dayah pernah pergi, ada kolam renang dan chalet-chalet yang diberi nama Melati, Jasmine, Orkid dan sebagainya untuk membezakan harga dan keluasan didalamnya. Dayah dan keluarga telah pilih chalet yang bernama Jasmine, suasananya adalah sea view yang mana apabila kita bangun pagi, buka jer pintu atau tingkap, terus nampak laut yang menenangkan, memang cantik dan terserlah ketenangan disitu.

Chalet di Pantai Merdeka, Suasana didalam Chalet Pantai Merdeka., Chalet Jasmine di Pantai Merdeka, Harga Chalet di Pantai Merdeka,   Chalet best di Pantai Merdeka, penginapan di pantai merdeka
ada 3 kolam renang, 2 untuk budak-budak dan 1 untuk orang dewasa.

Chalet Jasmine di Pantai Merdeka

Chalet Jasmine ni ada 2 bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin. Satu bilik ada dua katil dan satu lagi bilik ada katil bersaiz 'queen'. Satu bilik air, yang ni jer rasa macam tidak selesa sedikit, sebab bilik air satu jer. huhu. Ruang tamu juga disediakan.

Chalet di Pantai Merdeka, Suasana didalam Chalet Pantai Merdeka., Chalet Jasmine di Pantai Merdeka, Harga Chalet di Pantai Merdeka,   Chalet best di Pantai Merdeka, penginapan di pantai merdeka
2 katil

Chalet di Pantai Merdeka, Suasana didalam Chalet Pantai Merdeka., Chalet Jasmine di Pantai Merdeka, Harga Chalet di Pantai Merdeka,   Chalet best di Pantai Merdeka, penginapan di pantai merdeka
1 bilik air

Chalet di Pantai Merdeka, Suasana didalam Chalet Pantai Merdeka., Chalet Jasmine di Pantai Merdeka, Harga Chalet di Pantai Merdeka,   Chalet best di Pantai Merdeka, penginapan di pantai merdeka
1 bilik dengan katil 'queen'

Chalet di Pantai Merdeka, Suasana didalam Chalet Pantai Merdeka., Chalet Jasmine di Pantai Merdeka, Harga Chalet di Pantai Merdeka,   Chalet best di Pantai Merdeka, penginapan di pantai merdeka
Ruang tamu

Harga Chalet di Pantai Merdeka

Waktu dayah pergi survey hari itu, harga untuk 3 hari dua malam termasuk GST, RM 617.++ kemudian masa nak check in hari rabu tu, jumlah harga tidak termasuk deposit RM597.++ lebih kurang harga tu la. Okey jer, hehe. haa..masa booking tu abang dayah deposit RM100 untuk confirm kan yang kitorang memang nak chalet tu untuk tarikh 25/1-27/1/2017. Masa check out tu, diorang bagi balik deposit RM100 tu, macam biasa la, nama pun deposit. haha

Untuk hari 27/1/2017 telah disediakan kupon sarapan untuk 4 orang. Jadinya kami telah hantar orang yang kuat makan, haha anak-anak buah dayah yang lelaki la, apa lagi. haha


Chalet best di Pantai Merdeka


Keseluruhan yang dayah rasa dekat Chalet di Pantai Merdeka, seronok sebab dapat berkumpul dengan adik-beradik. Kolam dekat dengan chalet yang disewa, mudah nak tengok anak-anak buah yang kecil mandi kolam. Sistem yang sistematik. Sebelum terlupa, check in pukul 3 petang dan check out pukul 12 tengah hari. Lepas ni, boleh lagi nak pergi sewa chalet di Pantai Merdeka untuk family day akan datang. In sya ALLAH

barakALLAHufikum


Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

  1. lama dah tak tidoq kat chalet pantai merdeka. last dulu masa sekolah menengah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni bole mai tidoq sini lagi la..hehe

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum